"Pergi kerja lah. Dah dua hari tau awak cuti." Hannah memandang Mikael yang sedang duduk di sofa sambil menonton tv. Mikael tidak melayan. Suka hati dia lah nak pergi kerja ke tak. Office dia juga. Bukann office orang lain.
"Dengar tak." Mikael langsung tidak memandangnya. Hannah mengetap rahang. Demam dia masih belum kebah. Tapi dia dah semakin sihat.
"Mikael!" Seru Hannah. Geram dia dengan Mikael. Mikael mengeluh kecil. Dia memandang Hannah.
"Apa?" Tanya Mikael malas. Dia nak rehat pun tak boleh.
"Pergilah kerja. Dah dua hari tau awak cuti." Hannah menghalau.
"Biarlah. Abang nak duduk rumah. Lagipun selama ni, abang asyik kerja je. Jarang cuti. Biarlah abang nak rehat." Mikael membalas. Hannah mendengus kasar.
"Pergi je lah. Kerja dah lah banyak yang tertangguh. Lepastu nanti bila tak siap, nanti mulalah nak marah marah. Yang kena marahnya saya juga." Kata Hannah tak puas hati. Hannah dipandang tajam.
"Seriously? Sampai macam tu sekali sayang fikir pasal abang. Abang tahu sayang masih marah. Tapi tak perlulah sampai tuduh abang macam tu. Selama ini ada abang buat sayang macam tu? Tak ada kan. Jangan menuduh." Mikael lantas bangun dari duduk sebelum dia berlalu ke biliknya. Sakit hati pulak hati dia.
Hannah meraup mukanya. Dia rasa serba salah. Tapi untuk meminta maaf... Dia rasa tidak. Ego dia lebih tinggi dari semuanya.
Meminta maaf memang mudah. Tapi untuk memaafkan, tidak semudah yang disangka. Hati dia masih sakit dengan apa yang dilihat olehnya waktu itu.
Mikael melangkah menuruni tangga. Tanpa mempedulikan Hannah yang sedang memandangnya, dia terus keluar dari rumah. Nak sangat dia pergi kerjakan. Fine! Dia pergi kerja.
Hannah menunduk. Terasa hati dengan perilaku Mikael terhadapnya. Air mata mula bertakung di kelopak mata. Bila bila masa sahaja boleh jatuh.
Sekurang kurangnya, bagilah dia salam dan cium tangan Mikael sebelum dia pergi kerja. Tapi ini tidak. Terus pergi tanpa sepatah kata.
Bunyi deruman enjin kereta yang semakin menjauh membuatkan air mata yang ditahan tahan, serta merta mengalir. Kini, dia sedar. Mikael tidak sayangkan dia. Dan tak pernah sayangkan dia pun.
Bunyi deringan telefon menyentakkan Hannah. Dia mengesat air mata nya. Dia melihat nama si pemanggil. Roziana. Dia berdehem kecil. Ingin memastikan suaranya okay sebelum mengangkat panggilan.
"Hello." Kedengaran suara Roziana dihujung talian.
"Assalamualaikum." Sempat Hannah mengusik walaupun dalam keadaan macam tu. Roziana dihujung talian terbatuk kecil.
"Ehem. Assalamualaikum." Hannah tersenyum kecil.
"Waalaikumsalam. Ada apa call aku?" Tanya Hannah.
"Aku sebenarnya ada benda nak cakap dengan kau." Jelas Roziana. Hannah mengerutkan dahi.
"Okay. Cakaplah apa yang kau nak cakap." Roziana di hujung talian hanya diam tidak bersuara.
"Rozi. Kenapa ni? Cakaplah." Roziana menghela nafas kecil. Hannah mengerutkan dahi. Pelik dengan sikap Roziana.
"Kita jumpa boleh? Aku nak cakap dengan kau depan depan. Tak nak dari telefon." Hannah mengangkat sebelah kening.
"Please." Roziana memohon.
"Okay. Kau set tempat. Share location dekat aku. Nanti aku datang." Balas Hannah.
"Okay." Roziana memutuskan panggilan. Skrin telefonnya yang gelap dipandang. Pelik dia dengan Roziana.
"So, kau nak cakap apa?" Sebaik sahaja Hannah sampai, dia terus bertanya. Tidak mahu melambatkan masa.
Roziana diam.
"Rozi. Kenapa ni?" Risau pula Hannah dengan perangai Roziana. Kenapa dengan Roziana? Okaykah dia?
Tangan Hannah yang berada di atas meja dicapai. Dia menggenggam tangan itu. Hannah mengerutkan dahi.
"Kenapa ni?" Lembut Hannah bertanya.
"Tolong aku, Hannah." Roziana meminta pertolongan.
"Apa? Cakaplah. Kalau boleh tolong, aku akan cuba tolong." Roziana meleraikan genggaman.
"Mak aku. Dia paksa aku kahwin." Terang Roziana. Hannah mengangguk.
"Okay. Jadi kenapa?" Roziana mengeluh.
"Mak aku suruh kahwin dengan orang yang dia pilih." Hannah mengangguk lagi.
"Jadi, sekarang ni. Kau tak nak kahwin. Macam tu?" Tanya Hannah. Roziana menggeleng. Makin berkerut dahi Hannah.
"Habistu. Kahwin je lah." Kalau dah tiada apa apa masalah, baik kahwin sahaja. Roziana menghela nafas kasar.
"Masalahnya sekarang ni, orang yang jadi pilihan mak aku tu... orang yang kita kenal." Hannah berfikir.
"Siapa?" Soal Hannah ingin tahu.
"Radi." Jatuh rahang Hannah mendengarnya. Matanya turut sama membulat. Masih tidak percaya.
"Sumpahlah." Roziana mengangguk perlahan.
"Okaylah tu. Bagus apa dia tu. Baik pun baik. Hensem pun boleh tahan. Jadi kenapa kau tak nak? Lagipun kau kan rapat dengan dia." Roziana mengeluh lagi. Entah sudah berapa kali dia mengeluh kali ini.
"Hati dia bukan pada aku Hannah." Itu yang menjadi masalah. Jika hanya seorang yang mencintai, dan sorang lagi tidak. Perkahwinan itu tidak akan bahagia. Seolah olah, dia berkahwin kerana terpaksa. Dia tak nak macam tu.
"Habistu hati dia pada siapa?" Tanya Hannah. Roziana memandang tepat pada Hannah. Hannah diam. Faham akan maksudnya. Dia lupa akan hal itu. Radi suka pada Hannah.
"Tapi aku dah kahwin, Rozi. Walau apa pun, dia tetap kena move on. Lagipun aku rasa, dia dah tak suka aku." Hannah membuat andaian sendiri. Apa perasaan Radi terhadapnya, dia tidak tahu. Mereka juga tidak lah rapat mana selepas Radi dapat tahu yang dia sudah bersuami.
"Patut aku setuju dengan cadangan mak aku tu?" Hannah mengangguk dengan yakin.
"Kau suka Radi dah lama, Rozi. Dah berapa tahun dah. Aku boleh cakap yang Radi tu bodoh kalau dia tak tahu perasaan kau terhadap dia. Mustahil dia tak tahu. Terang lagi bersuluh kut kau tunjuk yang kau suka dia." Hannah meyakinkan Roziana. Roziana malu sendiri.
"Nampak sangat eh yang aku suka dia?" Hannah mengangguk. Roziana tersengih. Dia ingatkan tiada siapa yang tahu. Rupa rupanya ada je yang tahu.
"Tak nampak macam aku terhegeh hegeh dekat Radi kan?" Hannah berfikir.
"Ada sikit." Roziana meraup mukanya.
"Malulah aku dengan Radi nanti." Hannah ketawa kecil sebelum ketawanya itu mati.
"Rozi." Roziana mengangkat kepala. Memandang ke arah Hannah.
"Apa?" Hannah diam seketika. Dia dah buat keputusan. Dan dia rasa, ini yang sebaiknya.
"Aku nak minta maaf dengan kau." Roziana mengerutkan dahi.
"Asal pulak kau ni?" Tanya Roziana.
"Aku tak rasa aku dapat teruskan lah."
"Ayat tu kasi habislah. Tak dapat teruskan apa ni?" Geram pula dia dengan Hannah.
"Aku nak berhenti kerja." Keputusan yang dibuat bukanlah mudah. Tapi ini merupakan keputusan yang terbaik. Dia tak rasa dia boleh terus bekerja dengan keadaan dia yang macam ini.
"Why?" Terkejut dia dengan keputusan Hannah yang tiba tiba itu. Tiada angin tiada ribut, tiba tiba nak berhenti kerja.
"Aku ada sebab aku sendiri. Aku mintak maaf lah sebab susahkan kau lagi sekali." Hannah memohon maaf. Roziana mengeluh kecil.
"Dah fikir betul betul?" Hannah mengangguk.
"Okaylah." Roziana mengangguk.
"Huh?"
"Okay. Dah itu keputusan kau. Aku tak boleh nak buat apa lah. Nanti aku tolong kau uruskan apa yang patut." Roziana tersenyum. Dia hormat keputusan Hannah. Hannah turut membalas senyuman itu.
In syaa allah, Allah akan permudahkan segalanya.
Terima kasih sudi baca •}•
YOU ARE READING
CINTA SEBENAR MIKAEL [C]
Romantik[C O M P L E T E] Perkahwinan mereka bukanlah atas dasar cinta. Mereka berkahwin atas dasar keterpaksaan. Mereka harus menerimanya dengan hati yang terbuka. Janji dibuat di antara mereka berdua di awal perkahwinan. "Kalau antara kita dah ada orang...