Dia memandang Mikael sekilas. Dia gigit bibir bawahnya.
"Awak. Maaf sebab tak bagitahu awak yang saya keluar dengan kawan lelaki saya." Hannah memohon maaf. Mikael diam.
"Awak." Panggil Mikael. Mikael tetap diam. Tumpuannya hanya pada pemanduan.
"Mikael." Panggil Hannah lagi. Mikael menghela nafas kecil.
"Kau dah mintak izin kan tadi. Buat apa nak minta maaf?" Balas Mikael.
"Iya. Memanglah. Tapi, saya tak cakap dekat awak yang kawan saya tu lelaki." Kata Hannah serba salah.
"Okay." Hannah mengerutkan dahi.
"Hah?" Mikael mengangguk.
"Iya, aku maafkan kau. Puas?" Mikael senyum memandang Hannah. Hannah mengangguk sambil membalas senyuman itu. Dia memandang ke hadapan semula.
"Kita nak pergi mana ni awak?" Soal Hannah apabila jalan yang dilalui mereka bukanlah jalan untuk balik ke rumah.
"Rahsia. Kau tidurlah dulu. Lambat lagi kita nak sampai." Kata Mikael. Hannah mengangguk. Ikut je lah. Dia memejamkan matanya. Entah berapa minit dia dalam keadaan macam tu, dia kembali membuka mata.
"Tak boleh tidur." Rungut Hannah. Mikael menggelengkan kepalanya.
"Pejam mata." Seperti yang diarahkan, Hannah memejam matanya. Mikael mula.membaca selawat. Hannah tersenyum suka. Tidak lama kemudian, dia tertidur.
Hannah membuka mata perlahan lahan. Siling putih dipandang. Terkelip kelip dia memandang siling putih itu. Maklumlah dia masih mamai.
"Dah sampai ke?" Dia bersoal sendiri. Dia bangun dari pembaringan. Berkerut dahinya.
Ini bukan bilik dia. Sekeliling bilik itu dipandang."Awak. Ooo awak." Panggil Hannah. Dia mencari Mikael. Pili air yang terbuka dari bilik air menandakan Mikael di dalam. Lega dia rasa. Ingatkan kena tinggal sorang sorang tadi.
Hannah menuju ke tingkap bilik itu. Langsir yang menutupi tingkap diselak. Jatuh rahang Hannah melihat pemandangan di hadapan matanya sekarang.
"Wah, cantiknya." Dia tersenyum lebar. Cantik sungguh pemandangan ini. Dari tempatnya berdiri, dia dapat melihat pantai. Ada juga orang yang tengah main air, main bola dan ada juga keluarga yang sedang berkelah.
Terkejut Hannah apabila pinggangnya dipeluk dari belakang. Dia memusingkan kepalanya sedikit. Hannah tersenyum memandang Mikael.
"Kau suka?" Tanya Mikael. Hannah laju mengangguk.
"Tapi, kenapa awak bawa saya pergi sini?" Soal Hannah pelik. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba tiba je bawa dia pergi pantai.
"Saje. Lagipun kita belum honeymoon pun kan." Kata Mikael. Hannah diam. Honeymoon? Tanpa rasa cinta? Boleh jadi ke honeymoon tu?
"Saya tak bawak baju." Kata Hannah. Dia pun tak tahu nak datang sini. Kalau dia tahu dah lama dah dia bawak baju.
"Tak apa. Aku dah bawakkan." Ujar Mikael. Hannah mengerutkan dahi.
"Bila awak kemas baju?" Tanya Hannah. Dia tak perasan pun yang Mikael kemas baju.
"Tadi. Waktu kau keluar. Aku ambil sikit je baju. Kalau tak cukup kita pergi beli nanti." Hannah menggelengkan kepalanya. Mentang mentang banyak duit, semua nak dibeli.
"Kalau awak cakap dengan saya kita nak pergi sini, bolehlah saya tolong kemaskan baju." Kata Hannah.
"Tak apa. Biarlah. Tak payah fikir pasal baju tu. Tak penting pun." Balas Mikael. Hannah membuat muka redha. Lantaklah. Orang datang sini boleh hilangkan stres. Jadi jangan fikir sangat pasal baju. Nanti makin stres.
Mereka berdua diam selepas itu. Masing masing dalam dunia mereka sendiri.
"Jom kita turun." Ajak Mikael. Tengok dari bilik tidak berapa seronok. Kena tengok depan depan baru lebih seronok. Hannah mengangguk sambil tersenyum.
"Jom." Kata Hannah bersemangat. Mikael tersenyum kecil.
Mereka berdua hanya diam. Tiada perbualan di antara mereka. Masing masing menikmati keindahan ciptaan Allah S.W.T.
"Cantik kan?" Tanya Mikael setelah lama mereka berdua berdiam diri. Hannah mengangguk. Dia memejam matanya apabila deru angin laut menampar lembut pipinya. Dia kembali membuka mata.
"Awak." Panggil Hannah sambil memandang ke arah Mikael. Mikael turut memandang ke arah Hannah.
"Iya kenapa?" Soal Mikael. Hannah gigit bibir bawah.
"Err, saya nak tanya something." Mikael mengangkat sebelah kening.
"Tanyalah." Kata Mikael.
"Dulu kan kita dah sepakat kan yang awak akan ceraikan saya bila awak dengan Mel dah nak kahwin. Habistu sekarang awak tak jadi kahwin dengan Mel. Jadi awak akan tetap ceraikan saya ke?" Tanya Hannah. Mikael diam. Jujur dia sudah lupa akan hal itu. Dan dia langsung tidak ingin fikir akan hal itu. Tapi, Hannah sudah bertanya, dia perlulah jawab.
"Tak. Aku tak kan ceraikan kau. Dan tak kan pernah ceraikan kau." Hannah mengerutkan dahi.
"Maksud awak?" Mikael mengangguk.
"Aku tak akan pernah lepaskan kau. Itu janji aku." Tekad Mikael.
"Why?" Tanya Hannah. Dia gembira tapi dalam masa yang sama dia ingin tahu sebabnya.
"Kalau aku cakap pun aku tak rasa kau akan percaya." Balas Mikael.
"Kenapa pulak? Cakap je lah." Ujar Hannah.
"Sebab aku sayangkan kau." Kenyataan yang keluar dari mulut Mikael itu sungguh membuatkan Hannah terkejut. Mikael sayangkan dia?
"Pandai awak bergurau." Hannah tetap tidak mahu percaya. Mustahil seorang Mikael sayangkan dia.
"See. Dah agak. Mesti kau tak percaya. Itu yang aku malas tu nak cakap." Kata Mikael sedikit merajuk. Dia kembali memandang ke arah pantai. Hannah menggaru kepalanya.
"Awak. Awak merajuk ke?" Lengan Mikael dicucuk cucuk. Mikael mengelak. Hannah ketawa lucu. Perangai macam budak budak.
"Saya pun sayangkan awak." Ucap Hannah perlahan tapi tetap dapat didengari oleh Mikael. Mikael memandang Hannah. Hannah memandang ke arah lain. Pasti merah mukanya sekarang.
"Serius?" Mikael meminta kepastian. Hannah diam.
"Err, saya nak pergi sana lah. Dekat sana cantik." Hannah menunjuk ke arah suatu tempat.
"Hei, jangan nak lari eh. Kau belum jawab lagi soalan aku. Serius ke Hannah?" Tanya Mikael. Hannah terus melarikan diri. Mikael lantas mengejarnya.
"Hannah! Serius ke?" Tanya Mikael sambil berlari. Hannah mengangguk. Mikael tersenyum. Dia berlari lebih laju supaya dapat menyaingi langkah Hannah.
Makin laju Hannah melarikan diri apabila Mikael hampir mendekatinya. Mikael menangkap pergelangan tangan Hannah. Lantas ditarik ke arahnya. Hannah terdorong ke arah Mikael.
"Nak lari ke mana lagi hah?" Tanya Mikael. Hannah tersengih seperti kerang busuk. Rangkulan ditangannya cuba dilepaskan. Tetap tidak berjaya. Malah Mikael makin mengetatkan rangkulan itu.
"Tak boleh lari dah." Ejek Mikael sambil menjelirkan lidah.
Hannah memuncungkan bibir. Mikael ketawa kecil. Dia memeluk Hannah ketat."A-awak. Lepaslah. Orang pandang tau." Kata Hannah apabila dia perasan yang kini mereka menjadi tumpuan orang ramai. Mikael memandang sekeliling.
"Biarlah diorang nak pandang. Diorang jealous tu sebab diorang single." Hannah ketawa kecil. Dada Mikael ditumbuk perlahan.
"Tak baik. Kesian diorang." Kata Hannah. Mikael mengangkat bahu. Kesah apa dia? Janji dia bahagia.
Terima kasih sudi baca •}•
YOU ARE READING
CINTA SEBENAR MIKAEL [C]
Romance[C O M P L E T E] Perkahwinan mereka bukanlah atas dasar cinta. Mereka berkahwin atas dasar keterpaksaan. Mereka harus menerimanya dengan hati yang terbuka. Janji dibuat di antara mereka berdua di awal perkahwinan. "Kalau antara kita dah ada orang...