BAB 38

4.2K 299 38
                                    

"Abang tak pergi kerja ke?" Mikael melihat jam di pergelangan tangannya.

"Sekejap lagi abang pergi. Kenapa tanya?" Mikael memandang ke arah Hannah. Hannah menggelengkan kepalanya.

"Tak ada apa apa. Saja je tanya." Mikael mengangguk. Sandwich yang tinggal separuh, langsung dia habiskan.

"Abang." Mikael mengangkat wajah. Sebelah kening diangkat.

"Iya, kenapa?" Lembut sahaja Mikael bertanya.

"Saya nak keluar boleh?" Mikael mengerutkan dahi.

"Nak pergi mana?" Hannah diam seketika. Entah mengapa dia rasa ingin merahsiakan tentang ini.

"Beli barang." Mikael hanya mengangguk. Membenarkan Hannah keluar.

"Nak abang teman tak?" Hannah menggelengkan kepalanya.

"Tak apa. Tak payah." Hannah menolak.

"Nak abang hantar Hannah pergi kedai tak?" Mikael bertanya lagi. Lagi sekali Hannah menggelengkan kepala.

"Tak apa. Saya boleh pergi sendiri." Mikael hanya mengangguk.

"Okaylah. Abang pergi dulu. Hati hati nanti bawak kereta." Dia mendekati Hannah. Tangan dihulurkan. Hannah menyambutnya. Dia mencium belakang tapak tangan Mikael.

Setelah itu, Mikael menunduk, mencium ubun ubun Hannah. Hannah tersenyum manis.

"Hati hati pergi kerja." Mikael mengangguk.

"Bai, sayang." Mikael melambaikan tangannya. Hannah ketawa kecil. Dia turut sama membalas lambaian Mikael.

Mikael hilang dari pandangan. Telefonnya dicapai. Alamat yang baru diberikan Jauhar dilihat.

Iya. Dia ingin pergi ke rumah mak cik Rubiah. Bukannya ingin pergi membeli barang. Entah mengapa dia rasa dia tidak sepatutnya memberitahu Mikael tentang hal ini. Mungkin sebab tak nak Mikael salah faham kut.










Dia memandang rumah itu. Nombor rumah dilihat. 45. Dia melihat alamat yang Jauhar bagi pula. Hannah mengangguk. Sama.

Dia yakin ini rumah mak cik Rubiah. Dia keluar dari kereta sebelum mengunci keretanya. Kiri kanan dilihat.
Setelah memastikan tiada kenderaan, dia melintas jalan.

Dia menghembus nafas. Loceng rumah mak cik Rubiah ditekan.

"Assalamualaikum." Dia menjerit sedikit. Lagi sekali loceng ditekan.

"Assalamualaikum." Pintu rumah dibuka dari dalam. Jauhar memandang ke arahnya dengan senyuman.

"Waalaikumsalam. Dah sampai dah?" Jauhar menjawab salam yang diberikan.

"Tak lah. Belum. Belum sampai pun." Hannah bergurau. Jauhar ketawa kecil.

"Ouh, jemputlah masuk. Mesti mak saya gembira dapat jumpa awak." Jauhar mempelawa Hannah masuk ke dalam rumahnya. Hannah tersenyum.

"Terima kasih." Jauhar hanya tersenyum.

Hannah masuk ke dalam rumah Jauhar. Sekeliling rumah itu di pandang. Dia terangguk angguk.

"Cantik rumah awak." Jauhar tersenyum.

"Terima kasih. Biasa biasa je ni. Tak ada lah cantik sangat." Jauhar merendah diri.

"Erm, awak duduklah dulu. Saya buat air sekejap." Hannah duduk di atas sofa di ruang tamu itu.

"Eh tak payahlah susah susah. Saya datang nak jumpa mak cik Rubiah je." Hannah tak nak menyusahkan sesiapa.

CINTA SEBENAR MIKAEL [C]Where stories live. Discover now