BAB 30

5K 323 162
                                    

"Aku tengah cakap dengan kau kan." Mikael buat tak dengar.

"Mikael!" Mikael diam lagi.

"Mikael!" Jerit Hannah. Mikael memandang.

"Apa?"

"Aku tengah cakap dengan kau kan." Mikael cuma mengangguk.

"So?" Hannah menggenggam tangannya. Ya Allah, berikanlah dia kesabaran.

"Ceraikan aku. Berapa kali aku nak cakap? Ceraikan aku. Faham tak?" Mikael memandang hadapan semula.

"Mikael." Kali ini Hannah menjerit di tepi telinga Mikael. Mikael menggosok telinganya. Dia memandang Hannah.

"Sudah lah. Aku penat lah nak cakap pasal benda ini. Nanti nanti je lah." Mikael dipandang tajam.

"Ceraikan aku. Tak susah pun. Mudah je. Hanya perlu guna mulut. Bukannya aku suruh kau buat apa pun. Mudah kan?" Rambut dikusutkan. Penat betullah dia dengan Hannah ini.

"Mikael!" Hannah menempik. Mikael terus bangun dari duduk. Dia mula hilang sabar dengan perangai Hannah.

"Kau nak apa lagi hah perempuan?" Nada suara Mikael berubah kasar. Hannah terdiam. Mikael merengus. Tadi bising pastu diam pula.

"Ceraikan aku." Mikael menggulingkan matanya ke atas. Mikael kembali duduk. Malas dia nak melayan. Dari hari itu, tak habis habis nak minta cerai.

Bahu Mikael dipukul berkali kali.

"Ceraikan aku. Ceraikan aku." Tangan Hannah dipegang. Mikael bangun. Mata memandang tepat pada Hannah.

"Memang tak habis habis eh nak minta cerai. Tak penat ke?" Hannah menggelengkan kepalanya. Mikael menghela nafas kasar.

"Fine. Kau nak sangat kan aku ceraikan kau. Baik. Aku ceraikan." Mikael diam seketika. Dia memejam mata. Agak lama sebelum dia kembali membuka mata. Mikael memandang tepat ke arah Hannah.

"Hannah Issabell binti Muhammad Borhan." Hannah teguk liur. Dia tahu apa yang akan jadi selepas ini.

"Aku ceraikan kau dengan talak tiga."

Hannah memejam matanya. Sebaik sahaja Mikael melafazkan cerai, dia terus keluar dari rumah itu.

Lutut terasa lemah. Perlahan lahan dia terduduk di atas lantai. Air mata yang jatuh dilap.

"Jangan menangis Hannah. Ini yang kau nak kan." Air matanya tetap keluar. Mengalir deras di pipinya. Dia dah diceraikan. Dia menepuk pipinya berkali kali.

Tak! Ini bukan mimpi. Ini realiti. Dia diceraikan dengan talak tiga dengan sekali lafaz.

Kepala disandarkan pada dinding. Mulut ditekup. Menghalang diri daripada mengeluarkan sebarang tangisan.

Terhinjut bahu Hannah. Rambutnya dicengkam kuat. Ya Allah. Aku tak kuat.

Dada dipukul berkali kali. Sakit! Dadanya sakit. Dia menjadi sukar untuk bernafas. Sedaya upaya dia mencuba untuk tenang.

"Tenang Hannah. Tenang." Nafas ditarik dan dihembus. Berkali kali dia mengulang. Kepalanya mula berdenyut denyut.

Dahi dipicit. Hannah berkerut. Pandangannya berbalam balam. Dia mencuba untuk berdiri.

"Astaghfirullah." Dia memejam matanya. Pening sangat kepala dia sekarang ini. Mungkin kerana terlampau stres. Pandangannya kian kabur sebelum semuanya bertukar gelap.

Buk!

Hannah membuka matanya perlahan lahan. Dia memegang pinggannya yang sakit dek kerana terjatuh katil.

Mikael memandangnya pelik. Hannah malu sendiri. Tapi dia cuba mengawal riak wajah.

"Kenapa sayan- Kenapa kau menangis?" Hannah lantas memegang wajahnya. Dia menangis?

Huh, ingatkan dalam mimpi je dia menangis. Rupa rupanya realiti pun sama. Air mata yang tersisa dilap kasar.

"Macam mana boleh jatuh. Kau tidur macam mana?" Hannah menggulingkan matanya ke atas. Acah caring pula.

Dia bangun dari duduk. Mikael mendekati Hannah.

"Kau kenapa? Mimpi apa sampai jatuh katil?" Mikael menyoal. Hannah diam tidak menjawab.

"Tak reti nak pergi kerja ke?" Soalan berbalas soalan. Hannah seperti menghalau Mikael. Mikael diam. Agak kecewa sebenarnya. Tapi salah dia juga sampai Hannah jadi begini.

Mikael menghulurkan tangannya ke arah Hannah. Hannah hanya memandang. Sebelah kening diangkat.

"Salamlah." Hannah tersenyum sinis.

"Huh, kena ke. Kau bukan tak suka aku. Jadi mesti kau tak suka aku sentuh kau." Balas Hannah. Mikael hanya diam. Dia mengambil tangan sebelum belakang tangannya diletakkan pada mulut Hannah. Gaya bersalam. Tapi versi memaksa.

Hannah menarik tangannya semula. Suka suka je pegang tangan orang. Lain kali bagitahu lah dulu.

"Aku pergi kerja dulu." Mikael bergerak ke pintu bilik.

"Macamlah aku kesah pulak." Mikael yang mendengar, tersenyum tawar. Terima je lah Mikael. Sebab kau juga, semua ini berlaku.

Pintu bilik ditutup. Hannah memandang pintu bilik. Bagaimana? Bagaimana kalau apa yang dia mimpi itu menjadi realiti. Jujur dia kata, dia tak sanggup.

Dia tak sanggup diceraikan. Tapi dalam masa yang sama, dia juga tak sanggup untuk diduakan. Dia tak nak berkongsi suami dengan orang lain. Mikael milik dia. Bukan milik orang lain.

Dia tak nak bermadu. Cuba cakap. Perempuan mana je yang suka bermadu. Dia tak sanggup.

Hannah meraup wajah. Dia mengeluh kecil. Penatnya hidup ini. Kenapa dia tak mati je? Hannah ketawa sinis.

Kau sakit Hannah. Bila bila masa je kau boleh mati. Baju dicengkam kuat.

"Agak agak. Kau dah masuk stage 3 ke belum?" Hannah ketawa dengan soalannya sendiri. Orang lain nak hidup. Kalau dia pula, nak mati.

"Kesian hidup kau Hannah." Dia bangun. Bilik air dituju. Dia ingin membersihkan diri. Selepas ini, dia ingin berjumpa dengan doktor.

Mana tahu dia betul. Dia dah masuk stage yang ke 3.





"Salah cara yang kau buat ini Mika." Mikael diam. Dia hanya memandang fail di atas mejanya. Lia memandang geram.

"Mikael!" Mikael mengangkat kepala. Dia memandang malas.

"Apa?" Lia menarik nafas. Penat cakap dengan orang macam ini. Kena banyak bersabar. Silap hari bulan, boleh kena darah tinggi dia ni.

"Kau tak patut buat dia macam itu." Lia menegur. Cara Mikael betul betul salah. Dia sendiri tak suka dengan apa yang Mikael buat.

"Aku tahu apa yang aku buat." Mikael membalas. Apa yang dia buat semua ini, untuk kebaikan Lia juga. Lia menggeleng.

"Tak. Kau tak tahu. Kalau kau tahu, kau tak akan buat macam itu. Dia isteri kau Mikael. Dan aku tahu. Kau sayangkan dia." Mikael kembali memandang fail. Lia menepuk meja Mikael kuat. Geram betul dia dengan Mikael.

Tersentak Mikael dibuatnya. Nasib baik dia tiada sakit jantung. Kalau tidak, mungkin dia dah arwah dah. Dia memandang Lia semula. Lia mencerlung tajam ke arahnya.

"Balik bilik kau. Semak je dekat sini. Orang nak buat kerja pun tak senang." Lia menolak kerusi ke belakang. Dia berjalan menuju ke pintu dengan kaki yang dihentak hentak.

Pintu dibuka. Mikael dipandang sekilas sebelum dia menghempas pintu dengan kuat. Mikael menggelengkan kepala.

Perangai macam budak budak.

Pen diletak di atas meja. Kepala disandarkan pada kerusi. Mata dipejam.

Kata kata Lia terngiang ngiang di telinganya. Kalau macam itu, bagaimana dia harus lakukan?

"Maafkan abang, sayang." Mikael mengeluh kecil.

Terima kasih sudi baca •}•
Ada yang tertipu ke? Yang tengok tiktok, korang tahu lah maksud saya.

CINTA SEBENAR MIKAEL [C]Where stories live. Discover now