Epilog

9.1K 385 78
                                        

P/S- kalau korang lebih suka sad ending, tak payah baca chater ni. Tapi kalau korang suka happy ending, boleh baca cerita ini.

Okay selamat membaca ;)


Nafasnya menjadi tidak teratur. Naik turun dadanya. Dia seperti sukar untuk bernafas. Automatik matanya terbuka dan terus bangun. Dia menarik nafas dan hembus. Nafas yang tidak teratur, terus menjadi teratur. Dia juga sudah mula tenang.

"Abang." Bahunya di sentuh lembut. Terkejut dia dibuatnya. Dia memandang ke tepi. Dia menarik nafas lega. Laju dia memeluk tubuh itu.

"Ya Allah. Terima kasih." Wanita itu membalas pelukan. Belakang badan lelaki itu digosok perlahan.

"Abang..." Lembut wanita itu memanggil.

"Kenapa ni?" Kedengaran risau dari soalannya.

"Mimpi buruk ke?" Lelaki itu meleraikan pelukan. Air matanya bertakung. Tergamam wanita itu melihat.

"Abang kenapa?" Kedua dua belah bahu Mikael dipegang.

"Abang mimpi yang sayang dah tak ada. Abang... abang mimpi yang sayang dah tinggalkan abang." Air mata Mikael mengalir. Hannah menarik suaminya ke dalam pelukan.

"Shh... shh... jangan nangis. Itu kan cuma mimpi. Saya ada dekat depan awak ni kan." Mikael menyembamkan mukanya di bahu Hannah. Dia menangis di situ. Betapa takutnya dia untuk kehilangan cinta hatinya.

Dia mengelus rambut Mikael. Hannah tersenyum kecil. Comel. Mikael nampak comel bila menangis.

Mikael meleraikan pelukan.

"Janji dengan abang. Jangan tinggalkan abang." Jari kelingkingnya dikeluarkan. Hannah tergelak kecil. Jari kelingkingnya dan jari kelingking Mikael bersatu.

"Iya. Janji. Saya tak kan tinggalkan awak walau apa pun yang berlaku. Kecuali jika maut memisahkan kita." Pipi Hannah disentuh. Hannah tersenyum manis.

"I love you." Hannah ketawa. Air mata Mikael yang mengalir di pipi, dikesat lembut.

"I love you too, abang." Mereka berbalas senyuman. Mikael memeluk Hannah. Dia rasa tak nak lepas tubuh itu. Dia takut jika Hannah meninggalkannya. Dia tak sanggup. Dia tak sanggup untuk kehilangan wanita itu. Wanita itu terlalu berharga untuknya.

"Mama, papa. Tengok abang ni. Dia ambil ais krim Ica." Hannah mencerlung tajam ke arah anak lelakinya. Budak lelaki itu hanya tersengih. Tak takut dengan mamanya.

"Fahrin. Bagi balik ais krim adik tu." Fahrin menggelengkan kepalanya. Fahrin menjelir lidah kepada adik perempuannya.

"Hiks. Mamaaa. Tengok abang." Muka budak perempuan itu sudah berkerut ingin menangis. Jari ditujukkan kepada abangnya.

"Fahrin." Suara Hannah naik seoktaf. Tapi Fahrin masih bersikap bersahaja. Hanya seorang sahaja yang mampu untuk buat Fahrin tegur.

"Fahrin." Suara itu masih lembut memanggil tapi boleh membuatkan Fahrin takut. Dia menyorok di belakang mamanya. Hannah tersenyum kecil. Takut betul anak lelakinya itu pada Mikael.

"Kenapa buat mama marah?" Fahrin menggeleng.

"Mana ada Fahrin buat mama marah." Fahrin menafikannya. Mikael masih memandang ke arah Fahrin. Memuncung mulut budak itu.

"Papa." Mikael memandang ke arah anak perempuannya pula.

"Iya kenapa?" Jari budak kecil itu menunjuk kepada abangnya.

"Abang ambil ais krim Ica." Farisha membuat muka sedih. Mikael memandang ke arah Fahrin semula. Hanya dari pandangan, Fahrin tahu apa yang perlu dibuat.

CINTA SEBENAR MIKAEL [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang