BAB 16

3.8K 274 27
                                        

Jam menunjukkan pukul 2 pagi, tapi masih belum ada tanda tanda Mikael ingin pulang. Hannah mengeluh kecil. Dia duduk di atas katil. Menghadap ke arah pintu bilik. Menunggu Mikael pulang.

Matanya juga sudah mula memberat. Tapi digagahkan juga untuk menunggu Mikael pulang ke rumah.

Klak.

Cepat cepat Hannah baring membelakangi pintu bilik. Mikael menutup pintu bilik. Belakang badan Hannah dipandang. Dia menghela nafas kasar. Dia merebahkan diri di atas katil bersebelahan dengan Hannah.

Mikael memeluk tubuh Hannah dari belakang. Rindu dia ingin memeluk isterinya itu. Dia rindu ingin bermanja dengan Hannah.

"Abang rindu sayang." Perlahan Mikael berkata. Tidak ingin mengganggu lena si isteri. Hannah yang mendengarnya menggigit bibir bawah. Dia rasa nak nangis. Ingin sahaja dia membalas, tapi ego masih mengatasi semuanya.

Lama Mikael mememeluk Hannah sebelum dia meleraikan pelukan itu. Dia mengucup sekilas kepala Hannah. Dia bangun. Ingin mandi. Tak selesa jika tidur dengan keadaan macam ini.

Tup.

Hannah membuka mata selepas mendengar pintu bilik air ditutup. Mengalir setitis air matanya.

"Hannah pun rindukan abang." Perlahan dia berkata. Dia rindu juga dengan suaminya, tapi apa boleh buat. Hati dia masih sakit. Lagi lagi dengan emosinya yang tak berapa stabil sejak dua menjak ni. Mungkin atas faktor sakit yang dia hadapi.

Mata Hannah semakin lama semakin kuyu, sebelum dia mula lena.




Hari ini masih sama. Mikael masih dingin dengannya. Layan pun nak tak nak. Mungkin masih merajuk atau terasa hati dengannya.

"Ehem." Hannah berdehem kecil. Tidak sedikit pun Mikael mengangkat kepalanya. Mikael masih setia memandang ke arah telefon pintarnya. Hannah gigit bibirnya.

"Ehem." Kali ini lebih kuat. Mikael menggulingkan matanya. Nak panggil tu panggil je lah. Ini nak berdehem bagai. Dia mengangkat wajah. Memandang tepat ke arah Hannah.

"Nak apa?" Dingin sahaja suara Mikael bertanya. Hannah diam sekejap. Terasa hati dengan kelakuan Mikael terhadapnya.

"Saya nak cakap sikit." Mikael mengangkat sebelah kening. Dia tidak membalas. Hanya menunggu Hannah meneruskan kata katanya.

"Saya berhenti kerja." Mikael mengerutkan dahi sebelum dia mengangguk.

"Okay." Dia kembali memandang telefon. Hannah mendengus kecil tapi masih dapat didengari oleh Mikael. Tapi dia buat tak layan.

Kerusi ditolak ke belakang. Nak pergi kerja. Dia keluar dari dapur. Hannah yang melihat cepat cepat membuntuti Mikael. Dia menghalang jalan Mikael.

"Nak apa?" Tanya Mikael malas. Hannah teguk liur. Dengan pandangan dingin Mikael terhadapnya membuatkan dia takut.

"N-nak salam." Dia terpaksa merendahkan ego untuk kali ini. Tangan dihulurkan ke arah Mikael. Mikael memandang tangan Hannah. Lambat lambat dia menyambut. Itu pun nak tak nak sahaja.

Hannah tunduk mencium tangan Mikael. "H-hati hati bawak kereta." Hannah sempat berpesan. Mikael mengangkat sebelah kening. Tiba tiba jadi macam ini dah kenapa? Dia pelik juga tapi kepalanya tetap mengangguk.

Kelibat Mikael yang mula hilang dari pandangan itu dipandang. Hannah menunduk memandang lantai. Mungkin ini apa yang Mikael rasa bila dia buat Mikael macam ini.

Kali ini, Hannah tekad. Dia akan runtuhkan egonya. Sekarang, suaminya lebih penting. Dia ada misi hari ini. Misi untuk ambil hati suami.







Runtuh sekali lagi hati seorang Hannah Issabell. Pemandangan ini hampir sama seperti sebelum ni. Orang yang sama cuma situasi yang berbeza.

Dia sanggup kepenatan hanya untuk masakkan makanan untuk suaminya. Dia sanggup tengok youtube, tengok google hanya untuk cari resepi. Penat lelah dia sekarang tiada makna.

Kaki melangkah ke arah Mikael. Bekal makanan untuk Mikael diletakkan di atas meja kerja sebelum pipi Mikael ditampar. Hatinya sakit untuk kali kedua. Air mata laju mengalir tanpa sedar.

"Kali ini nak bagi alasan apa? Jatuh lagi?" Penuh sinis nada bicaranya. Setiausaha suaminya dipandang. Hannah menampar kuat pipi perempuan itu.

"Puas mainkan perasaan aku? Puas?" Matanya yang kabur dengan air mata mencerlung tajam memandang Mikael.

"Sayang. Ini bukan seperti yang awak fikirkan." Hannah ketawa sinis.

"Again? Sekali lagi kau cakap macam ini? Huh, kau rasa aku percaya ke?" Kecewa. Dia kecewa dengan Mikael. Tanpa berlengah, dia melangkah pergi. Tiada guna dia berada di sini. Semuanya menyakitkan hati.

Sama seperti sebelum ini, dia pergi dari tempat itu dengan juraian air mata. Mikael sakitkan hati dia buat kali kedua. Maaf? Tak akan sesekali dia maafkan. Cukuplah dengan semua ni. Dia penat.

"Hannah." Mikael memanggil tapi Hannah cuma mengendahkannya.

"Selangkah awak keluar dari sini, maknanya awak dah tak sayangkan saya." Terhenti langkah kaki Hannah. Dia berpusing memandang Mikael. Air mata mengalir laju.

"Jangan buat aku macam ini Mikael. Yang sakitnya itu aku, bukan kau. Kau tak ada hak nak halang aku." Mikael memandang Hannah tajam.

"Aku suami kau." Hannah ketawa sinis.

"Suami?"

"Geli pula aku dengar perkataan itu. Lepas apa yang kau buat pada aku, kau rasa kau layak ke nak dipanggil suami?" Sinis Hannah membalas.

"Sayang. Sumpah sayang. Kami tak buat apa apa pun. Dia just tolong abang. Itu je." Tangan kanan diangkat. Meminta dia untuk diam.

"Dulu jatuh. Sekarang tolong. Wah." Hannah menepuk tangannya. Mikael mara selangkah ke arah Hannah. Hannah berundur setapak ke belakang.

"Jangan dekat dengan aku." Hannah menghalang Mikael dari mendekatinya. Mikael tetap mendekati Hannah.

"Jangan dekatlah. Jijik tahu tak." Hannah menjerit. Terhenti langkah Mikael. Air mata yang laju mengalir membasahi pipi dikesat kasar. Dia ketawa kecil. Kedengaran sinis.

"Kalau dah tak nak aku, lepaskan aku Mikael. Lepaskan aku dengan cara baik. Jangan seksa aku macam ini. Aku mohon. Hati aku sakit Mikael. Sumpah sakit." Perlahan nada bicaranya. Dia terlampau penat. Penat dengan semua ini.

"Sayang. Jangan cakap macam itu. Abang dah janji kan tak nak tinggalkan sayang." Redup sepasang mata itu memandang ke arah Hannah. Tapi Hannah hanya membalas dengan pandangan kosong.

Pandangan Hannah kini bertukar kepada Lia yang sedari tadi memerhati pertelingkahan antara dia dengan Mikael. Wajah perempuan itu hanya tenang. Seperti seronok melihat pergaduhan di hadapannya itu.

"Puas tak perempuan tengok kitorang bergaduh. Happy? Gembira tak?" Mikael turut memandang ke arah Lia. Pandangan Lia berubah kepada simpati apabila Mikael memandang ke arahnya. Acah acah baik. Hannah ketawa sinis.

"Hipokrit betullah perempuan ini." Perlahan Hannah berkata. Cukuplah diri sendiri yang mendengar. Tanpa menunggu apa apa lagi, dia keluar dari pejabat Mikael. Air mata kembali mengalir. Pekerja pekerja suaminya memandang dia dengan pandangan simpati.

Kadang kadang Hannah rasa nak ketawa dengan diri sendiri. Bodohnya dia. Bengapnya dia. Hannah mengelap air matanya. Tiada guna lagi menangis. Lihat sendiri. Mikael langsung tak mengejarnya. 

Terima kasih sudi baca •}•
Yang mana yang masukkan cerita ni dalam rl korang, saya nak ucapkan terima kasih.
Terima kasih juga sebab support cerita ini.
Sayang korang <3

CINTA SEBENAR MIKAEL [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang