BAB 24

3.5K 245 154
                                        

Mikael tersenyum memandang semua pekerja pekerjanya. Setiap orang yang bertembung dengannya, pasti akan mendapat senyuman manis daripadanya. Sampai pekerja pekerjanya pun memandang Mikael pelik.

Dia bahagia hari ini. Mana tak nya. Pagi pagi lagi dia dah dapat free 'gift' dari Hannah. Mengingatkan itu, automatik dia menyentuh bibirnya. Makin melebar senyumannya. Kadang kadang dia tersengih sendiri.

Pintu bilik pejabatnya dikuak besar. Dia masuk ke dalam dengan senyuman. Pintu ditutup semula. Dinding di tepinya di tumbuk berkali kali.

"Eee, malunya." Dia menekup mukanya. Dari tadi dia tersenyum. Mesti orang ingat dia ni orang gila.

Dia duduk di atas kerusinya. Kerusi itu dipusingkan menghadap meja. Fail fail yang berada di atas meja dipandang bosan.

"Duduk rumah lagi best." Dia merungut. Dia nak duduk rumah. Dapatlah dia bermanja manja dengan isteri tercinta.
Mikael ketawa kecil.

"Apa lah yang dia buat sekarang?" Mikael teringatkan Hannah di rumah. Patut tak dia balik? Mikael menggelengkan kepalanya. Pipinya ditampar lembut.

"Angau dah aku ni." Dia terus memandang ke atas mejanya. Ingin menumpukan perhatian pada kerjanya. Kalau tak, sampai bila bila dia akan teringatkan Hannah.

Sampul surat di atas mejanya dipandang pelik. Dia mengambil sampul surat itu.

"Apa ni?" Dia membelek sampul surat itu. Depan belakang dia check.

"Tak ada nama pun. Untuk aku ke?" Dia berkira kira sama ada nak buka atau tidak. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk buka sahaja sampul surat itu.

Dia menyeluk dan mengambil isi dalam sampul surat itu. Dia mengeluarkan segala isi dalam sampul surat. Kertas kertas yang berada di tangannya ditilik.

Berubah riak muka Mikael. Dia mengetap rahang.

Betullah orang kata, jangan gembira sangat, nanti menangis.

Interkom yang berada di atas mejanya ditekan. Interkom itu terhubung dengan interkom yang ada dalam bilik setiausahanya.

"Iya bos?" Suara Lia kedengaran.

"Masuk bilik aku sekarang." Mikael menyuruh dengan suaranya yang tertahan tahan. Lia yang mendengar tersenyum sinis.

Looks like someone's mad.

Tok tok tok.

Pintu diketuk sebanyak tiga kali. Lia terus masuk ke dalam pejabat Mikael. Dia tersenyum memandang bosnya.

"Iya bos. Ada apa apa yang tak kena ke?" Mata Mikael mencerlung tajam ke arah Lia. Perlahan lahan mata itu  memandang ke arah perut Lia.

"So, how? Still tak percaya lagi ke bos?" Sinis nada suara Lia berbicara. Lia datang mendekati Mikael.

"Itu bukan anak aku kan?" Lia tunduk memandang perutnya. Dia kembali memandang ke arah Mikael.

"Kau rasa?" Kali ini riak muka Mikael berubah tenang.

"Tak." Penuh yakin Mikael menjawab.

"How you can be so sure?" Mikael mengambil nafas.

"First, sebab kita tak pernah bersama. Second, benda yang jadi itu dah lepas. Lama dah berlalu. Benda itu jadi waktu kita habis SPM. Sekarang kita dah berapa tahun? Dah lama dah. And last. Kita tidur bersama je. Tak lebih pun." Jelas Mikael. Lia terangguk angguk.

"Okay, kau boleh tahan bijak juga eh. Ingatkan bodoh." Terangkat sedikit hujung bibir Mikael.

"Tapi tetap kau kena tanggung. Kau kena bertanggungjawab." Lia memandang tepat ke arah Mikael.

"Why should I?" Mikael membalas renungan itu.

"Kau dah rosakkan aku Mikael." Air mata mula bergenang di kelopak mata.

"Bila masa aku rosakkan kau?" Nada suara Mikael meninggi.

"Kau tak kesian dengan aku ke Mikael? Okay fine. Aku mengaku. Bukan kau yang rosakkan aku. Tapi, tolong aku Mikael. Aku... Aku terdesak." Air matanya jatuh. Mikael menghela nafas.

"Bagitahu aku. Siapa yang buat kau jadi macam ini?" Lia kawan dia. Kawan baik dia ketika sekolah menengah. Dari tingkatan satu sehingga ke tingkatan lima. Mereka berpisah ketika mereka melanjutkan pelajaran. Sehinggalah mereka berjumpa semula. Mikael menawarkan kerja kepada Lia. Dan Lia bersetuju.

"Aku tak tahu. Aku tak ingat. Aku diperangkap." Teresak esak dia menangis.

"Mana lelaki itu? Biar aku jumpa dia. Aku akan pastikan dia bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat dekat kau." Lia menggelengkan kepalanya.

"Aku tak tahu dia dekat mana. Siapa orangnya pun aku tak tahu. Apa apa tentang dia, aku langsung tak tahu." Mikael meraup mukanya. Lia menjatuhkan lutut. Kaki Mikael dipeluk.

"Mika, please. Tolong aku Mikael. Aku perlukan kau sekarang. Kau kata sayang aku kan? Kita kawan kan? Tolong aku Mikael." Dia menangis di kaki Mikael. Mikael memegang bahu Lia. Dia menariknya supaya berdiri.

"Aku tak boleh, Lia. Aku tak boleh. Aku dah ada isteri. Aku sayang isteri aku. Tak mungkin aku akan duakan dia." Rambutnya diraupkan kebelakang.

"Habis aku macam mana, Mika? Kalau mak bapak aku tahu, diorang mesti buang aku. Diorang mesti akan marahkan aku. Diorang... Diorang akan bencikan aku." Lia memandang Mikael penuh berharap.

"Tolong aku, Mika." Mikael menggelengkan kepalanya.

"Tak boleh. Maaf. Sumpah aku tak boleh." Lia mengangguk faham.

"Tak apa. Aku faham. Kau sayangkan isteri kau." Lia mengesat air matanya.

"Then, aku patut mati." Dia terus keluar dari bilik Mikael. Rooftop menjadi tempat seterusnya. Mikael membulatkan matanya. Dia terus mengejar Lia.

Sampai sahaja dia di rooftop, Lia sedang berdiri di hujung tembok rooftop.

"Lia, jangan." Lia berpaling. Dia tersenyum hambar.

"Lia, jangan buat benda bodoh!" Tempik Mikael. Lia menangis lagi.

"Jangan risaukan aku. Jaga isteri kau Mikael. Maaf, sebab aku, hubungan korang jadi bermasalah. Aku minta maaf." Dia kembali memandang ke hadapan. Dia memejam matanya.

"Cakap dengan mak bapak aku. Yang aku sayang diorang." Belum selangkah Lia melangkah kaki ke hadapan, Mikael bersuara.

"Fine, aku kahwin dengan kau. Aku akan bertanggungjawab." Lia memandang Mikael.

"Kau akan kahwin dengan aku?" Lambat lambat Mikael mengangguk. Lia menggeleng kepala.

"Jangan. Kau tak patut buat macam itu. Kesian Hannah. Dia sayangkan kau." Dia tak nak lagi rosakkan hubungan kawan baiknya.

"Tak. Dia akan faham. Kau kawan aku. Aku akan tolong kau." Berat hati dia ingin bersetuju. Tapi dia terpaksa. Dia mara sedikit demi sedikit ke arah Lia. Sampai sahaja dia pada Lia, terus dia menarik lengan Lia. Lia jatuh ke atas Mikael.

Mikael menariknya ke dalam pelukan. Lia membalas pelukan itu. Dia takut. Lia menangis di dada Mikael. Air mata Mikael jatuh setitik.

Maafkan abang, sayang.

"Kau betul akan kahwin dengan aku?" Lia bertanya dalam pelukan Mikael. Mikael memejam matanya. Lambat lambat Mikael mengangguk.

"Iya. Aku akan kahwin dengan kau. Aku akan bertanggungjawab. Aku akan tanggung kau dengan anak kau." Setitik lagi air matanya jatuh.

"Hannah? Dia macam mana?" Mikael kemam bibir.

"Kalau betul dia sayangkan aku, dia akan terima."

Terima kasih sudi baca •}•

CINTA SEBENAR MIKAEL [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang