"Wei, aku masuk bilik dulu lah. Penat lah." Mikael meminta diri. Kawan kawannya cuma mengangguk membenarkan Mikael pergi berehat.
Mikael bangun dari duduk. Dia menuju ke lobi ingin meminta kunci bilik. Setibanya dia disana, dia melihat seorang perempuan sedang meminta kunci bilik. Dia memerhatikan perempuan itu sehinggalah perempuan itu memasuki lif.
"Cantik." Puji Mikael. Cantik sungguh ciptaan tuhan. Dia tersenyum kecil. Dia kini berada di hadapan meja yang memisahkan di antara dia dengan pekerja hotel.
"Mikael." Hanya dengan sebut nama sahaja. Pekerja itu mengangguk. Dia memberi satu kad kepada Mikael. Mikael mengucapkan terima kasih. Dia masuk ke dalam lif yang dimasuki perempuan itu tadi. Mikael memandang kad ditangannya.
Tertera nombor bilik disitu. 502. Dia melihat kertas yang ditampal pada tepi lif.
100-200 Tingkat 1
200-300 Tingkat 2
300-400 Tingkat 3
400-500 Tingkat 4
500-600 Tingkat 5Dia menekan butang nombor 5 seperti yang tertera pada kertas itu.
Sampai sahaja di tingkat lima, dia keluar dari lif. Dia mencari bilik nombor 502. Dia meng'scan' kadnya pada pemegang pintu.
Klik. Dia tersenyum. Pintu dibuka. Pelik dia melihat bilik itu apabila lampu sudah terbuka.
"Memang macam ini kut." Mikael berfikiran positif. Dia memandang pula tempat untuk meletak kad. Berkerut dahinya. Dah ada kad. Kad ditangan dipandang silih berganti.
"Pelik ni." Dia curiga tetapi hanya membiarkan. Kad diletakkan di atas meja yang telah disediakan. Dia merebahkan diri di atas katil. Dia menghembus nafas lega. Mata dipejam.
"Arghhh." Jeritan seorang perempuan menyentakkannya. Laju dia membuka mata. Dia bangun dari pembaringan. Membulat matanya melihat perempuan yang dilihat di lobi tadi, kini berada di hadapannnya. Satu bilik dengannnya!
Perempuan itu mengetatkan bathrobe paras lutut yang digunakannya. Tidak bagi Mikael melihat.
"K--kau siapa hah? Macam mana kau boleh ada dalam bilik aku?" Tanya perempuan itu kasar. Ada nada ketakutan dalam suaranya.
"Aku yang patut tanya kau. Macam mana kau ada dekat dalam bilik ini? Ini bilik aku." Balas Mikael.
"Ini bilik saya. Saya masuk dulu dalam bilik ini." Kata perempuan itu. Mikael tersedar. Iya! Perempuan tu yang berada di dalam bilik ini dahulu. Maknanya dia yang tersalah bilik. Tapi kalau tersalah bilik, macam mana dia boleh mengakses masuk ke dalam bilik ini?
Tok tok tok
Bunyi ketukan di pintu menyentakkan mereka berdua. Serentak mereka memandang ke arah pintu. Bermacam macam perkara yang terlintas di fikiran.
Kalau dalam drama, mesti mereka akan kena tangkap basah.Mikael menuju ke pintu bilik. Pintu dibuka sedikit. Tidak terlalu besar.
"Assalamualaikum. Kami dari jabatan agama islam. Kami dapat aduan yang ada dua orang yang bukan mahram dalam bilik ini." Mikael diam tidak tahu ingin membalas apa.
"Err. Salah bilik kut. Saya sorang je dekat sini." Bohong Mikael. Orang orang di hadapannya memandang dia dengan penuh curiga.
"Maaf. Boleh kami masuk ke dalam? Ingin memastikan yang kamu hanya berseorangan dan bukan berdua." Mikael teguk liur. Air liurnya rasa tersekat di kerongkong. Macam mana ni?
"Boleh kami masuk?" Mikael diam membisu. Melihat Mikael yang hanya diam tidak bersuara, salah seorang dari mereka menolak pintu itu luas. Terkejut Mikael dengan tindakan itu.
YOU ARE READING
CINTA SEBENAR MIKAEL [C]
Romance[C O M P L E T E] Perkahwinan mereka bukanlah atas dasar cinta. Mereka berkahwin atas dasar keterpaksaan. Mereka harus menerimanya dengan hati yang terbuka. Janji dibuat di antara mereka berdua di awal perkahwinan. "Kalau antara kita dah ada orang...