C17

13.8K 500 23
                                    

"KERJA kau dah selesai. Kau dah boleh pergi sekarang," halau Aiman sebaik sahaja dia meletakkan Aish di atas katil.

Marissa yang mendengar Aiman menghalaunya, terus melangkah meninggalkan bilik itu dengan mata dijulingkan ke atas. "Dasar sombong punya jantan. Tak gentle langsung. Kata boyfriend, tapi gunakan girlfriend sendiri."

Tap! Tap! Tap!

Kedengaran bunyi tapak kaki melangkah dengan laju. Marissa memandang hadapan dan terus menundukkan kepalanya semula apabila melihat orang yang sedang berlari itu ialah Zharil.

Dia cuba untuk berlagak biasa tidak mahu terkantoi oleh Zharil. Dengan sekelip mata, Zharil melimpasinya tanpa ragu. Dengan itu, Marissa terus mempercepatkan langkahnya bersembunyi di sebalik tiang.

"Buat apa Zharil datang sini? Zharil ada hubungan dengan budak tu ke?" Dia bingung apabila melihat keberadaan Zharil. Dia perlu ambil tahu pasal perkara ini.

Niat untuk pulang ke rumah terus terbatal. Dia mengambil keputusan untuk bersembunyi di sebalik tiang itu untuk mengetahui tujuan sebenar Zharil datang ke sini.

Dalam masa yang sama, Aiman mendekati Aish yang masih tidak sedarkan diri. Dia merenung wajah putih Aish. Tiba-tiba, kenangan mereka bersama dulu terlintas.

Kenapa susah sangat kau nak terima aku balik, Aish?

"Finally, aku dapat juga kau setelah bertahun-tahun aku tunggu." Bibir mengukir senyuman sinis sambil tangan membuka tudung shawl yang dipakai Aish. Pipi gebu Aish dielus perlahan.

"Aku suka tengok muka kau waktu kau tidur. Cantik," pujinya.

Tangan menyentuh rambut hitam Aish. "Your hair looks pretty as before," sambungnya lagi.

Tangan kanan naik membuka butang bajunya satu-persatu. Secara tiba-tiba, dia merasakan badannya melayang seolah ditarik dengan sangat kuat dari belakang. Dengan sekelip mata, dia sudah terduduk di atas carpet coklat itu.

"Hell!" teriak Zharil. Dia mendekati Aiman yang terduduk itu lalu menendang perut Aiman. Tangan digenggam kuat sebelum dia menghadiahkan beberapa tumbukan pada wajah dan badan Aiman.

"Apa kau buat dekat dia huh?!!" Dengan perasaan yang sangat marah, dia langsung tidak takut dengan sesiapa. Sakit hatinya apabila melihat lelaki lain melakukan perkara keji itu terhadap isterinya. Sungguh dia tidak sangka yang lelaki ini benar-benar gila.

"Zharil stop! Stop Zharil, mati budak ni kau belasah." Rashdan menarik Zharil dari terus menindih Aiman yang sudah terkulai seperti tidak bernyawa. Dia cuba untuk menyedarkan Zharil dari perasaan marahnya.

Zharil yang tersedar dari dikawal emosi, terus bangun dari duduknya lalu mendekati Aish. Hancur hatinya melihat keadaan isterinya sekarang dengan tudung yang sudah hilang entah kemana. Tidak mahu berada lama di dalam bilik itu, Zharil membuka coat kerjanya lalu menutup rambut Aish.

"HAHAHAHA!!" Aiman yang terbaring lemah sudah tergelak seperti orang gila melihat Zharil.

Zharil yang mendengar sudah melangkah mahu mendekati Aiman dengan tangan yang digenggam kuat dan penuh rasa marah namun dihalang Rashdan. Rashdan memegang kedua-dua bahunya menyuruhnya bertenang.

"Daripada kau habiskan masa kau nak belasah budak ni, lebih baik kau urus Aish. Dia lebih perlukan kau," nasihat Rashdan. Dia tahu, Zharil masih sakit hati dengan perlakuan Aiman tapi, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk dia belasah Aiman.

Marissa yang berada di sebalik tiang itu terkejut tika melihat Zharil keluar dengan mendukung Aish dan diikuti oleh seorang lelaki yang tidak dia kenal. Dia kemudiannya kembali bersembunyi sebaik sahaja langkah Zharil mendekatinya.

Zharil DarrizWhere stories live. Discover now