BAB 23

3.5K 236 12
                                        

Pintu bilik dibuka. Mikael masuk ke dalam bilik. Dia melihat Hannah yang sedang baring di atas katil. Sedikit pun Hannah tidak memandang dia.

Mikael mengambil nafas. Gementar. Dia tahu dia dah salah cakap petang tadi. Jadi, dia perlu perbetulkan semuanya semula.

"Errr, sayang." Perlahan Mikael memanggil. Takut punya pasal. Hannah tidak menyahut mahupun memandang ke arahnya. Okay, dia faham. Hannah tak dengar dia panggil tadi.

"Sayang." Kali ini lebih kuat dia memanggil. Hannah memandang ke arah Mikael. Tajam matanya memandang.

"Apa?" Kasar Hannah bertanya. Mikael telan air liur. Takut pula dia nak bercakap. Perutnya yang agak buncit di gosok perlahan. Hannah yang melihatnya sudah faham tapi dia sengaja buat buat tak faham.

Mikael mengedipkan matanya dua kali.

"Apa?" Lagi sekali Hannah bertanya.

"Lapar." Muka dicomelkan sehabis baik. Hannah menggulingkan mata ke atas.

"Fikir comel ke?" Masam wajah Mikael mendengarnya.

"Lapar kan?" Mikael laju mengangguk.

"Ha pergilah masak sendiri. Tuduh orang bukan main lagi. Lepastu bila lapar, cari kita juga. Hah ini lah lelaki. Perangai macam apa. Lepastu cakap perempuan complicated lah. Apa lah." Hannah membebel. Mikael memejam matanya. Kalau tutup telinga, nanti makin kuat isterinya membebel.

"Okay. Ye, tahu. Abang yang salah. I'm sorry. Abang cuma cemburu je. Dah sayang penting kan lelaki itu dari abang. Cuba cakap dekat abang, laki mana yang tak cemburu bila isteri dia lebih fikirkan lelaki lain dari suami sendiri?" Mikael membalas. Hannah memandang Mikael atas bawah. Mikael terus kemam bibir.

Macam salah cakap je? Dia kemudiannya tersengih. Dia menggosok perutnya sekali lagi.

"Lapar." Hannah menggulingkan matanya. Dia bangun dari pembaringan. Dia berjalan mendekati Mikael. Mikael menunduk. Seram!

"Saya masak maggie je. Tau." Laju Mikael mengangguk. Maggie pun maggie lah. Asalkan ada makanan. Hannah keluar dari bilik. Ingin menuju ke dapur.

Mikael menghembus nafas lega. At least Hannah tak merajuk macam sebelum ini. Kalau dia merajuk sampai lari rumah, tak tahulah apa yang dia akan buat.







Mikael memeluk Hannah dari belakang. Terkejut Hannah dibuatnya. Dia menarik nafas lega. Nasib suami dia yang peluk. Kalau benda lain?

Tangan Mikael yang berada di pinggangnya ditepuk. Tidak kuat dan tidak perlahan. Cukup untuk membuatkan Mikael mengaduh sakit.

"Aduh, sakitlah sayang." Hannah hanya beriak selamba.

"Baru sakit sikit. Hati saya ni, dah sakit banyak tau." Mikael kemam bibir. Dia kena lagi.

"Iya, tahu. Maaflah." Dia memeluk pinggang Hannah lagi. Kali ini Hannah hanya membiarkan. Dagu direhatkan pada bahu Hannah.

"Sayang masak sedap ke?" Mikael saja ingin mengusik. Hannah memandang tajam suaminya dari ekor mata.

Dia terus matikan api. Mikael kemam bibir lagi.

"Okay, okay. Sayang masak sedap. Sedap sangat. Hehe. Masaklah." Dia tersengih seperti kerang busuk. Hannah menggulingkan mata. Api dihidupkan semula.

Mikael meniup leher jinjang Hannah. Saja ingin kacau isterinya. Nak manja manja. Rasanya, seperti sudah lama dia tidak bermanja dengan isterinya.

"Awak, janganlah. Saya tengah masak ini." Dia tak suka dikacau. Mikael terus menerus meniup leher Hannah membuatkan Hannah hilang sabar. Senduk di tangannya di angkat.

"Awak kena juga dengan saya nanti." Mikael berhenti meniup. Dia kemam bibir. Rasanya, kemam bibir dah menjadi habit dia sejak hari ini.

"Sorry." Perlahan sahaja dia minta maaf. Rambut Hannah yang terjuntai, diselitkan ke belakang telinga. Buat kacau pemandangan je. Hannah menolak rambutnya ke belakang. Panas.

Mikael yang melihat berasa kasihan.

"Mana getah rambut sayang?" Mikael bertanya.

"Dalam kocek." Baru sahaja dia nak menyeluk dalam kocek seluar Hannah, Hannah sudah memandangnya tajam. Mungkin tahu apa yang Mikael akan buat. Mikael tersengih.

Hannah menyeluk kocek seluarnya. Getah rambut dihulurkan kepada Mikael.

"Nak buat apa dengan getah rambut saya?" Mikael tak menjawab. Rambut Hannah diikat. Hannah mengangguk sedikit. Not bad. Mikael mengikat rambutnya tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Cukup untuk Hannah rasa selesa.

"Okay?" Hannah mengangguk. Lega Mikael. Dia tersenyum puas.

"Boleh tahan juga aku ikat. Cantik je." Dia memuji diri sendiri. Perlahan tapi Hannah tetap dapat mendengar. Hannah menggelengkan kepalanya. Mikael kembali memeluk Hannah.

Hanya beberapa minit, maggie sudah siap dimasak. Hannah masak untuk dua orang. Sebab dia pun lapar juga. Belum makan dari petang tadi.

Maggie dihidangkan di atas meja. Mereka duduk saling berhadapan. Mikael menadah tangan. Begitu juga dengan Hannah. Mikael membaca doa makan.

Mikael menyuakan sudu ke arah Hannah. Hannah mengangkat sebelah kening. Tak faham. Mikael membuka mulutnya luas luas. Hannah berkerut. Tetap tidak faham.

"Ish. Bukak mulutlah. Orang nak suap ni." Hannah mengangguk faham. Dia buka mulutnya luas luas seperti yang diminta. Mikael tersenyum suka.

"Kapal datang." Hampir tergelak Hannah dibuatnya. Baru sahaja maggie itu nak masuk ke dalam mulut Hannah, Mikael cepat cepat masukkan maggie itu ke dalam mulutnya. Dia tersengih. Cemberut muka Hannah. Dia memandang Mikael tajam.

Mikael kemam bibir. Kan dia dah kata. Sekarang habit dia adalah kemam bibir.

"Sorry. Kali ini betul betul." Hannah dipandang serba salah. Hannah terus makan maggie di dalam mangkuk di hadapannya. Merajuk. Dia dah lah lapar. Mikael pula boleh buat macam itu dekat dia.

Mikael menyuakan sudu kepada Hannah sekali lagi. Hannah tidak memandang sudu itu. Dia hanya meneruskan makan. Mikael menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Sayang. Serius kali ini betul betul." Mikael memujuk. Harap haraplah menjadi. Hannah mengangkat kepalanya. Dia memandang Mikael. Nak pastikan betul atau tidak. Takut Mikael menipunya lagi.

Dia buka mulut. Sama seperti sebelum ini, apabila maggie hampir masuk ke dalam mulut Hannah, dia memusingkan sudu dan masukkan maggie itu ke dalam mulutnya. Dia ketawa terbahak bahak.

Hannah terus menunduk. Air matanya jatuh. Mikael tak tahu ke yang perempuan ni cepat sensitif. Lagi lagi dalam bab makanan. Mikael menggaru kepalanya. Aduh, isteri dia dah menangis pula. Sebab dia pulak tu.

"Err, sayang. Abang gurau je." Terhinjut bahu Hannah menahan tangisan. Tak nak bagi Mikael tahu yang dia menangis walaupun Mikael sudah tahu.  Tangisan Hannah menjadi lebih kuat.

Mikael bangun dari duduk. Dia menghampiri isterinya. Bahu Hannah dipegang tapi Hannah menepisnya kasar. Mikael memegang bahu Hannah lagi dan dipusingkan ke arahnya. Dia mengesat lembut air mata Hannah yang jatuh di pipi.

"Sorry, sayang. Abang minta maaf." Hannah masih menangis. Mikael melabuhkan ciuman pada kedua dua belah mata Hannah. Terpejam mata Hannah dibuatnya. Air mata Hannah masih jatuh.

Lantas Mikael menariknya ke dalam pelukan. Belakang badan Hannah digosok perlahan. Dia bersalah lagi. Habislah dia.

Terima kasih sudi baca •}•

CINTA SEBENAR MIKAEL [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang