"Sayang. Actually, i have something to tell you." Kali ini Mikael serius. Hannah membuat muka malas.
"Malas. Saya tak nak dengar." Cukuplah tadi dia kena tipu. Tak nak lagi lah.
"Kali ini betul." Mikael kekal dengan wajahnya yang serius. Hannah mengangguk.
"Something." Dia membalas seperti mana yang Mikael buat pada dia tadi.
"Sayang, i'm serious." Hannah terdiam. Kali ini memang nampak yang Mikael betul betul serius.
"Okay, what is it?" Kini dia fokus pada Mikael. Pinggan diletakkan ke tepi. Lagipun dia dan Mikael sudah habis makan.
Mikael memejam matanya sebelum mengambil nafas.
"Abang minta maaf." Hannah mengerutkan dahi. Pelik dengan suaminya. Tiada angin tiada ribut. Tiba tiba je minta maaf.
"Asal ni? Kenapa? Tiba tiba je minta maaf?" Mikael meraup rambutnya kebelakang.
"Abang sebenarnya-" Telefon Mikael yang berbunyi menyentakkan mereka berdua. Mikael mengeluh kecil. Nama si pemanggil dilihat. Lia.
"Abang jawab telefon sekejap tau." Hannah mengangguk. Membenarkan Mikael menjawab panggilan. Dia tahu siapa yang telefon. Dia nampak nama si pemanggil tadi.
"Hello." Mikael memulakan perbualan. Hannah hanya memandang. Dia nak tahu juga apa yang Mikael bualkan dengan Lia. Meskipun dia sudah memaafkan Lia, itu tidak bermakna dia tidak akan mencurigai apa apa tentang Lia.
"Kenapa pula tiba tiba?" Mikael mengerutkan dahi. Hannah mengangkat sebelah kening. Dia semakin ingin tahu. Apa yang tiba tiba?
"Tak boleh settle ke?" Mikael memicit dahinya. Hannah berasa semakin ingin tahu.
"Saya dengan isteri ini, Lia." Mikael memandangnya sekilas. Mikael meraup wajah.
"Saya datang sekarang. Suruh Tuan Idrus tunggu sebentar dalam pejabat saya." Dia lantas memutuskan panggilan.
"Kenapa abang?" Hannah bertanya. Mikael memandang Hannah serba salah.
"Sayang. Abang rasa abang kena balik pejabat sekarang." Hannah diam. Dia baru nak ajak dating.
"Ouh, okay. Pergilah." Nak tak nak sahaja dia membalas. Mikael pula yang jadi serba salah.
"Nanti abang bawa sayang keluar eh. Kita pergi jalan jalan. Cakap je sayang nak pergi mana, abang bawakkan." Hannah mengangguk tidak rela.
"Tadi abang kata abang nak cakap something." Hannah berkata. Mikael diam seketika.
"Balik nanti abang cakap okay. Tak pun esok ke." Hannah mengangguk. Mikael bangun dari duduk.
"Sayang balik dengan siapa nanti?" Mikael menyoal. Risau pula dia dengan Hannah. Dah lah mereka pergi sini naik kereta dia.
"Jangan risau tentang saya. Tahu lah nanti macam mana saya nak balik." Mikael masih risau. Itu isteri dia kut. Kalau jadi apa apa, mahi dia menyesal seumur hidup.
"Jangan risau. Dah pergi sana. Nanti lambat pula." Lambat lambat Mikael mengangguk. Dia mencium pipi Hannab sebelum berlalu pergi. Terkelip kelip mata Hannah. Dia menyentuh pipinya. Hannah tersengih sorang sorang di situ.
Hannah duduk sebentar di tepi keretanya. Semata mata tak nak membazir duit, dia sanggup berjalan kaki ke pejabat Mikael. Nasib baik kedai makan itu tak terlalu jauh. Kalau tak, boleh pengsan dia dibuatnya.
"Kau nampak tak semalam?" Hannah mengangkat muka. Mana tahu orang itu bercakap dengan dia. Rupanya tidak. Wanita itu sedang bercakap dengan kawannya. Dia syak, itu pekerja Mikael.
"Nampak apa?" Kawan wanita itu bertanya. Hannah memasang telinga. Ingin mendengar apa yang mereka berdua bualkan.
"Alah, waktu Lia keluar dari bilik bos. Mata dia kan sembab. Aku rasa waktu itu dia baru lepas nangis." Kawan wanita itu berfikir sebelum dia mengangguk.
"Haah. Aku ada nampak. Lepas je Lia keluar, bos terus kejar kan. Pergi mana entah." Hannah mengerutkan dahi.
"Kau rasa apa jadi dengan diorang itu?" Kawan wanita itu mengangkat bahu. Menandakan yang dia tak tahu.
"Kau tak rasa ke yang diorang itu ada something?" Wanita itu menggelengkan kepala.
"Eh tak kan lah. Bos dah ada bini kut. Agak agaklah kau ini. Bos itu setia tau orangnya." Wanita itu mempertahankan Mikael. Kawan wanita itu pula hanya mengangkat bahu. Dia teka je.
"Eh tapi kan, kau kenal tak Syamir?" Wanita itu menyambung lagi.
"Syamir?" Dia mengangguk.
"Syamir ada bagitahu tau tadi. Yang dia nampak bos berpelukan dengan Lia dekat rooftop. Syamir kata, waktu itu dia nak hisap rokok dekat sana, tapi tak jadi lepas nampak diorang berpelukan." Sambung wanita itu. Kawan wanita itu nampak seperti terkejut dengan apa yang diberitahu oleh wanita itu.
Mata yang sudah bulat, menjadi semakin bulat apabila mereka perasan kehadiran Hannah. Hannah memandang mereka tiada berperasaan.
"Puan." Mereka teguk liur. Hannah bangun dari duduk. Hilang segala penatnya.
"Mereka berpelukan?" Yang sorang menggeleng. Sorang lagi pula seakan teragak agak.
"Saya tanya ini, diorang berpelukan?" Hannah menggenggam tangannya. Kali ini, seorang menggeleng dan sorang lagi mengangguk.
"Jujur dengan saya." Mereka berpandangan.
"Kami tak tahu. Tapi Syamir kata yang bos dengan Lia berpelukan dekat rooftop." Salah seorang dari mereka berbicara. Hannah tergelak sinis. Hanya seketika sebelum tawanya mati.
"Mana Syamir?" Mereka menggaru kepala. Dipandangnya sekeliling sebelun tertancap pada seseorang yang sedang berbual bersama rakannya.
"Syamir!" Jerit wanita itu. Syamir memandang. Wanita itu menyuruhnya mendekat. Syamir hanya mengikut. Dia tersenyum sedikit ke arah Hannah. Dia sudah sedia maklum tentang isteri bos.
"Asal?" Syamir bertanya.
"Kau kata kau nampak bos berpelukan dengan Lia kan dekat rooftop?" Syamir mengangguk. Hannah menggenggam hujung bajunya.
"Kenapa?" Wanita itu memuncungkan bibir ke arah Hannah. Syamir baru sedar yang dia sudah silap.
"Err, puan. Saya-" Hannah mengangkat tangannya. Menyuruhnya diam.
"Tak apa. Terima kasih sebab jujur." Syamir menjadi serba salah. Hannah terus masuk ke dalam keretanya.
"Sekali lagi, Mikael. Sekali lagi kau sakitkan hati aku." Stereng dihadapannya ditumbuk kuat. Merah tangannya. Dadanya turun naik. Matanya sudah mula berkaca kaca.
Enjin dihidupkan. Dia segera pergi. Dia membawa kereta dengan sangat laju sehingga melanggar lampu merah. Air matanya tidak berhenti turun.
Dia berhenti di tepi jalan. Kepala diletakkan pada stereng kereta.
"Kenapa? Kenapa kau suka sakitkan hati aku?" Stereng ditumbuk lagi sekali. Kuat.
Percaya? Mungkin sudah hilang kepercayaan dia pada Mikael. Dia tak akan percaya lagi pada Mikael. Cukup lah dia sudah kecewa beberapa kali. Dia sudah tidak sanggup.
"Arghhh!" Dalam tangisan, dia menjerit sekuat hatinya. Hannah kembali bersandar.
"I have something to tell you." Ini ke yang Mikael maksudkan. Dia nak bagitahu pasal benda ini? Kalau betul, kenapa perlu bagitahu dia? Tak boleh ke kalau dia tak tahu. Kenapa dia perlu dengar semua benda ini.
Tangan mencengkam stereng kereta.
Tok. Tok. Tok.
Cermin kereta diketuk dari luar. Hannah memandang. Perlahan lahan dia menurunkan tingkap kereta.
"Cik, cik okay?" Hannah hanya mengangguk.
"Cik tak boleh berhenti sini." Hannah mengangguk lagi. Tingkap kereta dinaikkan semula. Lantaklah orang itu nak kata dia biadap ke apa. Dia lantas berlalu pergi.
Terima kasih sudi baca •}•
YOU ARE READING
CINTA SEBENAR MIKAEL [C]
Romance[C O M P L E T E] Perkahwinan mereka bukanlah atas dasar cinta. Mereka berkahwin atas dasar keterpaksaan. Mereka harus menerimanya dengan hati yang terbuka. Janji dibuat di antara mereka berdua di awal perkahwinan. "Kalau antara kita dah ada orang...