"Hannah. Bukaklah pintu ini. Bagi abang jelaskan." Pintu bilik diketuk beberapa kali. Hannah hanya diam. Sampai sahaja di rumahnya tadi, dia terus masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu.
"Hannah." Mikael memanggil lagi. Dia mengeluh perlahan. Muka diraup kasar.
"Sayang. Bagi lah abang jelaskan. Sumpah sayang. Apa yang sayang fikir memang tak sama dengan apa yang berlaku." Hannah cuma diam. Hanya mendengar. Tiada rasa ingin membalas.
"Dia cuma betulkan tali leher abang je sebab tali leher abang senget. Lagipun lepastu abang ada meeting. Sebab tu dia tolong abang." Mikael menjelaskan perkara sebenar. Hannah ketawa sinis.
"Huh. Fikir aku percaya ke?" Dia hanya bercakap sendiri. Frame gambar mereka berdua di ambil. Gambar mereka ketika bercuti dahulu. Hannah mengetap gigi. Dia membaling frame gambar mereka. Air mata yang jatuh setitis, dikesat kasar. Tak perlu membazir air mata dekat benda yang tak penting
Bunyi kaca yang kedengaran dari dalam bilik menyentakkan Mikael. Pintu diketuk bertalu talu.
"Sayang, sayang buat apa? Sayang jangan buat benda yang bukan bukan." Mikael memujuk dari luar bilik. Dia semakin risau apabila Hannah tidak membalas.
"Hannah. Sayang. Awak buat apa dekat dalam? Jangan takutkan abang." Pintu diketuk lagi. Risau dia dengan Hannah. Takut Hannah buat benda yang bukan bukan di dalam bilik.
Pintu dibuka dari dalam. Mikael memandang Hannah. Dia ingin menyentuh Hannah tapi Hannah menjarakkan diri. Mikael terasa hati tapi salah dia juga. Dia yang buat Hannah jadi macam ini.
"Sayang."
"Ceraikan saya." Mikael senyap.
"A-apa?" Dia rasa seperti salah dengar tadi.
"Ceraikan saya." Hannah menentang mata Mikael dengan berani. Mungkin keputusan ini akan membuat dia menyesal suatu hari nanti. Tapi itu lebih baik daripada dia terpaksa menerima hakikat yang Mikael curang.
"No." Mikael menggeleng kepala. Dia tak kan sesekali melafazkan cerai.
"Kalau dah tak nak aku, lebih baik kau ceraikan aku. Senangkan? Nanti kau boleh kahwin dengan Lia. Aku cuma nak mudahkan kerja kau. Itu je." Sinis Hannah berkata.
"Kitorang tak ada apa apa pun. Percayalah." Hannah mengangguk.
"Dah habis dah?" Mikael meraup wajah.
"Sayang." Lembut Mikael memanggil. Hannah memandang ke arah lain. Tidak sanggup bertentangan mata dengan Mikael. Iya. Dia kalah apabila Mikael memanggilnya macam itu. Dia rasa seperti Mikael masih sayangkan dia walaupun sebenarnya tidak.
"Sayang, pandang abang." Hannah masih tidak memandang sehingga Mikael sendiri yang memegang dagu Hannah. Kini, mereka berpandangan.
"Sayang betul nak abang ceraikan sayang?" Penuh lembut Mikael bertanya membuatkan Hannah gusar. Jujur, dia tak nak diceraikan. Tapi sekarang ini, seolah olah Mikael akan ceraikan dia.
"Sayang?" Hannah diam. Maknanya betullah Mikael akan ceraikan dia?
"Baiklah." Mikael memejam matanya seketika. Dia kembali membuka mata.
"Dengar sini baik baik." Air mata sudah mula bertakung. Dia yakin, selepas lafaz cerai dilafazkan oleh Mikael, air mata dia akan jatuh.
"Hannah Issabell binti Muhammad Borhan." Mikael diam. Dia mengambil nafas.
"Aku tak kan sesekali ceraikan kau. Tak kan pernah aku lafazkan cerai terhadap kau. Sampai bila bila pun aku tak kan lepaskan kau." Air mata mula jatuh. Dia menangis teresak esak. Sangkanya, Mikael akan jatuhkan talak.
"Don't cry. Abang tak suka tengok Hannah menangis." Mikael mengesat air mata yang jatuh di pipi Hannah. Terhinjut bahu Hannah. Dia cuba menahan tangis.
Mikael mencium mata kanan Hannah. Diteruskan pula pada mata kiri. Hannah masih menangis. Lantas, dia menarik Hannah ke dalam pelukan. Belakang badan Hannah digosok perlahan.
"Abang minta maaf, sayang. Abang minta maaf sebab sakitkan hati sayang. Abang minta maaf sangat sangat. Abang tahu abang salah. Jadi, tolong." Mulut didekatkan pada telinga Hannah.
"Tolong bagi abang peluang untuk jelaskan."
Mereka berdua duduk bersebelahan. Mata bertentang mata.
"Jelaskan lah." Hannah cuba untuk bagi peluang kepada Mikael. Peluang untuk menjelaskan semuanya. Dalam hal ini, tidak semestinya Mikael yang bersalah. Boleh jadi perempuan tak guna tu yang bersalah.
Dia ingat lagi pandangan yang dilemparkan perempuan itu kepadanya. Penuh sinis. Gembira kerana dia dapat menghancurkan rumah tangga orang.
"Sumpah sayang. Waktu itu, dia cuma tolong abang. Tak lebih pun." Hannah mengangguk. Mikael ada bagitahu benda ini tadi.
"Kenapa abang biarkan?" Panggilan sudah bertukar kepada abang. Mikael senyum kecil. Sekurang kurangnya, Hannah sudah mencuba untuk buka hatinya kembali untuk Mikael.
"Abang bukan nak biarkan. Tapi, waktu abang nak jarakkan diri, waktu itu jugak sayang datang. Abang tak boleh fikir apa waktu itu." Hannah memandangnya curiga. Sukar untuk dia percaya kata kata Mikael. Ada kemungkinan untuk Mikael menipu.
"Sumpah sayang. Abang cerita perkara sebenar. Tak ada menipu pun." Sebelah tangan diangkat gaya bersumpah.
"Betul?" Bersungguh sungguh Mikael mengangguk.
"Bagi saya rakaman CCTV dekat bilik abang." Terkebil kebil Mikael memandang Hannah.
"Huh?" Tanya Mikael.
"Bilik abang ada CCTV kan?" Mikael mengangguk.
"Jadi bagilah saya rakaman CCTV bilik abang. Saya nak check. Mana tahu abang bohong." Mikael mengangguk. Sampai macam itu sekali Hannah mencari kebenaran.
"Nanti abang bagi." Hannah mengangguk.
"Lia suka abang kan?" Tiba tiba Hannah bertanya. Mikael mengangkat bahu.
"Tak tahulah." Balas Mikael.
"Abang rasa dia suka abang?" Mikael berfikir.
"Entahlah. Sebab Lia tak pernah cakap pula yang dia suka abang." Jujur Mikael menjawab.
"Memanglah. Tapi abang rasa tak yang dia suka abang?" Lambat lambat Mikael mengangguk.
"Sebab kadang kadang cara dia layan abang macam lebih dari seorang bos dengan pekerja." Hannah mengangguk faham. Jadi betullah apa yang dia fikir. Lia memang sukakan Mikael.
"Kenapa tanya?" Hannah memandang Mikael tak percaya.
"Memanglah saya kena tanya. Senang sikit saya nak tahu siapa yang tak puas hati dengan kita." Mikael mengangguk. Baru dia faham. Hannah menggelengkan kepalanya. Benda kecil macam itu pun tak tahu.
"Kalau abang pecat dia tak boleh ke?" Mikael mengerutkan dahi.
"Kenapa nak pecat dia?" Soal Mikael agak polos. Hannah menggulingkan mata ke atas. Dia ni tak faham faham lagi ke?
"Abang rasa kenapa?" Geram pula dia dengan Mikael. Mikael meletakkan jari telunjuk pada dagu. Gaya berfikir. Hannah menggelengkan kepalanya. Nak marah pun tak boleh sebab Mikael comel sangat.
"Sebab apa?" Mikael dipandang tidak percaya. Asal bengap sangat Mikael hari ini?
"Tak ada apa apa lah. Eee, menyampah betullah." Hannah terus memandang ke arah lain. Geram betul dia dengan Mikael. Rasa panas je hati dia.
Mikael tergelak kecil. Comel perangai Hannah dimatanya.
"Bagi abang cari dulu pengganti Lia. Kalau dah jumpa, baru abang pecat Lia. Okay?" Dia sengaja berpura pura tidak faham tadi. Saja ingin menyakitkan hati isterinya yang sememangnya sudah sakit. Lengan Mikael ditumbuk. Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. Biasa biasa sahaja. Mikael menggosok lengannya. Sakit juga Hannah tumbuk.
Terima kasih sudi baca •}•
Merepek sikit bab ni. Maklumlah, idea tak datang hari ini. Dia lari jauh dari saya. ;)

ANDA SEDANG MEMBACA
CINTA SEBENAR MIKAEL [C]
Romance[C O M P L E T E] Perkahwinan mereka bukanlah atas dasar cinta. Mereka berkahwin atas dasar keterpaksaan. Mereka harus menerimanya dengan hati yang terbuka. Janji dibuat di antara mereka berdua di awal perkahwinan. "Kalau antara kita dah ada orang...