C7

14.4K 510 15
                                    

          AISH mengecilkan matanya sebaik sahaja cahaya lampu yang silau di dalam bilik kesihatan itu menikam matanya. Dia memegang kepalanya yang masih sakit sambil memerhatikan sekeliling.

"Aish! Kau okay tak?" Zahra yang baru keluar dari tandas memegang dahinya.

"Hm, aku okay cuma kepala aku sakit sikit." Dia meyakinkan Zahra.

Mata Aish memandang wajah Zahra yang kerisauan. Apa lah yang nak dirisaukan, orang pengsan je. Biasa lah, gastrik kan... 

"Siapa bawa aku datang sini?" soalnya dengan wajah ingin tahu. Walaupun sebenarnya dia sendiri sudah boleh agak siapa yang membawanya ke sini. Cuma telinga ingin sekali mendengar nama seseorang. 

"Afiq lah. Punyalah risau aku tadi masa dengar si Afiq tu jerit nama kau." Jelasnya.

"Dr. Zharil?" Dia memandang sekeliling bilik itu mencari-cari kelibat Zharil. 

Zahra diam memandang Aish.

"Aku dah cakap dengan kau Ra, dia memang tak suka aku. Dia benci aku Ra. Dia tu dah ada girlfriend lah Ra. Kau rasa dia ambil berat pasal aku ke?" Tidak marah tapi lebih kepada terasa sahaja. Maklum lah, mereka tidak cinta satu sama lain. 

Aish melarikan pandangan melihat kakinya. Dia mengenangkan nasibnya dengan wolf masa akan datang.

"Kau jangan cakap macam tu Aish, kau cuba lah pikat hati dia dulu. Kau pun tak tahu sama ada dia benci kau ke tak. Selagi dia tak cakap depan kau yang dia benci kau, selagi tu kau masih ada peluang untuk pikat hati dia," pujuk Zahra cuba mahu meyakinkan Aish.

'Nak pikat hati dia? Hati aku ni pun masih tak nak terpikat kat dia lagi tau,' desis hatinya.


          SETIAP hari selepas habis tugasnya sebagai pensyarah, dia akan ke syarikat yang diamanahkan papa untuk membuat kerja keduanya sehingga larut malam.

Wajahnya serius membaca setiap muka surat file yang diberi. Tangan dipanjangkan mengambil cawan yang berisi kopi dan didekatkan pada bibir.

Ting!

Dia mengambil telefon yang tidak dia sentuh sepanjang hari untuk melihat pesanan yang diterima. Terpampang nama si penghantar. Tanpa berlengah, dia terus memberhentikan kerjanya dan membaca pesanan tersebut.

Zharil hanya membiarkan pesanan terakhir Aish tidak dibalas. Bila dia teringatkan peristiwa pagi tadi, dia sangat rasa bersalah. Sejujurnya, dia langsung tidak berniat menyakiti hati Aish namun ego lebih menguasai dirinya. Itu lah, terlalu ikutkan sangat ego setinggi gunung everest tu kan dah mendapat. Tapi dia juga tidak mahu memberi harapan pada wanita itu. 

Dia melonggarkan tali leher dengan tangan kirinya dan mengusutkan rambut yang disikat rapi. Tidak tahu mengapa tapi mungkin ini lah cara yang terbaik untuk dia lakukan. Dia tidak mahu memberi harapan kepada wanita itu. Dan dia juga tidak mahu menaruh harapan pada isterinya yang merupakan kekasih kepada lelaki lain.

~~~~~~~~~~~~~~

Hostel Aish

"Ish dia ni! Kau jangan ingat aku chat kau aku dah maafkan kau eh! Ni nasib je aku ni masih ingat yang kau tu suami aku kalau tak memang tak ingin lah aku nak chat kau sekarang." Aish memandang pesanan terakhirnya. Terasa bengang selepas pesanannya dibiar tidak berbalas.

Malam ini dia bercadang untuk tidur di asrama disebabkan dia tidak mahu berjumpa dengan Zharil. Hatinya masih sakit bila mengingati perkara pagi tadi.

Aish merehatkan tubuhnya. Sebaik sahaja dia membaringkan badannya telefonnya berdering. Dia mengambil telefonnya di atas meja dengan gaya malas dan mengangkat panggilan itu.

Zharil DarrizWhere stories live. Discover now