Hari sudah malam. Dan Hannah masih lagi duduk di bangku di taman yang berdekatan dengan rumahnya. Sedikit pun dia tak berganjak. Air mata juga sudah kering.
Air yang jatuh di tangannya dilihat. Berkerut dahinya. Dia memandang ke atas. Tidak lama kemudian, hujan mula turun dengan lebat. Hannah tersenyum. Dia memejamkan matanya. Membiarkan air hujan mengalir di muka.
Sekali lagi air mata dia turun. Dia menangis lagi. Dadanya ditumbuk kuat.
"Kenapa aku Ya Allah? Kenapa aku? Kenapa kau uji aku macam ini?" Dada ditumbuk berkali kali. Dia tertunduk. Air mata masih mengalir. Hujan juga makin lebat. Tapi, sedikit pun tiada tanda tanda akan Hannah pergi.
"Maaf saya kata. Tapi awak punya kanser sudah masuk ke stage ke 2. Kalau dibiarkan, dia akan masuk ke stage ke 3. Jadi saya sarankan, awak buat lah pembedahan." Air mata laju mengalir di pipi Hannah tanpa dia sedar.
"Lagipun, kita masih sempat untuk buang ketumbuhan dalam kepala awak. Jadi kadar kematian selepas dibedah pun mungkin agak kurang." Sambung doktor itu lagi. Hannah diam.
"S-saya tak tahu. Saya tak tahu." Dia tak tahu apa perlu buat sekarang. Dia datang hospital bukan untuk mendengar berita ini. Dia ingat dia mengandung, rupanya tidak. Bodohnya dia sampai tidak tahu macam mana gejala gejala orang yang mengandung dengan orang yang menghidap kanser. Dia rasa macam nak ketawakan diri sendiri pula.
"Tak apa. Take your time. Kalau dah ada jawapan, awak boleh bagitahu saya." Kata doktor itu lagi. Hannah hanya mengangguk.
Air mata dikesat kasar.
"Kenapa tak bunuh aku je terus? Kenapa perlu bagi aku sakit ni? Kenapa?" Rambutnya dicengkam kuat. Kepalanya dipukul.
"Arghhh!" Dia menjerit sekuat hatinya. Nasib waktu ini hujan. Jadi suaranya tenggelam.
"Aku penat, Ya Allah. Aku sakit Ya Allah. Sakit." Rintih Hannah.
"Sayang, baliklah." Mikael berjalan dari kiri ke kanan. Berkali kali dia buat benda yang sama.
"Hujan ni. Mana sayang pergi?" Dia memandang ke luar tingkap. Hari semakin gelap. Jam juga sudah menunjukkan pukul 12 malam. Membuatkan Mikael bertambah risau dengan isterinya.
Dia duduk di sofa. Muka diraup kasar. Sumpah dia kata, apa yang Hannah nampak bukan seperti apa yang disangka.
"Sayang, baliklah. Abang minta maaf." Dia memejam matanya erat. Dia minta sangat Hannah balik ke rumah. Kalau marah dengan dia pun tak apa. Tak nak cakap dengan dia pun tak apa. Dia tak kesah. Asalkan Hannah balik ke rumah. Balik ke pangkuannya.
Pintu dibuka dari luar. Laju Mikael berdiri. Hannah dipandang atas bawah. Basah bajunya. Mereka berdua berpandangan seketika. Mikael mendekat. Hannah hanya statik ditempatnya.
"Kita bincang nanti okay? Sekarang ni, sayang masuk bilik dulu. Mandi. Nanti sayang demam." Lembut nada suara Mikael. Hannah diam. Dia memeluk suaminya. Tersentak Mikael. Dia membalas pelukan itu.
"Mesti sejuk kan. Sayang pergi mandi dulu okay? Nanti sayang demam." Hannah mengangguk. Pelukan dileraikan. Hannah menaiki tangga menuju ke bilik dia dan Mikael.
Pintu ditutup. Dia jatuh terduduk. Kepalanya pening. Sangat pening. Pandangannya menjadi samar samar sebelum semuanya menjadi gelap. Dia pengsan.
Mata dibuka perlahan lahan. Dia menutup mata kembali apabila cahaya memasuki kornea matanya. Dia buka mata sekali lagi. Siling putih dipandang kosong.
Dia bagaikan tiada perasaan. Tiada rasa. Tiada jiwa. Tiada hati. Hanya jasadnya sahaja yang ada.
Klak.
Kedengaran pintu bilik dibuka dari luar. Tidak perlu pandang pun dia sudah tahu siapa. Sudah tentu yang masuk itu suaminya. Mikael.
"Sayang. Sayang dah sedar?" Mikael menanya soalan yang sudah jelas jawapannya. Hannah diam tidak menjawab. Pandangannya hanya kosong. Mikael mengeluh kecil.
"Sayang, makan sikit. Semalam sayang belum makan kan?" Hannah memandang kosong mangkuk yang berisi bubur di tangan Mikael. Dia tak rasa nak makan. Tak ada selera.
"Sayang." Mikael memanggil. Hannah memandang Mikael.
"Makan sikit eh?" Hannah menggelengkan kepalanya. Mikael menghela nafas.
"Please. Nanti lapar." Pujuk Mikael. Dia tak akan mengalah. Ini untuk kesihatan Hannah juga. Hannah menggeleng lagi.
"Sayang... Makanlah. Nanti sayang lapar macam mana?" Terukir senyuman sinis di bibir Hannah.
"Lia ada kan. Suruhlah dia makan." Kata Hannah dengan suaranya yang serak. Mikael memejam matanya.
"Abang dengan Lia tak ada apa apa pun sayang. Semua ni salah faham. Apa yang sayang nampak tak seperti yang sayang fikir." Terang Mikael. Hannah menggulingkan mata ke atas.
"Awak ingat saya percaya ke?" Balas Hannah.
"Serius sayang. Abang tak tipu. Waktu tu, dia nak bagi fail dekat abang je. Lepastu entah macam mana dia boleh jatuh pun abang tak tahu. Abang cuma tolong dia je. Sumpah sayang. Sumpah. Abang langsung tak tipu." Mikael menjelaskan perkara sebenar. Siap mengangkat tangan kanannya gaya bersumpah.
Hannah memandang tepat ke dalam anak mata Mikael. Mencari kejujuran. Dia dapat rasakan yang Mikael jujur. Cuma ego menguasai diri. Dia memandang ke arah lain.
"Keluar boleh? Saya nak sorang sorang." Kata Hannah dingin. Mikael menggelengkan kepalanya. Dalam keadaan isteri dia demam macam ini, bagaimana dia boleh meninggalkan Hannah?
"Tak. Sayang demam. Abang kena jaga sayang. Hari ni pun abang cuti sebab nak jaga sayang." Balas Mikael. Hannah diam. Terharu. Dia terharu mendengarnya. Mikael sanggup cuti semata mata nak jaga dia.
"Keluar. Saya nak bersendiri." Hannah berdegil.
"Makan dulu. Baru abang keluar." Arah Mikael. Hannah memandangnya tidak puas hati. Dia kesah apa? Asalkan isterinya sihat. Itu yang dia nak.
"Ke. Lu. Ar." Satu satu dia menyebut.
"Ma. Kan. Du. Lu." Tidak mahu mengalah, Mikael turut membalas. Mikael dipandang tajam.
"Keluar." Hannah membentak.
"Okay. Fine. Tapi makan dulu. Baru abang keluar." Kata Mikael. Hannah menggeleng.
"Tak nak makan." Hannah menolak. Dia tak ada selera sekarang ni.
"Kalau tak makan macam mana nak makan ubat?" Mikael menyoal.
"Kalau tak makan ubat nanti tak cepat kebah demam tu." Sambung Mikael lagi. Hannah menggeleng. Dia tetap berdegil.
"Makan sikit je. Okay? Lepastu makan ubat." Kata Mikael lembut. Dengan orang sakit ni, dia kena banyak bersabar. Lambat lambat Hannah mengangguk. Mikael tersenyum.
Bubur yang dia masak disuap ke dalam mulut Hannah.
"Sedap?" Tanya Mikael. Ini merupakan pertama kali dia masak bubur. Sekali seumur hidup.
"Biasa je." Balas Hannah tidak berperasaan. Mikael memuncung mendengarnya.
"Sayang ni. Ini first time tau abang masuk bubur. Appreciate lah sikit." Kata Mikael seakan akan merajuk.
"Tak suruh masakkan pun." Jatuh rahang Mikael mendengarnya. Susah susah dia masak, itu je balasan Hannah? Nak nangislah macam ini.
Terima kasih sudi baca •}•
YOU ARE READING
CINTA SEBENAR MIKAEL [C]
Romance[C O M P L E T E] Perkahwinan mereka bukanlah atas dasar cinta. Mereka berkahwin atas dasar keterpaksaan. Mereka harus menerimanya dengan hati yang terbuka. Janji dibuat di antara mereka berdua di awal perkahwinan. "Kalau antara kita dah ada orang...