13

22 3 11
                                    

Rindu tak riaisyy HAHAHAH.


















HAWA duduk berteleku atas sejadah. Sesaat kemudian matanya mengerling seutas gelang yang meliliti pergelangan tangannya. Dia tersenyum hambar.

Gelang tangan berwarna hitam itu di leraikan daripada pergelangannya. Laci meja di buka lalu gelang lusuh itu di letak di sebelah pembaris kayu panjang.

Bertahun-tahun lamanya gelang itu indah melilit pergelangan tangan. Akhirnya, ditanggalakan jua.

"Hawa cepat sikit siap, nanti lebuh raya jem! " Laungan Encik Nik membuatkan gadis itu tersentak.

"Baik abah! Hawa nak bersiap ni" laju-laju dia bangun menanggalkan telekung. Betul kata Encik Nik. Lebuh raya pasti akan menjadi sesak. Tambahan pula ramai keluarga yang akan pulang ke kampung halaman.

"Aduh.. rasa nak terkencing pula! Masalah betul la pundi kencing ni!! " Rungut Hawa penuh kemerepekan. Mencicit dia berlari keluar menuju ke bilik air.

Selesai menunaikan hajat, Hawa kembali masuk ke dalam bilik. Keningnya berkerut. "Eh, mana gelang aku? " Kepalanya di garu-garu apabila melihat gelang hitam yang sebelum ini terletak di sebelah pembaris kini hilang. 

Hawa mengeluh.

Dia menunduk sebaik sahaja terasa seperti ada sesuatu bergesel dengan kakinya. "Awang!! " Hawa mencekak pinggang.

Awang bagai tidak kisah dengan panggilan Hawa. Si bulus itu terus bergesel-gesel pada seluar Hawa. "Kenapa Awang main Hawa punya gelang.. " Dia mencangkung, gelang hitam di mulut Awang cuba di lepaskan. Awang mendesis garang.

Lengan Hawa di gigitnya kuat. Langsung tidak di lepaskan.

"Jangan gigit Hawa lah!! "


***

"Murungnya muka anak sulung ni, selalunya dia paling riuh bab balik kampung ni "

"Mana ada murung "

"Ye ye je dia, dari tadi muncung je bibir tu. Sikit lagi nak jadi itik reban belakang rumah kampung nenek tu" perli Encik Nik.

"Buat apa orang nak jadi itik?! " Balas Hawa tidak puas hati.

"Mana tahu anak abah dah bosan jadi murai, dia nak la pula jadi itik " seloroh si ayah.

"Dah-dah la tu bang.. Hawa tu murung sebab Adam tak call dia agaknya" ujar Puan Sofia yang sebentar tadi bukan main ingin menghentikan perlian si suami

"Ouh, bukan dengan Haqiem? "

Hawa menghentakkan dahi perlahan-lahan pada cermin kereta. Rasa nak meraung. Lagi murung rasanya apabila dia tercium gelang hitam yang sebentar tadi berada di dalam mulut Awang.

"Ergh. Busuk... "

Encik Nik dan Puan Sofia ketawa terkekeh-kekeh. Suka pula mereka mengusik si murai yang sudah pencen.

Hawa hanya melihat ke luar tingkap dengan pandangan muram. Rosak habis moodnya kerana gelang hitam itu kini telah selamat berada di tong sampah.

Berkali-kali dia cuba cuci, malah siap di gunanya sabun detergen demi menghilangkan bau keramat si Awang.

Hawa akhirnya tabah. Awang di peluk ketat-ketat dan erat sehingga kucing bulus itu menjerit kuat. Pembalasan daripada Hawa. Namun Awang juga suka membalas. Pipi Hawa kini terukir satu garisan merah yang panjang.

Mak kata turunlah hantaran Hawa nanti. Hawa hampir menangis. Cepat-cepat krim ubat di sapu padu kesan cakar di pipinya. Tebal ya amat.

Fikir Hawa, sapu banyak-banyak boleh hilang cepat. Namun hakikatnya, dia telah melakukan pembaziran. Semoga Puan Sofia tidak tahu tentang krim ubat yang hampir hilang separuh itu.

Lama perjalanannya, kini Hawa melihat sawah padi yang terbentang luas. Hawa yakin, sudah sampai Kedah. Burung-burung bangau di tengah-tengah sawah, padi yang sedang meranum serta awan putih yang menutupi langit biru kian menambah rasa terujanya.

Mata dan fikiran Hawa mula teringatkan Adam yang sibuk mengerjakan sawah dengan topi sawahnya. Adam kerap memakai t-shirt putih pendek serta seluar track hitam.

Kadangkala habis tampak peluh membasahi baju putihnya itu. Menarik. Hawa mula tersedar, dahinya ditepuk kuat.

Balik semula Hawa!

Jangan fikir jauh-jauh!

Hawa menoleh kiri. Tersengih dia apabila melihat Haura memandangnya dengan tenungan pelik.

Lebih kurang beberapa puluh minit, kini enjin kereta proton itu di matikan. "Dah sampai, Hawa Haura tolong angkat beg-beg yang kecik ya. Biar abah angkat bagasi " arah Encik Nik.

Hawa hanya mengangguk. Lantas pintu di buka dan dia melangkah keluar.

"HATI HATI, AYAM!! "

Hawa tersentak. "Ha? Ayam? ".

Sebaik sahaja dia mengangkat wajah, Hawa kaku. Terkunci langkahnya melihat ayam kampung hampir sahaja mendarat di muka.

"Aku dah cakap jangan lepaskan ayam tu kan, syabil!! "

"Mana la aku tau ayam tu buas! Aku fikir ayam tu jinak! " Jerit syabil.

"Kau fikir dia nak jadi jinak ke kalau dia tahu kita ni tengah cuba nak sembelih dia?!! "

"Jangan lah marah aku! "

Ayam kampung yang di kejar Syabil dan Ariff mula mengepak-ngepakkan sayapnya. Terbeliak luas mata mereka apabila ayam puaka itu kini mendarat di atas kereta proton Encik Nik.

"AYAM TAK GUNA!! "

Encik Nik yang baru sahaja turun dari rumah kayu itu terus hilang kata-kata. Senak jantungnya melihat garisan artistik di atas atap keretanya.

Dadanya di sentuh."ya Allah, kereta aku.. "

Syabil berlawan mata dengan si ayam durjana. Kelihatan masing-masing sedang membara semangat. "Aku dapat kau, memang aku cekik-cekik kau, ayam " desis Syabil.

Tanpa menunggu lama. Syabil mendepa tangannya luas. Lariannya semakin laju, ingin menangkap si ayam.

Senyuman Syabil melebar jahat. Tawa jahat meniti bibirnya.

Belum sempat ayam itu di tangkap, ada sepasang kaki berdiri menghalang si ayam. Maka ayam durjana brek secara mengejut. Syabil pula selamat tersembam ke tanah.

Semudah begitu sahaja, ayam jantan yang ganas itu di tangkap. Syabil melutut dan bangun. Seluarnya yang berdebu tanah di tepuk-tepuk.

"Hahahahahha padan muka kau, habisla kau jadi gulai aku malam ni hahahaha " Syabil ketawa terbahak-bahak.

Pak!

"Adeh!"

"Tak baik la kau ni, jangan sampai ayam tu masuk dalam mimpi kau malam nanti" tegur Ariff.

Syabil membebel perlahan. Belakang kepalanya diusap selepas sedas hadiah di berikan oleh rakannya.

"Eh, kau pergi mana tadi Adam? " Soal Ariff, dia mengambil ayam daripada pegangan Adam.

"Tolong nek Jah siapkan perkakas kawah, lepas tu aku pergi kedai beli santan kejap " balas Adam dengan senyuman nipis.

"Is? "

"Dekat belakang dengan nek Jah"

Keningnya berkerut apabila melihat sebuah kereta di halaman rumah kampung itu. "Kereta siapa t— " pertanyaannya terhenti apabila matanya bertembung dengan wajah seseorang.

Kelihatan gadis itu dari tadi tidak lepas dari memandangnya.

"Hawa Hanani"
Tutur Si Adam perlahan.

Bibirnya mengukir senyuman lembut buat Si Hawa. Hawa masih senyap kaku. Tidak ubah seperti patung.

Manis sahaja wajah si Hawa walaupun ada kesan cakaran panjang di pipi kanan si gadis.

Hawa Hawa..











ADAMHAWAWhere stories live. Discover now