BAB 22

3.6K 249 29
                                    

Gelisah! Itu yang Hannah rasa sekarang. Sudah sehari dia menunggu khabar tentang mak cik Rubiah daripada Jauhar. Tapi tetap tiada apa apa berita. Ini yang dia takutkan. Dia pun satu, kenapa tak mintak nombor Jauhar semalam. Hannah menepuk dahi.

"Sayang risau lagi ke?" Mikael bertanya. Hari ini dia tidak bekerja. Dia mengambil cuti. Pertama, sebab Hannah. Kedua, sebab dia takut untuk menerima kenyataan daripada Lia. Dia takut jika Lia betul betul mengandung.

"Mana saya tak risau. Dari malam tadi Jauhar tak mesej saya. Saya nak tahu apa jadi dengan mak cik Rubiah." Hannah hampir menangis. Dia teramat risau dengan mak cik Rubiah. Mikael yang mendengar menggulingkan matanya. Menyampah pula dia dengar. Tak habis habis si Jauhar itu.

"Nak pergi hospital semula ke?" Hannah memandang Mikael yang tiba tiba memberi cadangan. Laju dia mengangguk. Mikael menggaru kepalanya yang tidak gatal. Menyesal pula dia bagi cadangan macam itu. Kalau pergi hospital, mesti jumpa lelaki itu. Itu yang dia menyampah.

Dia tak suka dengan Jauhar. Sebab? Entah, dia sendiri pun tak tahu. Dia cuma tak suka dengan lelaki itu. Itu sahaja.

"Pergi lah bersiap. Kejap lagi kita pergi." Mikael mengarah. Laju Hannah bergerak. Ingin bersiap. Mikael mengeluh kecil. Dia bangun dari duduk. Ingin turut sama bersiap.

Ting!

Bunyi notifikasi dari wasap kedengaran. Dia membuka aplikasi Whatsapp.

Lia
-Tak datang bos?

Typing...

Lia
-Takut ke?

Mikael mendengus kasar. Aplikasi Whatsapp ditutup. Malas mahu melayan setiausahanya itu.





"Wad mak cik Rubiah dekat mana?" Hannah bertanya. Kali ini dia memakai kaca mata hitam dengan mask. Tidak seperti semalam, dia tidak memakai apa apa. Nasib baik tiada siapa yang mengecamnya semalam. Kalau tidak, pasti heboh.

"Mak cik Rubiah?" Soalan dibalas soalan. Hannah mengangguk.

"Semalam dia kemalangan. Lepastu, terus bawa ke bilik pembedahan." Terang Hannah. Nurse itu berfikir sebelum mulutnya terbuka sedikit. Mungkin sudah ingat siapa yang Hannah maksudkan.

"Ouh, yang itu. Err maaf, cik ni siapa? Sebab saya rasa dia dah ada penjaga." Nurse itu bertanya. Hannah terdiam. Dia dah lah tiada apa apa pertalian dengan mak cik Rubiah.

"Kami kawan kepada penjaga mak cik Rubiah. Jauhar kan nama dia?" Mikael menjawab bagi pihak Hannah. Nurse itu mengangguk.

"Erm, maaf. Tapi saya rasa mereka dah berpindah ke hospital lain. Pagi tadi dalam pukul 7 pagi." Jelas nurse itu. Hannah meraup rambutnya kebelakang.

"Boleh saya dapat nombor penjaga mak cik Rubiah?" Hannah meminta. Sekurang kurangnya, dia bolehlah menghubungi Jauhar. Nurse itu mengerutkan dahi.

"Bukan ke korang kawan dia? Tak kan tak ada nombor dia?" Nurse itu sudah mula memandang curiga. Di sebalik mask, Hannah menggigit bibir.

"Kalau boleh, boleh kami tahu mereka pindah ke hospital mana?" Mikael bertanya. Hannah mengangguk. Dia nak tahu. Tapi, melihat sahaja dari riak wajah nurse itu, rasanya dia tak akan bagitahu.

"Okay maaf. Kami pergi dulu." Mikael meminta diri. Sudah tahu yang mereka tidak akan diberitahu tentang mak cik Rubiah. Tangan Hannah ditarik. Mengajaknya pulang. 

Hannah terus menangis sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta. Mikael hanya diam. Membiarkan Hannah menangis.

Dalam beberapa minit, Hannah sudah berhenti menangis. Mikael memegang dagu Hannah dan dipusingkan ke arahnya. Mikael mengelak air mata yang tersisa di pipi Hannah.

CINTA SEBENAR MIKAEL [C]Where stories live. Discover now