*maaf untuk late update hihi, enjoy!
Hawa melangkah masuk ke dalam kereta setelah Haura masuk. "Haura dah ada dekat dalam, kakak? " Soal Puan Sofia yang masih berada di luar kereta.
"Ada ni ha sebelah Hawa " Hawa menjawab. Kepala Haura di usap lembut.
"Okaylah macam tu, kita gerak bang. Esok lambat pula Hawa dengan Haura ke sekolah " pemegang di tarik Puan Sofia.
"Sofia! "
Puan Sofia menoleh.
"Mila? "
Puan Sharmila berlari anak ke arah Puan Sofia. Di belakangnya pula berdiri si anak remaja lelaki. Bahu Puan Sofia di sentuh lembut.
"Sabtu ni, ikutlah kami berbuka puasa sama-sama. Bawa anak-anak engkau sekali " pelawa wanita itu. Bibirnya mengukir senyum.
"Ouh lupa pula! Hafizul.. " lengan anak lelakinya di tarik ke depan menyamainya kedudukannya.
"Ni anak aunty. Hafizul Haqeem " perkenalnya sambil mata merenung lembut wajah Hawa.
"Assalamualaikum cik Sofia " sapa Hafizul menunduk sedikit.
"Ini anak makcik, Hawa dan Haura " ujar Puan Sofia sambil matanya mengerling Hawa dan Haura di dalam kereta.
Hawa tersengih janggal.
"Assalamualaikum Hawa dan Haura " sapaan lembut Hafizul di hiasi senyuman lembut. Matanya bertaut memandang sepasang mata milik Hawa.
"Wa.. waalaikumussalam "
***
Hawa menunduk.
Membiarkan telinganya sahaja berfungsi mendengar perbualan yang keluar daripada bicara dua wanita tua di sebelahnya ini. Begitu juga dengan Hafizul di hadapannya, tetap juga menunduk.
Haura pula hanya leka bermain dengan telefon tekan-tekan jenama Motorola itu.
Mereka telah selesai berbuka puasa 3 minit yang lalu.
Hawa mula terasa haus kembali. Gelas kosong di meja makan cuba di capai namun dia tersentak apabila ada tangan lain yang sudah mencapai gelas itu dahulu. Hawa mendongak memandang Hafizul.
"Er, ambil lah sorry " Hawa bersuara janggal.
"Tak apalah, Hawa ambil lah. Saya ambil cawan lain " tolak Hafizul lembut, dia bangun.
Hawa mengangguk.
Puan Sharmila mengerling sesaat. Bibirnya tersenyum. Matanya mengekori pemergian Hafizul. Begitu juga dengan Puan Sofia.
Sungai Petani, Kedah.
7.40 p.m.
Adam bersandar di tangga kayu. Sepasang mata kuyu itu menatap purnama indah di langit.
Sudah lama dia menanti panggilan daripada gadis itu. Namun hampa, tiada.
Dia sedar, gadis itu sudah tumbuh membesar. Mana mungkin seorang gadis bandar ingin berkawan rapat dengan budak kampung yang berselemus seperti dirinya.
Pasti gadis itu telah mula berubah fikiran. Telah mula berfikir matang dan tidak bersenda-senda seperti saat kecil dahulu.
Dia sedar diri. Tarafnya tidak sama dengan si gadis kaya. Lihatlah, jika dahulu; yang mengejarnya adalah si gadis.
Kini dia pula yang menanti.
"Peh, jauh nun di sana bang Adam menenung. Taraweh brader taraweh! Harini masjid buat roti john! "
YOU ARE READING
ADAMHAWA
Teen FictionAdam | Hawa Bukti cinta Fyi: look at my bio and press the second link, thankyou sayang. Mula:8 February 2022 Tamat: 1 mac 2023