BAB 29

3.9K 354 33
                                        

Disebabkan CSM dah capai 10k view, jadi nah. Saya bagi. Okay dah saya nak cuti. Nampak tak betapa baiknya saya buat chap ni untuk korang.<3


Mikael memerhati Hannah yang sudah terlena di atas lantai. Mikael menunduk. Perlahan lahan dia mendekati Hannah. Dia mencuba untuk tidak mengeluarkan sebarang suara.

Mikael mencangkung. Tangannya mengelus lembut rambut Hannah.

"Abang minta maaf. Maaf sebab selalu sakitkan hati sayang." Tangan diseluk di tengkuk dan belakang lutut Hannah. Berhati hati dia mengangkat tubuh kecil itu. Dia meletakkan Hannah di atas katil.

Nasib Hannah tidak tersedar. Dia duduk di atas katil. Dipandang wajah isterinya itu dalam dalam.

"I miss you, sayang." Perlahan dia menuturkan kata kata itu. Dia melabuhkan ciuman pada dahi Hannah.

Mikael mengeluh kecil. Satu bantal diambil dan diletakkan di atas lantai. Dia baring di atas lantai sambil mengiring memandang Hannah yang berada di atas katil.

Rasa ini. Sama seperti ketika mereka baru berkahwin. Cuma bezanya, waktu itu Hannah yang memaksanya tidur di atas lantai. Tapi kali ini, dia sendiri yang rela untuk tidur di situ.

"Tidur bawah." Hannah mengarah. Mikael menggeleng. Dia tak puas hati.

"No! Sedap sedap kau je suruh aku tidur bawah. Kau lah yang tidur bawah. Asal aku pulak?" Hannah merengus kasar.

"Tidur je lah bawah. Aku tak nak tidur dengan kau. Geli je." Tiada panggilan awak saya. Hanya kau aku yang digunakannya.

"Eh, no, no, no. Tak nak." Jari telunjuk digerakkan kebkiri lalu ke kanan. Bantal disebelahnya di ambil. Dia membaling bantal itu kepada Mikael.

Pap. Tepat ke muka nya. Mikael memejam mata. Hidungnya digosok. Hannah dipandang geram.

"Sakitlah." Hannah menjelirkan lidah. Tiada rasa serba salah langsung buat Mikael macam itu. Mikael tersenyum sinis. Perlahan lahan dia berjalan mendekati Hannah yang duduk di atas katil.

Hannah membulatkan matanya.

"K-kau nak apa hah?" Mikael masih lahi dengan senyuman sinisnya.

"Jangan dekat. Kalau tak aku call polis." Mikael ketawa kecil. Geli hati.

"Call lah. Nak tengok juga reaction polis itu macam mana. Mesti dia ingat kau gila kan." Hannah menyepetkan matanya. Mikael semakin mendekat dN Hannah semakin kebelakang sehingga kepalanya berlanggar dengan kepala katil. Hannah telan liur.

"K-kau jangan macam macam, Mikael." Mikael tersenyum senget. Dalam hatinya tak henti henti mengatakan yang Hannah comel.

"Macam macam apa? Macam ini ke?" Mikael mendekatkan wajahnya dengan wajah Hannah. Hannah ingin melarikan diri, tapi terhalang dengan kepala katil. Kenapalah kepala katil ini wujud?

Pucuk hidung Mikael bersentuhan dengan pucuk hidung Hannah. Hannah memejamkan matanya. Dia takut. Dia belum bersedia lagi.

Mikael ketawa terbahak bahak. Dia menjauhkan diri daripada Hannah.

"Asal kau cuak sangat. Hahaha! Kau fikir apa Hannah? Mesti kau fikir benda yang bukan bukan kan?" Hannah membuka matanya. Mikael dipandang tajam. Bantalnya di ambil. Dia memukul Mikael menggunakan bantal miliknya.

"Auch. Auch. Sakitlah." Mikael memegang lengan Hannah. Mereka bersabung pandangan.

"Aduh." Mikael menggosok kawasan perutnya yang baru sahaja dicubit oleh Hannah. Sakit! Bukan biasa biasa tangan Hannah ini.

"Berbisa betul cubitan kau." Hannah tersenyum bangga. Dia mencium tangannya.

"Itu lah. Lain kali jangan main main dengan aku. Kan dah dapat." Hannah puas. Puas dapat kenakan Mikael. Ingat lelaki je mampu? Perempuan pun bolehlah.

"Nak lagi tak?" Dia berura ura ingin mencubit Mikael lagi. Cepat cepat Mikael menjauhkan diri. Tak sanggup nak kena lagi.

"Eh janganlah lari. Aku nak buat lagi ini." Hannah senyum penuh makna. Mikael yang melihat rasa tak sedap hati. Dia cepat cepat melarikan diri. Hannah pantas mengejarnya.

Bilik itu dipenuhi dengan jeritan Mikael dan ketawa jahat Hannah.

Mikael tersenyum kecil mengingatnya. Kalaulah boleh putarkan balik masa. Kini, dia baring menghadap siling putih biliknya. Sebelah tangan diangkat dan diletakkan di atas mukanya.

Dia mengeluh kecil. Rindu. Dia rindu Hannah. Dia nak peluk Hannah. Dia nak peluk ketat ketat. Tak nak bagi lepas.

"Kau buat apa dekat sini?" Terkejut Mikael dibuatnya. Tangan diangkat. Kepala dipusingkan ke arah Hannah. Hannah sedang memandangnya.

"A-aku..." Dia tiada jawapan. Dia buat apa dekat sini? Untuk tidur rasanya.

"Mana Lia. Ke kau bawak perempuan itu masuk dalam rumah ini?" Mikael menggelengkan kepala.

"Tak." Dia menafikannya. Memang tak lah dia nak bawak Lia masuk dalam rumah ini. Lagi lagi untuk tidur di sini. Memang tak boleh. Hannah tak halang pun, dia tak kan benarkan. Ini rumahnya dengan Hannah. Bukan rumahnya dengan Lia.

Hannah duduk di birai katil sebelum perlahan lahan dia bangun.

"Nak pergi mana? Kalau kau tak selesa aku ada dekat sini, aku boleh keluar." Dia tak nak lah Hannah tiba tiba tidur dekat bilik lain semata mata tak nak tengok muka dia. Terhenti pergerakan Hannah. Dia memandang Mikael semula.

"Aku nak solat. Aku lupa yang aku belum solat isyak." Mikael sentap. Iya. Hannah sudah mula mencari jalan yang lebih baik. Dulu dia selalu tinggal solat, sekarang dia cuba perbaikinya. Dan dia harap, Allah ampunkan dosa dosanya yang terdahulu.

"Aku... Aku nak solat sekali boleh?" Mikael malu. Sepatutnya dia sebagai suami perlu membimbing Hannah ke arah yang lebih baik. Tapi ini macam terbalik je. Hannah diam sebelum mengangguk.





"Aaminn." Mengalir setitik air mata Mikael. Kini, dia rasa lebih tenang setelah sembahyang.

Ampunkan aku, Ya Allah.

Hannah yang melihat hanya diam. Membiarkan Mikael dengan perasaannya. Dia juga begitu pada waktu pertama kali dia kembali kepada Allah. Menangis. Dia menangis semahu mahunya di sujud yang terakhir. Hanya Allah saja yang tahu perasaannya ketika itu.

Mikael memusingkan badannya ke belakang menghadap Hannah. Nampaklah mata Mikael yang memerah. Hannah diam memandang.

"Aku minta maaf." Hannah memandang kosong. Dia tidaklah sebaik yang disangka. Untuk memaafkan Mikael untuk kali yang entah keberapa, mungkin tidak. Hati dia sudah terlalu kecewa.

"Aku tak nak hidup bermadu." Jeda seketika. Mikael boleh agak apa yang akan dikatakan oleh Hannah

"Jadi, ceraikan aku." Mikael memejam matanya. Dia menghembus nafas.

"Aku dah kata aku tak kan ceraikan kau. Walau apa pun yang terjadi, aku tak kan lepaskan kau." Hannah tersenyum sinis.

"Aku tak nak dengar ayat itu. Geli. Kau tahu tak geli. Menyampah pun ada." Mikael meraup mukanya.

"Pergilah tidur. Dah malam ini." Arah Mikael.

"Kau siapa nak arahkan aku?" Kasar Hannah membalas.

"Walau apa pun, aku tetap suami kau Hannah." Suara Mikael sedikit meninggi. Hannah diam. Dia membuka telekung dan disidai ditempatnya.

"Aku tak nak bermadu. Tiada perempuan yang sanggup berpoligami." Sempat Hannah menuturkan kata kata itu sebelum dia baring di atas katil. Mikael hanya diam tidak membalas.

Terima kasih sudi baca •}•
Awak nampak tak ada bintang dekat bawah itu. Cer tekan. Kalau dah tekan. Terima kasih.
Okay bye bye.

CINTA SEBENAR MIKAEL [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang