22

27 4 1
                                    




2022

Pandangannya beralih pada tingkap kapal terbang. Tapak tangannya di tekap pada cermin itu. Melihat awan-awan putih di hiasi dengan langit biru cerah.

12 tahun di bumi orang lain sekian sebanyak melahirkan rasa rindu yang teramat pada tanah airnya ini.

Tanah tumpah darah, Malaysia.

Setelah bertungkus-lumus menghabiskan Phd dalam bidang business di  University of Oxford. Akhirnya, dia pulang kembali ke Malaysia.

Dalam seminggu lagi, atuk akan menurunkan saham syarikat peneraju milik lelaki itu sepenuhnya atas dirinya. Memandangkan dia sahaja cucu yang atuknya ada.

Sepanjang berada di United Kingdom. Dia ada juga sedikit sebanyak belajar tentang cara untuk menguruskan pemasaran dan business di syarikat milik ayahnya yang telah lama di uruskan oleh sepupu ayahnya di UK.

Sebaik sahaja tiba di KLIA;

Dia melilau mata mencari atuk dan opahnya. Kata mereka, mereka sudah tunggu di tempat menunggu dari tadi. Iphone 13 di keluarkan daripada poket seluar, nombor opahnya di dail.

"Opah dekat mana? Adam tak jumpa pun "

"Adam ni mesti dah rabun. Opah dengan atuk ada je dekat belakang kamu ni "

"Eh bela- " laju-laju dia menoleh.

Adam tersengih.

Coat bajunya di betulkan. Beg roda di tarik. Langkahnya besar menuju ke arah mereka.

"Dah semat cucu atuk ni "

"Boleh kahwin dah ni, opah banyak list ni. Tinggal pilih aje " usik wanita tua itu.

"Apa ni opah, tak mahu la " cemberutnya.

"Eleh, ada makwe la tu "

Adam menggeleng.

***

Adam menarik sliding door beranda biliknya. Pemandangan bukit-bukau dan cahaya bulan sangat mempersonakan bagi seseorang yang nature love seperti dirinya.

Baginya, langit malam mempunyai aura tersendiri. Aura yang mampu memukau mata-mata semua orang untuk mendongak dan menatapnya.

Pembaris lusuh di tangannya di angkat tinggi.

Adam ketawa.







PINTU kereta Honda Civic itu di tutup menggunakan kaki. Hawa tergopoh-gapah membawa kotak-kotak kertas A4 dan fail-fail kerja mengunakan kedua-dua tangan pemberian tuhan.

"Biadap betul Cik Lia ni. Ada ke patut nak membuang waktu ni juga! Mentang-mentang aku ni budak intern. Ada hati nak buli orang comel macam aku " Bebelnya perlahan.

Hawa melangkah masuk ke dalam secepat mungkin.

"Ha itulah kau Hawa. Elok-elok abah suruh jadi PA abah, kau tak nak. Nak juga intern syarikat orang! " Bebelnya lagi.

Kotak-kotak di letak atas meja.

Hawa mengeluh lega. Kedua-dua tangannya di ayun lalu di urut kedua-dua bahunya.

Lenguh.

"Eh, dengar cerita boss dah nak berhenti "

Berhenti?

"Kalau berhenti, siapa pula sambung syarikat dia ni? "

"Cucu dia "

"Aku ada dengar yang cucu boss baru balik dari UK "

ADAMHAWAWhere stories live. Discover now