"Awak." Panggil Hannah. Ada benda yang mereka perlu bincang. Mikael memandang ke arah isterinya. Dia mengangkat sebelah keningnya.
"Iya, kenapa?" Tanya Mikael lembut. Sememangnya dia tidak pernah berkasar dengan Hannah selama mereka berkahwin. Walaupun mereka berkahwin bukanlah atas dasar cinta.
"Saya nak mintak cerai boleh?" Tanya Hannah sambil memandang tepat mata Mikael. Mikael mengerutkan dahinya. Tiada rasa marah langsung pada riak mukanya.
"Why? Kenapa mintak cerai. Kau dah jumpa orang lain ke?" Hannah menggelengkan kepalanya.
"No. Bukan macam itu. Erm... Tak ada lah. Awak kan dah bertunang. Lagi berapa bulan je awak nak kahwin kan. Jadi, lebih baik awak ceraikan saya sekarang. Nanti kalau bakal isteri awak dapat tahu yang awak dah kahwin kang, dia marah pulak. Tak pasal pasal awak tak jadi kahwin dengan dia." Jelas Hannah. Mikael berfikir seketika.
"Habis siapa nak tanggung kau nanti? Kau dah tak ada sesiapa dalam dunia ni Hannah. Kau cuma ada aku sorang je." Hannah diam. Dia juga tidak berfikir akan hal itu. Ibu bapanya telah meninggal dunia. Atok dan neneknya juga sudah tiada. Saudara mara juga dia tiada kerana kedua ibu bapanya merupakan anak tunggal.
"Saya kerja lah. Rumah nanti saya boleh sewa kalau dah dapat gaji. Perbelanjaan pun in syaa allah saya boleh tanggung sendiri." Jawab Hannah. Mikael diam tidak bersuara. Dia tidak marah cuma dia risau akan Hannah.
"Buat masa ni aku tak akan lepaskan kau lagi. Kau cari lah kerja dulu, kau cari duit dan bila kewangan kau dah stabil, baru aku lepaskan kau. Boleh?" Hannah berfikir dahulu. Lambat lambat dia mengangguk. Mikael tersenyum. Kepala Hannah digosok lembut.
"Jadi, awak benarkan saya bekerja?" Tanya Hannah meminta kepastian.
"Of course." Jawab Mikael yakin akan keputusannya.
"Tak takut kalau hubungan kita diketahui umum? Lagi lagi kalau keluarga awak tahu." Risau Hannah akan perkara itu.
"Kalau kita jaga rahsia kita elok elok, tak ada yang akan tahu." Balas Mikael. Tapi Hannah tetap risau.
"Why you ask?" Tanya Mikael.
"Saya... Saya nak kerja lama saya dulu. Sebelum saya kahwin dengan awak." Terang Hannah. Dia takut Mikael tak benarkan.
"Penyanyi?" Soal Mikael meminta kepastian. Lambat lambat Hannah mengangguk. Kerjanya itu akan menyebabkan dia diperhatikan. Mesti peminatnya akan sentiasa memerhatikan gerak geri dia. Dan itu akan menyebabkan rahsia mereka terbongkar.
"Boleh ke?" Soal Hannah. Jujur dia suka dengan kerjanya sebagai penyanyi. Meluahkan rasa melalui nyanyiannya. Dan orang yang mendengar lagunya pun dapat merasakannya juga.
"Boleh je." Kata Mikael.
"Tapi..." Belum sempat Hannah meneruskan kata katanya, Mikael menyampuk.
"Tapi kau takut peminat kau ikut kau sampai rahsia kita bocor. Macam itu?" Lambat lambat Hannah mengangguk. Dia memandang ke arah Mikael. Dia nampak Mikael memicit kepalanya. Mungkin memikirkan apa yang perlu dia lakukan untuk menyelamatkan rahsia mereka.
"Eh tapi kalau kerja saya tu sampai menyusahkan diri kita, takpe. Saya, saya tak perlu kerja tu. Saya boleh cari kerja lain." Kata Hannah. Tak sanggup pula dia melihat Mikael. Mesti penat berfikir tentangnya.
"No, don't. Kau kerja je sebagai penyanyi. Tapi untuk rahsiakan hubungan kita, kita duduk berasingan." Kata Mikael. Hannah mengerutkan dahi. Tak faham.
"Maksud awak?" Soal Hannah.
"Aku akan carikan kau rumah baru. Kita akan duduk berasingan. Jadi, takkan ada yang syak kau dah kahwin. Faham?" Terang Mikael. Hannah mengangguk.
YOU ARE READING
CINTA SEBENAR MIKAEL [C]
Romance[C O M P L E T E] Perkahwinan mereka bukanlah atas dasar cinta. Mereka berkahwin atas dasar keterpaksaan. Mereka harus menerimanya dengan hati yang terbuka. Janji dibuat di antara mereka berdua di awal perkahwinan. "Kalau antara kita dah ada orang...