C1

32.2K 716 10
                                    

PAGI yang tenang, membuatkan Aish terlajak lena di dalam asrama. Namun bunyi penggera yang bising, membawanya kembali ke alam nyata. Dia membetulkan posisi badan, lalu menggosok matanya sebelum mematikan penggera tersebut. Matanya membulat, sebaik sahaja melihat jam pada telefon.

"Dah 8:30.. macam mana aku boleh lupa aku ada kelas 9 pagi!" marah Aish kepada diri sendiri.

Lantas, dia bangun dari katil dan mengambil tuala dengan gaya tergesa-gesa untuk membersihkan diri. Selesai membersihkan diri, dia hanya mengenakan pakaian yang biasa, seperti t-shirt putih, kemeja petak kuning, seluar putih dan tudung bawal kuning. dia kemudian, memandang semula jam yang dipakai pada tangan kirinya.

"10 minit lagi! Nasib lah asrama tak jauh." Lantas, memecut lariannya ke kelas.

"Ni kalau aku ikut lumba lari, confirm aku juara." Tepat pukul 9 pagi, dia tiba di depan kelas dalam keadaan tercungap-cungap. pintu kelas kemudian ditolak sebelum dia melangkah masuk. Sebaik masuk, dia berasa pelik dengan keadaan kelas itu yang dulu selalunya bising, kini bertukar suram dan sunyi.

"Apahal dorang senyap ni?" Aish mengambil tempat di sebelah sahabat baiknya, Zahra. Lalu mengangkat kening kepada Zahra sebagai tanda tanya.

"Harini hari last Prof. Nizam mengajar kat sini." Terkejut dia mendengar perkara yang diberitahu Zahra. Namun begitu, perasaan sedih tiba-tiba bertandang di hatinya. Entah mengapa tetapi mungkin kerana Prof. Nizam merupakan pensyarah paling sporting dan paling santai di universiti itu.

"Kenapa tiba-tiba?" tanya Aish. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba dapat khabar seperti itu.

"Aku dengar-dengar, anak dia nak sambung belajar luar negara, jadi, satu keluarga ikut pindah sekali. Nak ambil angin baru katanya," jawab Zahra.

Belum sempat Aish membalas, pintu kelas tiba-tiba terkuak dan dihiasi dengan wajah Prof. Nizam. Masuk sahaja pensyarah itu, keadaan kelas menjadi riuh-rendah dengan suara pelajar yang tidak berpuas hati dengan keputusan pensyarah itu.

"Habis tu, siapa nak ajar kami subjek ni kalau Prof. pindah?" Seorang pelajar lelaki bersuara dan disokong oleh semua pelajar termasuk Aish.

"Saya dah berbincang dengan pihak atasan mengenai perkara ini. Dan saya dikhabarkan bahawa mereka sudah menjumpai pensyarah baru bagi mengganti saya dan akan mula mengajar kamu semua minggu hadapan, memandangkan ini minggu terakhir saya," terang Prof. Nizam.


SELEPAS tamat waktu belajar, Aish dan Zahra keluar makan di gerai hujung. Telefon Aish yang tersimpan elok di atas meja tiba-tiba berdering. Dia melihat nama yang tertera dan terus membuat muka menyampah. Siapa lagi kalau bukan abang tersayang yang annoying.

"Assalamualaikum," sapa si pemanggil.

"Waalaikumussalam, kenapa call?" soal Aish.

"Actually, abang nak minta tolong Aish temankan abang pergi mall. Bolehkan?" ujar Rashdan.

"Ouw... boleh je. Nak jumpa kat mana ni?"

"Jumpa kat McD mall tu. Aish free kan?"

"Haah free. Ok lah kalau macam tu bye. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam," balas Rashdan.

Satu notifikasi masuk menunjukkan ada pesanan yang dihantar ke telefon Aish. Of course lah dari Rashdan.

"Ra, aku kena pergi mall ni beli barang abang aku. Kau tak apa kan balik asrama sendiri?" kata Aish selepas habis menjamu selera.

"Ouh, baru je nak ajak kau keluar...tak apa lah, aku okay je," balas Zahra.

Zharil DarrizWhere stories live. Discover now