BAB 19

3.9K 252 38
                                        

Mikael masuk ke dalam bilik kawalan. Semua orang yang berada di bilik itu serentak bangun. Mereka menunduk sedikit kepada bos mereka. Tanda hormat.

"Kenapa bos datang sini?" Salah seorang dari mereka bertanya. Ahmad namanya.

"Saya nak tengok rakaman CCTV." Mereka yang berada di situ mengerutkan dahi. Tak pernah pernah bos mereka minta rakaman CCTV.

"Err, nak buat apa bos." Mikael menggulingkan matanya. Malas betul dia nak jawab soalan tu.

"Bagi je lah." Ahmad laju mengangguk. Takut juga dia dengan Mikael.

"Erm, bos nak tengok rakaman waktu bila?" Ahmad bertanya.

"Tiga hari lepas. Rakaman dekat bilik saya." Ahmad mengangguk. Beberapa minit Mikael menunggu sebelum Ahmad menyerahkan satu komputer kepadanya.

"Ini bos." Mikael mengangguk

"Bos nak saya tolong apa apa?" Mikael menggeleng.

"Tak apa. Saya buat sendiri." Ahmad cuma mengangguk.

Rakaman pada hari itu dilihat. Walaupun tiada apa apa yang mencurigakan, dia tetap perlu melihat dulu rakaman ini sebelum diberikan kepada Hannah.

Mikael mengerutkan dahi. Dia kembali fokus pada rakaman CCTV itu. Sejam sebelum salah faham berlaku, Lia masuk ke dalam pejabatnya. Ketika itu, dia tiada di dalam bilik. Seingat Mikael, dia pergi ke tandas.

Mikael memerhatikan setiap gerak geri Lia. Lia menuju ke rak di dalam bilik Mikael. Di situ, dia menyimpan banyak fail. Di situ dia tiada meletakkan apa apa fail yang penting.

Dia melihat Lia mengambil satu fail. Fail itu disemak. Mikael mengecilkan matanya.

"Lia cari apa?" Dia berteka teki sendiri.

Matanya membulat apabila tersedar sesuatu. Dia baru teringat yang dia ada letak satu fail yang penting di raknya. Tapi, fail itu tiadalah penting sangat. Tapi boleh tahan penting jugalah. Sebab ada gambar dia dengan Hannah dalam fail itu. Mungkin orang akan pelik kenapa dia letak dalam fail tapi dia memang macam itu orangnya. Mana tempat yang boleh dia letak, dia akan letak.

"Tak kan Lia ambil? Dia nak buat apa?" Dia melihat kembali rakaman CCTV itu. Lia mengeluarkan telefon pintarnya dan mula mengambil gambar setiap helaian dalam fail itu.

"Kenapa dia ambil gambar?" Selesai sahaja dia mengambil gambar, dia terus memandang ke arah CCTV di dalam bilik itu. Lia terus tersenyum sinis sambil menunjukkan telefonnya. Dia seolah olah memang sengaja menunjukkan diri sendiri.

Akhirnya, Mikael membuat keputusan untuk mengambil salinan rakaman CCTV itu. Dia berlalu pergi ke biliknya. Sempat dia melihat ke arah meja Lia. Tiada orang. Mana Lia pergi? Tandas mungkin.

Dia membuka pintu biliknya. Kelihatan Lia sedang duduk di atas kerusi di hadapan mejanya. Mikael mengerutkan dahi. Tapi, dia hanya duduk di tempat duduk nya.

"Ada apa awak datang sini?" Mikael mula menyoal.

"Bos pergi bilik kawalan tadi?" Lia tidak menjawab soalan Mikael. Mikael mengangkat sebelah kening.

"Mana awak tahu?" Soalan dibalas soalan.

"Saya nampak bos tadi." Mikael mengangguk.

"Jadi kenapa?" Lia mengeluarkan telefon pintarnya. Dia menunjuk telefonnya pada Mikael. Sama seperti apa yang dia buat dalam CCTV tadi.

"Kenapa awak tunjuk telefon tu dekat saya?" Lia tergelak sinis.

"Come on, bos. Saya tahu bos bukannya bodoh sangat sampai tak faham apa yang saya maksudkan." Dia tersenyum sinis.

"Okay, so?" Berubah air muka Lia.

"Bos tak rasa macam saya ni psiko ke?" Mikael mengangkat bahunya. Lia menggigit bibirnya. Dia menunduk.

"Bos." Panggil Lia. Dia kembali mengangkat wajah.

"Kahwin dengan saya." Tergamam Mikael mendengarnya. Dia salah dengar ke apa ni?

"Awak gila ke apa, Lia? Saya dah kahwin tau." Lia meraup mukanya.

"Tolonglah, bos. Kahwin dengan saya." Lia memohon lagi. Dia terdesak. Sangat terdesak.

"Awak ingat saya ni apa?" Dia mencerlung tajam memandang Lia.

"Awak kena ingat tau. Sebab awak, rumah tangga saya hampir musnah. Jadi, jangan tambahkan masalah lagi. Kalau isteri saya tiba tiba datang, dan dia dengar semua ni. Awak rasa dia akan fikir apa?" Mata Lia mula kabur.

"Tapi, bos." Mikael meletakkan jari telunjuknya di mulut. Menyuruh Lia berhenti berkata kata. Mikael terus menunjuk ke arah pintu biliknya. Lia berkerut. Tidak faham.

"Keluar." Mikael mengarah.

"Bos." Panggil Lia lagi.

"Keluar." Tinggi nada suaranya menyuruh Lia keluar. Lia menolak kerusinya ke belakang. Dia bangun dari duduk. Air mata sudah mula jatuh membasahi pipi. Mata memandang tajam ke arah Mikael. Mikael menentang berani.

"Aku mengandung." Dua perkataan tapi mampu membuatkan seorang Mikael tergamam. Dia terus memandang pada perut Lia.

"L-lia k-au apa?" Lia mengambil nafas.

"Aku mengandung. Anak kau Mikael." Mikael terus bangun dari duduk. Lia dipandang tidak percaya. Mikael menggelengkan kepala.

"No. Kenapa itu anak aku pulak?" Terhinjut bahu Lia menahan tangisan. Air matanya cuba ditahan daripada jatuh.

"Jangan lupa yang kau pernah sentuh aku Mikael." Jerit Lia agak kuat. Mikael mencengkam rambutnya. Dia menggelengkan kepalanya berkali kali. Tak. Dia tak kan percaya. Lia menipunya.

"Kau kena bertanggungjawab Mikael." Mikael dipandang. Mereka bersabung pandangan.

"Huh. Entah entah kau tipu aku. Sebenarnya kau tak mengandung pun kan. Kau cakap macam itu sebab kau nak kahwin dengan aku. Macam itu kan?" Dia tersenyum sinis. Tak kan semudah itu Lia boleh meniupnya. Dia tak ada lah bodoh sangat. Lia tergelak kecil.

"Aku boleh bawak bukti Mikael. Kau nak bukti kan? Jangan risau. Kalau kau nak aku bawak doktor pun aku akan bawa." Sinis Lia membalas. Mikael memandang tempat lain. Kepalanya dipicit. Pening. Dia pening sekarang. Serabut dengan semua benda.

"Keluar." Lia masih berdiri statik ditempatnya.

"Keluar." Jerkah Mikael. Terhenjut bahu Lia dengan jerkahan itu.

"Ingat Mikael. Kau kena bertanggungjawab. Ini anak kau. Bukan anak orang lain. Kau yang buat, kau juga kena tanggung." Sempat Lia berkata sebelum dia keluar dari bilik Mikael. Pintu dihempas kuat menyebabkan pekerja pekerja di aras itu memandang Lia. Lia menjeling semua orang.

"Apa? Tak pernah nampak orang hempas pintu?" Kata Lia. Semua orang kembali membuat kerja masing masing. Takut kena marah dengan setiausaha bos.

Mikael meraup mukanya. Kepalanya dipukul kuat. Barang barang yang berada di atas meja kerjanya ditolak. Habis semuanya berterabur di lantai. Meja kerjanya ditumbuk kuat.

"Bodoh kau, Mikael." Dia memaki diri sendiri. Muka diraup kasar. Dia terduduk di kerusinya.

"Ya Allah." Dia memejam matanya. Cuba menenangkan diri. Dia menggelengkan kepalanya.

"Dia tipu kau Mikael. Jangan percaya kata kata dia. Dia cakap macam itu sebabnak kahwin dengan kau. Itu je. Dia nak hancurkan rumah tangga kau." Mikael cuba menyedapkan hatinya. Cuba untuk berfikiran positif. Dia percaya akan dirinya sendiri. Dia tak akan mengandungkan anak dara orang.

Terima kasih sudi baca •}•
Dia macam gini tau...
'Apa benda yang aku merepek ni?'

CINTA SEBENAR MIKAEL [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang