Adam menjenguk sedikit apabila pintu biliknya terbuka. Ada nenek dan opahnya di dalam. Atuknya pula sedang bersiap-siap ingin ke masjid di bilik sebelah.
"Mah minta maaf ya Ina. Mah tak ada niat nak abaikan Adam "
Adam tersentak. Dia masih diam di hadapan pintu. Matanya menjenguk ke dalam.
"Ina tak salahkan Mah pun. Lagi pun Mah kena tipu waktu tu kan. Kita pula mana ada telefon canggih waktu tu. Nak balas balas surat pun, Ina tak reti "
"Itu lah. Mah tak sangka sanggup mereka tipu yang Adam dah tak ada. Mah rasa kecewa sangat "
"Mereka tak bagi Mah cium jenazah-jenazah anak Mah. Lagi satu yang Mah hairan, kenapa Mah tak boleh buka ikatan kepala jenazah cucu Mah sendiri. Rupa-rupanya, budak tu bukan Adam, tapi cucu penghulu kampung, Pak Mat "
Adam terkedu. Tak sangka orang kampung ini sejahat itu, terutamanya tok penghulu.
"Suami Mah dan Mah ada syarikat di Kuala Lumpur. Jadi kebetulan lepas jumpa Adam dan Ina ni, Mah ingat Mah nak letakkan Adam sebagai pewaris mustahak syarikat kami "
"Ina tak sangka, Ina berbesan dengan orang kaya-kaya rupanya "
"Ish, mana ada kaya Ina ni! "Lengan wanita di sebelahnya di tampar lembut.
HAWA berlari selaju yang mungkin. Habislah mengamuk mak dia nanti. Hari dah nak maghrib!
Ini semua salah mak cik senah dengan makcik bedah dari hujung kampung tu! Semua benda nak jadikan topik pergaduhan. Elok-elok dia mahu membayar di kaunter kedai, mak cik bedah datang menyerang.
Mahu tak mahu, terpaksa jugalah si pemilik kedai makan itu meleraikan perang dunia yang berlaku di kedainya.
Setengah jam jugalah dia menunggu di kaunter. Nasib dapat diskaun.
Tapi, masalahnya sekarang ni... Azan maghrib dah lepas!!!
Hawa tercungap-cungap sebaik sahaja sampai di tangga rumah. Air liur di telan. Entah kenapa dia merasakan ada aura buruk di dalam rumahnya itu. Habislah dia..
Hawa menggeleng laju.
Dia harus redah! Ya di harus..
"Assala— ARGH!!! LEPAS!! "
Dalam sekelip mata, semuanya menjadi gelap gelita.
***
Puan Sofia menelek jam di dinding berkali-kali. "Ish, mana Hawa ni? Dah pukul 9 malam dah ni. Tak balik-balik lagi! " Resahnya.
Tak mungkin Hawa sesat. Anak perempuan sulungnya itu lagi arif selok-belok jalan kampung ini berbanding dirinya.
"Abang.. mana Hawa ni abang ..." Lengan Encik Nik di paut.
"Itu lah, abang pun hairan. Biar abang pergi cari Hawa ya Sofia" bahu isterinya di peluk.
Sebaik sahaja membuka pintu. Wajah lelaki itu mula kelihatan cemas. "Sayang! " .
"Kenapa ni abang? "
"Itu.. bukan selipar Hawa ke? Bukan tadi Hawa kata dia pergi kedai makan ke, sayang? Tak kan lah Hawa sengaja tinggalkan plastik bekas makanan berterabur atas tanah "
"Ya allah bang.. Ha-Hawa hilang!! "Ujar Puan Sofia cemas.
"Abang rasa kita kena panggil kawan-kawan Hawa untuk cari anak kita. Abang yakin mereka tahu mana mahu cari. Awak bawa bersabar ya, insya allah kita akan jumpa Hawa balik" tenangnya.
Puan Sofia mengangguk. Matanya hanya mengikuti jejak suaminya turun dari tangga.
"Hati-hati abang "
Encik Nik mengangguk.
YOU ARE READING
ADAMHAWA
Teen FictionAdam | Hawa Bukti cinta Fyi: look at my bio and press the second link, thankyou sayang. Mula:8 February 2022 Tamat: 1 mac 2023