BAB 34

4.4K 367 152
                                    

"Assalamualaikum." Salam diberikan sebelum masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup semula dan dikunci. Dia tak perlu tunggu Mikael pulang kerana Mikael sudah ada di rumah. Lihat saja kereta di luar rumah, dia dah tahu yang Mikael sudah pulang.

Dia memandang ruang tamu rumahnya. Gelap. Mana Mikael? Tak kan duduk dalam gelap kut. Hannah mengangkat bahu. Malas nak ambil tahu.

Kaki melangkah menaiki tangga. Dia menuju ke biliknya. Pintu bilik dikuak besar. Sama seperti di ruang tamu, biliknya juga turut gelap. Hannah mengerutkan dahi. Mana Mikael?

Matanya terarah kepada sekujur tubuh yang terbaring lemah di atas katil. Duvet tebal menyelimuti diri orang itu. Hannah mendekat. Mata Mikael terpejam rapat. Dia perasan juga yang Mikael menggigil.

Tangan dilekapkan ke dahi Mikael. Dia terus menarik tangannya.

"Panasnya." Bahu Mikael dipegang sebelum digoncang.

"Mika. Mikael." Mikael diam. Hannah pula yang takut. Mikael pengsan ke?

"Awak? Awak pengsan ke?" Perlahan lahan kelopak mata Mikael terbuka. Hannah menarik nafas lega. At least Mikael tak pengsan.

"Dah balik?" Suara Mikael menjadi serak. Mikael terbatuk kecil. Hannah yang melihat menjadi risau. Egonya diletak tepi. Mikael lebih penting sekarang.

"Awak demam panas ini. Kita pergi hospital." Mikael menggeleng. Dia nak pergi hospital? Jangan harap. Dia tak nak dan tak kan sesekali jejak ke hospital. Dengan bau ubatnya. Urgh, ngeri.

"Tak nak." Hannah mengeluh. Dia ingin bergerak ke bilik air tapi ditahan oleh Mikael. Mikael memegang pergelangan tangannya. Hannah memandang. Membulat mata dia apabila Mikael menariknya sehingga dia terjatuh ke atas badan Mikael.

Keras badannya. Mikael memeluk Hannah.

"Just stay." Hannah teguk liur.

"Sejuk." Mikael merengek kecil. Hannah menghela nafas kecil. Dia sakit Hannah. Buang ego kau.

Hannah membetulkan kedudukannya supaya lebih selesa. Lantas dia membalas pelukan Mikael. Mikael tersenyum sedikit. Dia mengetatkan pelukan.

Hannah hanya diam. Dia tidak tahu apa yang perlu dibuat sekarang. Jika dulu mungkin dia akan menjaga Mikael dengan baik, tapi kali ini mungkin akan berbeza sedikit.

Beberapa minit berlalu. Dengkuran halus mulai kedengaran. Hannah mendongak memandang Mikael. Pelukan kemas dipinggangnya dileraikan. Perlahan lahan dia bangit dari katil.

Dia masuk ke dalam bilik air. Membersihkan diri dahulu. Dia keluar dari bilik air. Dia mengambil satu sapu tangan dan satu bekas berisi air.

Hannah mencelupkan sapu tangan ke dalam bekas itu. Sapu tangan diperah dahulu sebelum diletakkan di atas dahi Mikael. Mikael berkerut sedikit.

Hannah senyum kecil. Dia menuju ke dapur. Ingin membuat bubur untuk Mikael. Orang sakit kena makan bubur.

Dia mengambil masa beberapa minit sahaja untuk menyiapkan bubur itu.






"Mikael. Bangun." Bahu Mikael digoncang sedikit.

"Mika, bangun. Makan sikit." Kelopak mata Mikael terbuka sedikit. Dia terus menggeleng apabila melihat semangkuk bubur di tangan Hannah.

"Tak lapar." Hannah mencebik.

"Makan dulu sikit. Lepastu makan ubat." Mikael menggelengkan kepala. Ubat? Dia tak perlukannya. Dia kuat.

"Tak nak."

"Mikael." Mikael memuncung sedikit. Dia bangun dari perbaringan dan bersandar di kepala katil. Pucat bibirnya.

Hannah menghulurkan sudu ke arah Mikael. Menyuruh Mikael makan sendiri.

"Suap." Mikael meminta. Betullah orang kata. Lelaki kalau sakit mesti jadi manja. Tanpa kata, Hannah menyuapkan bubur ke mulut Mikael. Sempat dia meniup dahulu bubur itu.

Setelah beberapa suapan, Mikael menolak. Dia dah kenyang. Mangkuk bubur diletakkan di atas meja tepi katil. Dia mengambil ubat pula. Ubat dihulurkan kepada Mikael. Mikael menggeleng.

"Tak nak." Hannah memandangnya tajam. Dengan tidak rela, dia mengambil ubat itu dan dimasukkan ke dalam mulutnya. Terpaksa makan ubat. Dia memejam matanya ketika mencuba untuk menelan ubat itu. Tak sedapnya ubat.

"Ni. Minum air ni." Hannah menghulurkan air pula. Mikael mengambilnya dan diteguk rakus.

"Pahit." Hannah menggelengkan kepala dengan perangai Mikael.

"Ubat memanglah pahit. Tak kan masin pula." Hannah membalas. Mikael mencebik.

"Dah tidurlah." Mikael mengangguk. Dia baring semula. Dia memandang wajah Hannah. Hannah mengangkat dulang yang dibawa bersama mangkuk bubur dan segelas air. Dia menuju ke pintu bilik.

"Sayang." Terhenti langkah kaki Hannah. Dia memejam matanya. Nafas dihembus. Mata dibuka kembali.

"Tidur." Dia melangkah semula.

"Terima kasih, sayang." Sempat dia mendengar Mikael berkata sebelum dia menutup pintu bilik.

Hannah menghela nafas kecil. Kenapa layan dia macam ini? Mikael nak apa sebenarnya dari dia?









Hannah memandang tajam lelaki yang sedang berdiri di hadapan cermin itu. Dari tadi lelaki itu membetulkan tali lehernya. Apa yang tak betul pun tak tahulah.

"Awak buat apa ni?" Mikael memandangnya dari pantulan cermin.

"Saya nak pergi kerja lah. Dah lewat dah ni tau. Nanti orang cakap apa pula kalau bos tak masuk kerja." Kata Mikael sambil tersenyum. Hannah yang melihat berasa pelik. Murah betul senyuman Mikael pagi ini.

Hannah mendekati Mikael. Dia memusingkan badan Mikael menghadap ke arahnya. Tali leher Mikael dikemaskan.

Dia memandang Mikael kembali.

"Awak dah sihat ke?" Mikael mengangguk penuh yakin. Dia yakin dia dah sihat. Lagi lagi bila isteri dia yang jaga. Confirm cepat baik.

Tangan Hannah dilekapkan di dahi Mikael. Mikael memegang tangan Hannah.

"I'm okay." Mikael cuba meyakinkan Hannah. Hannah masih tak puas hati. Baru sehari rehat, tak kan dah baik kut.

"Panas lagi masalahnya ni." Walaupun tak sepanas semalam, dahi Mikael tetap panas.

"I'm okay. Serious." Hannah memandang tepat mata Mikael. Geram dia dengan Mikael. Tak reti nak dengar kata betullah. Hannah menghela nafas kecil.

"Okay." Kalau dipaksa duduk rumah sekali pun, Mikael bukannya nak dengar. Lagipun siapalah dia ni. Hanya tempat hilang bosan saja. Hannah berpaling.

"Abang nak cakap sesuatu ni." Hannah mengangguk. Dia bergerak ke arah katil. Ingin mengemas.

"Cakaplah." Mikael mengambil nafas. Dia yakin dengan keputusannya kali ini. Ini yang terbaik untuk semua orang dan dirinya. Dengan keputusan dia kali ini, Hannah tak akan terseksa lagi. Mereka akan kembali seperti biasa. Mereka akan bahagia seperti sebelum sebelum ini.

"Abang tak kan kahwin dengan Lia." Mikael tiba tiba berkata. Hannah berdiri statik di tempatnya. Dia salah dengar ke? Perlahan lahan dia berpusing. Dia memandang Mikael semula.

"Huh?" Hannah seperti tidak percaya. Dia mimpi ke? Jangan jangan dia bermimpi lagi. Ouh tuhan.

"Abang dah buat keputusan. Abang tak kan kahwin dengan Lia." Hannah memandang Mikael tidak percaya. Dia menepuk pipinya berkali. Mata dipejam dan dibuka semula. Dia takut. Dia takut jika semua ini hanyalah mimpi semata mata.

Tolong. Tolong kata semua ini bukan mimpi. Tolonglah. Dia mohon sangat sangat.

Terima kasih sudi baca •}•

CINTA SEBENAR MIKAEL [C]Where stories live. Discover now