Pintu kereta di tutup perlahan. Hawa yang sedang mendukung bayinya melangkah berhati-hati ke arah pondok sawah. Sebaik sahaja dia bersandar pada tiang kayu pondok itu, matanya melilau mencari kelibat seseorang.
"Fuh, seksi! " Tak berkelip matanya melihat Adam yang sedang berjalan ke arahnya.
Sama sahaja seperti waktu dahulu. Berbaju tshirt putih dengan topi sawahnya setia menahan pancaran terik matahari. Adam menanggalkan topi sebaik sahaja berdiri di hadapan Hawa.
"Hawa dah makan? "
"Belum, Hawa tunggu abang"
"Lah kenapa tunggu, abang ingatkan Hawa pergi makan dekat kedai "
"Hawa bawa Dahlia pergi kedai beli aiskrim aje tadi. Budak kecik tu ngidam magnum. Lagi pun Hawa nak makan dengan abang sekali "
Adam lantas duduk bersebelahan isterinya itu.
"Kenapa? "."Nanti makan tak kenyang"
Adam ketawa.
Dari dulu sampai sekarang isterinya tak habis-habis nak mengeletis. Nasib dia sayang Hawa.
Bayi di dalam dukungan Hawa di cium. Nyenyak saja si montel tidur lepas kenyang.
"Abang"
"Hm?"
"Kalau Hawa jadi ikan, abang sayang Hawa lagi tak? " Mata Hawa membulat melihat wajah Adam.
"Apa awak merepek ni sayang? Dah mula la tu.. adu" Adam menepuk kedua-dua belah pipi Hawa perlahan. Hari tu nak jadi angsa, kali ni ikan pulak dah!
"Ala.. jawab la... "
"Cuba cari haiwan lain "
"Abang....jaw- "
"Abi! Umi! Jom makan skem megnem hihi " jeritan dari Dahlia yang muncul entah dari mana membuatkan perbualan mereka terhenti. Gadis itu tersengih lebar.
"Ee awak ni.. awak dah rongak pun nak makan benda manis! Nanti bila tengok cermin, mula lah monyok gigi dah rongak " bebel Adam.
"Abi ni kuat bebel laa.. nanti Dalia akai breses, cantek la balik gigi Dalia.. " kini pipi abinya pula di tekup. Hawa menggeleng-geleng.
Adam ketawa. Hidung anak gadisnya di picit kuat. Geram. Perangai macam Hawa waktu kecil. Ada saja jawapannya. Langsung tak nak mengaku kalah.
Mulut kalah murai!"Akit lah! " Dahlia menggosok hidungnya yang kemerahan. Sempat dia menjeling Si Adam.
"Eh adik tite tidur laaa " kini bayi di dalam dukungan Hawa pula di kacaunya. Di cium cium bayi berkali-kali.
"Abang nak betulkan enjin kereta sekejap " Adam bangun. Topi sawahnya di tanggalkan.
Hawa mengangguk.
"Abi ambil eh semua megnem awak ni " sakat Adam. Plastik aiskrim itu di angkat.
"TAK BOLEHHH, ABI... JANGAN LAAAAA HUWAAAAAA "
"HAHAHAHA abi gurau je la. Gedik la Dahlia ni, macam umi dia "
"Diam la abang " Hawa menjeling. Suka-suka hati saja petik nama dia.
Sebaik sahaja kelibat Adam hilang, Dahlia bersandar pada Hawa. "Umi.. "
"Hm.. kenapa sayang? "
"Macam mana umi jumpa abi. Abi memang tak betul dari dulu ke? "
Hawa ketawa mendengar soalan anaknya.
"Umi budak bandar. Abi budak kampung. Abi dulu pendiam, tak banyak cakap dan kuat emosi. Umi pula sebaliknya. Macam-macam yang jadi masa umi kenal abi. "
"Tapi doa umi untuk terus bersama abi Dahlia Allah makbulkan. Walaupun umi terpisah bertahun lama dengan abi awak. Tuhan pertemukan juga kami " mata Hawa menatap langit. Melihat awan-awan putih yang menutupi langit biru itu.
"Umi cintakan abi ke? "
"Cinta "
"Umi cintakan bukti cinta umi "
TAMAT
Thankyou readers AH🤍 AH ni sebenarnya lahir lagi awal daripada Hannah Refella tu. AH ni payah nak tulis, kena ambik feel dulu. Sebab tula saya habiskan HR. Tapi tak sangka pula boleh tamat ye cerita dua ketul ni. Cerita ni memang dari awal saya nak buat comel ii gitu. Tak sedih sangat and tak merapu. Timeline dia pun 90 an. Banyak benda kena google supaya nampak betul ii 90 an. Itu je la.
Actually saya notice je orang yang votes cerita ni dari awal sampai akhir. Ish terharuk HAHAHAHA. Jujurla.. saya tak promote langsung semua cerita saya. Saya nak orang jumpa sendiri HAHAHHAH.
MASEH READERS COMEI COMEI BELAKO🤍
#adamhawa
YOU ARE READING
ADAMHAWA
Teen FictionAdam | Hawa Bukti cinta Fyi: look at my bio and press the second link, thankyou sayang. Mula:8 February 2022 Tamat: 1 mac 2023