"ADAM tahun ni SPM bukan? Dah ada persediaan ke? " Soal nenek Khadijah menghapus suasa keheningan di meja makan.
"Adam tak pasti lagi nek, insyaallah Adam boleh jawab nanti " nenek Khadijah tersenyum nipis mendengarnya.
"Mesti Adam boleh punya, macam la nenek tak tau berapa kali Adam naik pentas. Hah, Hawa pulak macam mana dengan PMR? " Matanya teralih pada Hawa. Hampir tersedak Hawa mendengar perkataan 'PMR'.
Oh, tolong lah jangan tanya pasal peperiksaan besar itu.
"Er.. macam tu la. Cuma Maths tu.. macam.. er.. macam mana eh nak cakap, hah! Maths tu, Hawa selow sikit. Sikit je, tak banyak pun " gadis itu tersengih menampakkan giginya.
"Belajar la dengan Adam sementara masih cuti ni, tak ada lah masa terluang dekat kampung ni terbuang macam tu aje " cadang neneknya.
"Er.. kalau Adam tak kisah, Hawa okay je"
"Adam? "
"Hm? Dam okay je. Lagipun PMR lagi beberapa bulan je "ujar Adam membalas pertanyaan si nenek.
Nek Khadijah tersenyum mendengar persetujuan dua cucu kesayangan nya itu.
***
"Tak faham ""Bukan macam tu lah Hawa, yang ni kau kena tukar. Tu kan formula dia yang aku dah ajar tadi "
"Oh macam tu eh? Hehe sorry, terlembab sikit " Hawa tersengih kerang wangi.
"Sikit apa nya? Macam banyak je" sindir Adam.
"Hesh mana ada! "
"Ada"
"Tak ada"
"Ada"
"TAK ADA"
"Ada"
"TAK A—"
"EHEM! "
Adam dan Hawa tersentak.
"MACAM SYOK JE STUDY BERDUA " suara nyaring seseorang mengusik mereka diikuti dengan gelak tawa.
"Bising lah kau ni Shabil " Adam menjeling rakan-rakannya yang dari tadi kelihatan 'bahagia' menonton drama di televisyen.
Sudah la datang tak diundang, ada hati nak usik anak orang. Siapa lagi kalau bukan tukang pakar penghabis beras. Shabil.
"Er.. Hawa nak pergi dapur jap, tolong nenek" pinta Hawa janggal.
Jelas kelihatan yang gadis itu sudah panas pipi apabila tersedar bahawa hanya dia seorang sahaja perempuan disitu.
Entah bila neneknya hilang le dapur.
"Boleh-boleh. Apa salahnya, lagipun ni rumah Hawa bukan rumah abang" ujar Shabil sambil melantak keropok yang baru sahaja dibelinya menggunakan duit Arif. Badannya berada dalam posisi baring mengiring dengan siku ditongkatkan agar telapak tangan menahan beban kepala.
Bukan Shabil, jika perangai tidak meminta pelempang. Suka benar buat rumah orang seperti rumah sendiri.
Nasib baik lepas makan, dia reti basuh pinggan sendiri. Kalau tidak...
Puk!
"Arghh! Sakitlah!" Jerit Shabil kuat.
"Kalau aku ajar sivik kat kau ni.. agak-agaknya, jalan tak masuk dalam kepala otak kau tu? " Arif bersuara setelah memberi hadiah istimewa buat Shabil.
"Tak jalan"
"Dia kan OKU"
"Kan Adam? " Iskandar menyoal Adam pula.
Adam mengangguk. Bersetuju.
:
:
:" BAPAK AAA SEMUA, DAH AAA AKU NAK BALIK" raung Shabil.
***
4 bulan kemudianKuala Lumpur
"Ya Allah, permudahkan la segala urusanku. Berikanlah aku keputusan yang cemerlang atas segala usaha kerasku ini. Amin" Hawa meng-aminkan doanya.
Pejam celik pejam celik.
Hari ini Hawa akan menduduki PMR.
Jujur dirinya merasa debar.
Namun dia harus tempuhi.
Beg sekolah digalas. Hari ini dia datang ke seolah awal sedikit kerana mahu buat persediaan. Selalunya dia selalu datang lambat. Langsung tiada ciri-ciri murid harapan. Ish ish ish.
"Hawa"
"Hm? " Hawa menoleh melihat wajah orang tuanya.
"Ada orang telefon Hawa"
Hawa lantas keluar menuju ke meja yang menempatkan telefon rumahnya.
"Assalamualaikum, ni siapa ya?" Soal Hawa.
"𝑨𝒅𝒂𝒎 "
Gadis itu terkejut.
"Kenapa telefon Hawa pagi-pagi ni? "
"𝑺𝒂𝒋𝒂"
"Pakai telefon siapa? "
"𝒑𝒖𝒃𝒍𝒊𝒄 𝒑𝒉𝒐𝒏𝒆"
Em,
Public phone...
"Oh.. Adam nak cakap apa dengan Hawa? Rindu orang eh? " Sakat Hawa menyempat.
"𝑩𝒖𝒂𝒕 𝒆𝒍𝒐𝒌-𝒆𝒍𝒐𝒌, 𝒎𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒎𝒂𝒂𝒇 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒊𝒃𝒖 𝒃𝒂𝒑𝒂 𝒌𝒂𝒖, 𝒃𝒂𝒄𝒂 𝒅𝒐𝒂, 𝒔𝒂𝒓𝒂𝒑𝒂𝒏 𝒏𝒂𝒏𝒕𝒊 𝒔𝒂𝒌𝒊𝒕 𝒑𝒆𝒓𝒖𝒕, 𝒊𝒏𝒈𝒂𝒕 𝒔𝒆𝒎𝒖𝒂 𝒇𝒐𝒓𝒎𝒖𝒍𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒂𝒌𝒖 𝒂𝒋𝒂𝒓"
"𝒂𝒌𝒖 𝒏𝒂𝒌 𝒈𝒆𝒓𝒂𝒌 𝒅𝒂𝒉 𝒏𝒊, 𝒋𝒂𝒈𝒂 𝒅𝒊𝒓𝒊"
"Okay, Hawa ingat " balas Hawa sambil mengangguk berkali-kali.
Tanpa sedar, senyuman nipis terbit dari wajah berseri itu.
***
DETIK berganti detik, minit berganti jam, jam berganti hari.
Akhirnya berakhir sudah saat gemuruh buat Hawa.
Berganti pula dengan saat gemuruh buat semua pelajar tingkatan lima termasuk Adam.
Jika sebelum ini Adam menelefon Hawa.
Kini Hawa pula memberi surat dengan pos laju.
Maklumlah yang disana tidak punya telefon sendiri. Tak mungkin dia akan menelefon public phone pula. Silap-silap orang lain yang jawab.
Doa dititipkan buat masing-masing.
Agar kejayaan bakal menghampiri dan membuka peluang dan masa depan yang cerah buat anak muda seperti mereka.
Tidak lupa juga buat rakan-rakan Adam serta Kak Maryam.
Semoga allah membantu mereka.
Amin!
YOU ARE READING
ADAMHAWA
أدب المراهقينAdam | Hawa Bukti cinta Fyi: look at my bio and press the second link, thankyou sayang. Mula:8 February 2022 Tamat: 1 mac 2023