Cengkaman tangannya makin kuat. Kuku yang menusuk kulit berkedut itu kini menyebabkan titisan merah mengalir. Jelas memberitahu bahawa gadis itu sudah hilang kesabarannya.
"Hawa.."
Dia tersentak. Perlahan-lahan tangannya melepaskan lengan ketua kampung itu.
"Zalina. Dengar sini kamu berdua. Aku sampai bila-bila tak akan biarkan keturunan kamu bebas berkeliaran di kampung aku ni! Sebab anak kau, anak dan menantu aku menderita! Sebab anak kau, cucu aku si Idham tu jadi anak yatim! "
"Apa salah anak-anak aku? Sudah di takdirkan mereka tiada jodoh, mengapa engkau masih mahu menyalahkan takdir tuhan?!"
Hawa diam tidak berkutik. Tidak memahami apa yang menjadi pergaduhan mereka. Namun firasatnya kuat mengatakan bahawa mereka sedang berbalah tentang ibu bapa Adam.
"Ah! Cakap saja lah anak perempuan kau tu mahukan lelaki kaya dari bandar! Anak aku pula bekas banduan! Sebab itu kau dan anak kau tu tolak mentah-mentah anak lelaki aku si Razi tu, bukan!? " Sinis ketua kampung.
"Astaghfirullah, apa kau merepek ni Mat? Jadi kau mahu pejam mata saja apa yang menantu dan anak kau buat pada Seroja dan Maliq?! Mereka bunuh anak dan menantu aku Bang Mat! Tapi sedetik pun aku tak berdendam dengan kau mahupun cucu engkau!! "
"Tapi engkau! Setitis silap Seroja, dendam kau kesumat! " Terhinjut-hinjut nek Zalina menutur kata-katanya yang kian menusuk jantungnya kembali.
Ketua kampung itu kini terdiam.
Tanpa membuang masa lama, lelaki tua itu terus pusing dan meninggalkan mereka berdua.
"Nek.. jom naik dulu " Hawa memapah wanita tua itu menuju ke rumah neneknya.
***
"Jadi macam mana ni? "
Iskandar tarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menghembus karbon dioksida itu keluar kembali.
"Malam ni. Kita akan pergi pondok tu " tegasnya.
"Kalau tak jumpa juga, kita kena selinap masuk rumah Ketua Kampung juga ke? " Soal Hawa.
"Tak perlu selinap pun, rumah dia ada kenduri kesyukuran hari ni. Jadi Ariff dengan adik dia pergi. Selalunya Idham tak ada di rumah waktu-waktu macam ni. Waktu ni la Ariff kena mainkan peranan "
"Hawa, aku dan adik aku akan pergi ke pondok "
"Hawa akan cari, kami jaga di luar "
Mereka hanya mengangguk.
Sejujurnya mereka agak terkilan juga, bahawa Shabil tiada bersama mereka.
Namun Iskandar sedar, hati manusia mudah berbolak-balik. Namun doanya adalah agar sahabatnya itu kembali semula kepada mereka tidak pernah putus. Tak pernah terdetik pun rasa benci pada Shabil, walaupun perkataan lelaki itu agak menyakitkan hati.
"Insyaallah, tak kan jadi apa-apa selagi tuhan jaga kita. Apa-apa pun, semua kena kumpul rumah nenek Hawa tepat pukul 8.30, selepas isyak "
Mereka mengangguk faham.
MALAM menjelma.
Hawa menoleh saat terasa ada tangan lembut menyentuh rambutnya.
YOU ARE READING
ADAMHAWA
Ficção AdolescenteAdam | Hawa Bukti cinta Fyi: look at my bio and press the second link, thankyou sayang. Mula:8 February 2022 Tamat: 1 mac 2023