16

22 5 4
                                    



HAWA memisat mata. Sedar-sedar saja dia sudah terjaga di sebabkan bunyi bising. "Ish, kacau lah.. orang nak tidur pun susah " bebel Hawa bersisa geram.

Klak!

Hawa dan nek Dijah bertentangan mata. Jelas kelihatan mata tua itu berair dan merah. Makin hairan di buatnya. Hawa menggosok matanya.

"Kenapa ni nek? Kenapa nenek menangis? Hawa buat silap ke? " Gelisah Hawa. Laju dia bangun mendekati nek Dijah.

"Hawa.. Adam... "

"Kenapa dengan Adam? "

"Adam.. " jelas kelihatan bahawa wanita tua itu keberatan untuk menyambung penjelasannya.

Jantung Hawa berdenyut laju. Merasakan bahawa sesuatu yang buruk bakal di keluarkan daripada bibir si nenek. Hawa menelan air liur. "Adam? "

"Adam kena tangkap basah dengan orang kampung.."

Bagai di hentak batu-bata, terasa seperti nadinya berhenti berdenyut. Titisan jernih mula merembes jatuh pada kulit kuning langsat itu.

"Tak mungkin.. "

"Adam tak kan buat benda jahat nenek.. Hawa tahu Adam macam mana! Dia lelaki baik! Adam lelaki baik!" Hawa menggoncangkan tubuh si wanita tua di hadapannya.

"Rumah tok penghulu "

"Adam dan Sara ada di rumah tok penghulu"

Sara?

Laju tangannya mencapai tudung bawal yang instant. Sebaik sahaja tersemat menutupi kepalanya, Hawa laju berlari melangkah keluar dari bilik.

"Hawa nak pergi rumah tok penghulu "

"Tapi tak bahaya ke kamu pergi seorang? Nek takut apa-apa jadi pada Hawa " risau nek Dijah.

"Ha- "

"Kami ikut Hawa "

Iskandar?

"Maaf sebab masuk rumah nenek sesuka hati. Tapi, kami yakin.. Adam kawan yang baik " sambung Ariff.

Nek Dijah tersenyum lemah.

Dari kecil, dia sudah mengenali Adam. Adam sudah ibarat seperti cucunya sendiri. Mana mungkin dia hanya akan mendiamkan diri saat cucunya di fitnah.

Ya, mereka tahu.

Adam bukan lelaki jahat.

***

Hawa berlari laju. Laju selaju-lajunya. Dia tidak mahu Adam pergi darinya. Dia tidak mahu lelaki itu menjadi milik perempuan lain.

Dia mahu Adam menjadi miliknya sahaja selain daripada milik tuhan.

"ADAM!! "

Hawa merempuh kerumunan warga kampung yang menyesakkan pondok itu. Iskandar dan yang lain mengikuti langkah gadis itu.

"Sara, awak memang perempuan tak guna!! Awak tak ada rasa malu ke?!! " Tempik Hawa. Belum sempat dia menerpa ke arah gadis itu, lengannya di tahan orang kampung.

"Kenapa kamu semua menyibuk hal orang dewasa?! " Terjah ketua kampung.

"Menyibuk? Pak cik tu tau tak apa pak cik buat ni salah! Pak cik langsung tak selidik sama ada benar atau salah! Pak cik tau tak, benda ni boleh jatuh fitnah! " Amarah Si Hawa.

"Hawa.. "

Ketua kampung mengetap rahang. "Biadap! " Tangannya di angkat tinggi.

ADAMHAWAWhere stories live. Discover now