*I'm sorry for late update cause I'm kinda busy this week. But I'll try my best!;>
Sara membetulkan tudung bawal hitam yang tersarung kemas di kepala. Bibirnya dicalit lipstick merah menyala. Menyala bakhang. Wajah putih bersih itu di tepek powder dan blusher. Dia tersenyum sinis.
"Aku yakin yang aku lagi lawa dan lagi kaya dari perempuan tu. Kalau tak, tak ada la ramai lelaki sanggup jatuh untuk aku." Yakin Sara. Sudah serupa dengan watak antagonis drama melayu di kaca televisyen setiap petang.
Memang tidak dinafikan bahawa Sara memang mempunyai wajah dengan lekuk yang sempurna dan sering menjadi idaman para gadis. Kulit wajah putih mulus, bibir yang mugil dan berwarna merah jambu serta badan yang langsing. Pipinya juga kelihatan kemerah-merahan serta bulu mata yang panjang dan lentik. Jadi tidak hairanlah jika namanya sering meniti bibir-bibir warga sekolah.
Di tambah pula dengan pangkat ayahnya yang tinggi sekaligus membuatkan seluruh barisan guru dan ibu-bapa bersetuju untuk menaikkan nama ayahnya sebagai pengerusi PIBG buat bertahun-tahun.
Sara menelek baju t-shirt lengan panjang dan jeans ketat yang di sarung membalut kakinya. Perfume disembur.
Setiap hari Sabtu, pelajar tingkatan 5 ada kelas tambahan. Apa yang membahagiakan Sara, dia tidak perlu pakai baju kurung sekolah dan bebas memakai baju biasa. Namun baju, tudung dan seluar yang sesuai.
Namun siapa saja yang tidak kenal dengan seorang Sara. Sara sudah semestinya tidak mengambil peduli tentang syarat-syarat remeh seperti etika pemakaian. Baginya, sudah cukup dia berbaju. Anak YDP PIBG lah katakan. Seringkali ditegur guru disiplin. Namun hanya sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
"Sara? Kamu nak pergi mana? " Tanya seorang lelaki berusia yang sedang duduk disofa ruang tamu. Surat khabar diturun sedikit.
"Pergi kelas tambahan la ayah. Habistu pergi mana lagi? " Sara merengus perlahan.
"Dah tahu pergi kelas tambahan, kenapa pakai macam tu? "
"Ala.. ayah ni.. Kan bebas nak pakai baju apa-apa pun" bentak Sara.
"Sara, you jangan jangan ingat ayah tak tau perangai you dekat sekolah! "
"Apa ni ayah?! It's just a clothes! Perangai apa pulak yang ayah merepek ni? I bukannya buat benda tak senonoh pun dekat sekolah. I don't even do anything wrong " Sara melangkah menuju ke pintu.
Klak.
"Sara pergi dulu, bye! " Pamit si gadis. Tak kuasa dia berlama-lama di rumah semata-mata untuk mendengar bebelan ayahnya.
Melihat kelibat anak gadisnya hilang sebaik saja pintu di tutup, lelaki tua itu menggeleng. Entah di mana silapnya mendidik anak gadisnya yang tunggal itu.
Adab bagai air dalam tempayan bocor. Semakin lama semakin tiada adab.
***
Adam bersandar pada beranda koridor. Tangan kanan diletakkan di atas beranda. Bahu kanan disandarkan. Matanya ralit memandang manusia-manusia di bawah.
Rambut hitam pekat itu dibelai lembut angin sepoi-sepoi bahasa. "Adam.." remaja lelaki itu menoleh.
eorang gadis berbaju kurung, bertudung bawal yang duduk di atas kerusi roda sedang memandangnya lembut.
"Maryam? "
"Er.. Adam nampak Iskandar tak? "
"Iskandar pergi kantin tadi " Adam kembali memandang bawah sebaik saja membalas.
"Ye ke.. terima kasih"
"Sama-sama" Maryam menolak roda kerusinya kebelakang, meninggalkan Adam.
'Itu ke Maryam yang Is selalu cakap tu'. Soal Adam dalam hati.
Kakinya melangkah masuk ke dalam kelas, kelas tambahan akan bermula lagi setengah jam. Lebih baik dia buat hal sendiri.
Sebaik saja berapa saat Adam duduk, Iskandar pula melangkah masuk ke dalam kelas. "Tadi Maryam cari kau" tutur Adam apabila Iskandar berjalan ke arahnya.
"Cari aku? Lepas tu dia pergi mana? "Soal Iskandar.
"Kelas? " Balas Adam kembali. Manalah dia tahu. Iskandar menarik kerusi dan duduk disebelah Adam.
Mereka terdiam sebentar.
"Kenapa dengan kau orang berdua? " Adam menoleh memandang Iskandar yang sibuk mengeluarkan buku teks dan buku latihannya.
"Hahaha lain macam je pertanyaan kau ni" Iskandar sengih. Walau sebenarnya dia terkedu dengan pertanyaan secara tiba-tiba daripada seorang Adam.
"AYOK! Kantoilah Is! Dalam diam eh kau" terjah shabil yang datang entah dari mana.
"Aku tak ada apa-apa la dengan Maryam! Aku cuma tolong dia je! Engkau tak reti bagi salam ke anak kambing?! " Nafi Iskandar. Kakinya menendang kerusi yang di duduki Shabil.
"Ala, habistu? " Shabil memyandarkan tangannya di atas bahu Iskandar dan Adam.
"Minggu depan ada camping badan beruniform. Aku jadi ketua team, setiap team kena ada 8 orang ahli. Aku offer dia masuk team aku, memandangkan kan aku rasa.." Iskandar mengeluh.
"Kau rasa? "
"Aku rasa Maryam macam kena left out, maybe sebab dia tak boleh jalan "
"Kiranya kau orang dalam kategori disadvantage la? "
"Haah, tapi kesah pulak aku" Iskandar memusingkan kembali badannya. Buku latihan diselak.
"Sebab dia tak boleh buat aktiviti lasak? " Soal Adam yang dari tadi menyepi.
"Ya, setiap candidate camp, dapat mata kalau berjaya selesaikan aktiviti ". Jelas Iskandar.
Iskandar. Siapa saja tidak kenal jejaka yang pemurah dengan senyuman ini. Bukan senyuman seorang buaya daratan. Hanya senyuman yang mampu menenangkan jiwa orang di sekelilingnya. Keberadaan dirinya dalam sesuatu kelompok, pasti akan membawa aura positif.
Selain menjadi pelajar contoh. Iskandar juga sering menyertai aktiviti-aktiviti lasak serta pertandingan-pertandingan tanpa mengira peringkat. Tidak ubah seperti murid emas.
"Dia tak sama macam kita, kau jaga dia baik-baik. Lagikan pula dia perempuan. Jangan tinggalkan dia jauh belakang daripada kau orang satu team" balas Adam. Iskandar dan Shabil tersenyum nipis.
"Thanks bro"
YOU ARE READING
ADAMHAWA
Teen FictionAdam | Hawa Bukti cinta Fyi: look at my bio and press the second link, thankyou sayang. Mula:8 February 2022 Tamat: 1 mac 2023