C11

14.3K 546 14
                                    

          AISH meletakkan tangannya pada dada bidang Zharil untuk menahannya. Boleh meletup jantungnya kerana degupan jantung yang laju. Tak pasal-pasal dia mati di tangan Zharil malam ini. Gila kah Zharil? Mengapa Zharil berkelakuan pelik sejak akhir-akhir ini?

"Dr nak apa?" Dia memandang Zharil dengan dahi berkerut.

Dapat Zharil menangkap getaran dalam suara Aish. Dia mendekatkan lagi wajahnya pada wajah Aish. Matanya memandang dengan senyuman sinisnya. Tangan naik mengelus lembut pipi Aish.

Aish menolak Zharil menjauhinya namun tangannya ditangkap Zharil dan digenggam kemas. Aish memandang Zharil dengan wajah yang takut.

Aish menutup matanya dengan perasaan yang takut. Mutiara yang cantik jatuh dari tubir matanya.  Kedengaran esakan halus yang keluar dari mulut Aish. Dia benar-benar takut dengan kelakuan Zharil ketika ini.

"Tolong berhenti. Saya tak nak.." Dengan mata yang bertutup rapat, dia berkata kepada Zharil.

Zharil yang tadinya mahu mengusik Aish terus berhenti apabila melihat wajah Aish yang kini sudah dihiasi dengan air mata jernih. Dia sudah tersalah usik!

Dia kemudian bangun dan menarik Aish ke dalam dakapannya kemas. Tangan kanan diletakkan pada belakang badan Aish dan tangan kirinya pula mengusap lembut belakang kepala Aish untuk menenangkannya. Pelukannya tidak dibalas Aish.

"Shush.. Okay, I stop. Don't cry little girl." Suara lembut Zharil menyapa telinga Aish. Serba sedikit, suara itu dapat menenangkan hatinya.

Zharil melepaskan pelukan lalu memegang kedua pipi Aish dan mengangkat kepala Aish memandangnya. Mata memandang tepat ke anak mata Aish.

"What's wrong?" soalnya dengan wajah yang penuh kerisauan.

Soalannya dibiarkan tidak berbalas. Aish melepaskan pegangan Zharil dan hanya menundukkan kepala memandang lantai. Dia menggelengkan kepalanya perlahan kemudian membuka langkah melepasi Zharil ke arah pintu.

"Oh god! What have you done Zharil?! She's crying because of you!" Tangan naik mengusap wajahnya kasar. Dia buntu. Fikirannya kosong.

"SEMUA dah kemas barang masing-masing?"

"Dah!"

"Okay, good. Sebelum kita bergerak pulang, jom ambil gambar ramai-ramai," cadang Sir Firdaus.

Pagi itu, mereka semua akan balik ke universiti semula. Sebelum bergerak pulang, mereka akan mengambil gambar bersama-sama sebagai kenangan. Kerusi disediakan ditengah untuk semua pensyarah, manakala pelajar lelaki akan berdiri di belakang dan pelajar perempuan akan duduk di hadapan.

Kepala Aish tidak berhenti menoleh ke kiri dan kanan seperti mencari seseorang. Sejak awal mereka berkumpul, dia tidak melihat Zharil walaupun bayangnya. Dia masih berasa bersalah soal semalam tapi dia juga masih ragu-ragu sama ada ingin menceritakan kisah silamnya atau tidak. Dia takut sekiranya dia beritahu, Zharil akan membencinya.

"Sir. Mana Dr. Zharil?" Seorang pelajar lelaki bersuara.

"Dr. Zharil dah balik subuh tadi ada urgent," terang Sir Firdaus.

       Zharil memberhentikan keretanya di hadapan pintu utama. Enjin kereta dimatikan dan dia berlalu keluar. Kunci kereta diserahkan kepada pembantu peribadinya iaitu Danish untuk meletakkan kereta pada tempat letak kereta VIP.

"Where are they?" soal Zharil.

"They are waiting in your room," balas Danish.

Zharil mengangguk sebelum bergerak ke lif dan disapa oleh pekerjanya. Tangan kiri dimasukkan ke dalam poket seluar sebaik sahaja dia memasuki lif. Punat 25 ditekan. Telefon diambil. Papan kekunci ditekan sebelum pesanan dihantar ke nombor Aish.

Zharil DarrizWhere stories live. Discover now