C21

13.7K 559 30
                                    

SEBAIK sampai ke rumah, Aish terus menghilangkan diri ke dalam bilik mandi. Air yang menghempap kepala dan tubuhnya dibiarkan saja. Selesai membersihkan diri, dia duduk di hadapan meja solek sambil mengeringkan rambutnya yang masih basah.

"Wow."

Aish yang tadinya fokus mengeringkan rambut terus memandang pintu bilik. Dia langsung tidak perasaan akan kehadiran Zharil. Dia pandang Zharil yang bersandar pada pintu sambil tangan memeluk tubuh dengan pandangan yang...entah lah.

Zharil perlahan-lahan mengatur langkahnya mendekati Aish lantas berhenti betul-betul dekat dengan Aish. Badan, dia bongkokkan sehingga wajahnya sama paras dengan wajah Aish. Mata sesekali memandang bawah.

"You really challenge me, Aish," ujarnya perlahan dengan suaranya yang serak basah.

"Cha- challenge? Mana ada Aish cabar abang. Abang salah dengar ni." Sambil gelak janggal. Tak sangka pula dia yang Zharil akan tercabar secepat ni. Pandangan terus dialihkan dari memandang wajah Zharil.

"Ouh ya? I thought you want me tonight"

SUASANA di dalam club malam itu riuh rendah seperti kebiasaannya. Tidak kira yang muda atau tua, semuanya sama sahaja. Cakap saja nak jumpa orang yang macam mana. Kaki minum, kaki perempuan, kaki lelaki, orang kaya or anything. Yang pakej pun ada.

Masuk sahaja Aiman ke dalam club itu, orang pertama yang dia nampak ialah Marissa. Jelas dimatanya Marissa yang sedang mabuk bercakap seorang diri dengan kepala diletak di atas meja. Dia mengambil langkah ke arah Marissa. Pakaian yang menjolok mata itu telah menggugat keimanannya.

"Marrissa," sapa Aiman.

"Zharil... You ke tu? Kenapa you lambat bie? Bie.. I miss you." Dalam tidak sedar dia berkata. Pandangnnya sangat kabur ketika itu. Wajah yang dia nampak hanyalah Zharil namun suara yang menyapa tadi membuatkannya kurang yakin.

"Okay. Come." Aiman memapah Marissa naik ke bilik.

"Bie...tolong buka kan kasut I," katanya dengan suara manja. Marissa memaut leher Aiman. Pantas, senyum kemenangan terlakar papa bibir Aiman.

Baginya, perempuan hanyalah permainan yang boleh dipakai buang. Dia langsung tidak percaya akan manusia yang bergelar wanita. Dia menganggap semua perempuan sama seperti ibunya yang dia rasa tidak layak menjadi ibunya. Dia malu. Malu mempunyai ibu yang mahu menjadi perempuan simpanan sesiapa, yang hanya dekat dengan lelaki kaya semata-mata mahukan kekayaan dan meninggalkan keluarga sendiri.

Wanita itu langsung tidak mahu dia jumpa dan berhubung lagi. Sudah hampir 22 tahun sejak dia berumur 6 tahun wanita itu sudah meninggalkannya. Khabar wanita itu pun dia tidak mahu ambil tahu. Mungkin orang akan kata, "she's still your mother." Memang wanita itu ibunya tapi orang lain takkan faham selagi mereka tak rasa pedihnya macam mana.

MATA dibuka perlahan-lahan. Dia pandang sebelah kirinya namun tiada sesiapa. Lalu pintu bilik pakaian yang dibuka dari dalam mengejutkannya. Dia menoleh ke arah bilik itu dan terlihat Zharil yang sudah siap memakai baju kerjanya.

Dia hanya mampu tersenyum kepada Zharil. Sakit kepalanya semalam masih belum hilang. Zharil mendekatinya yang masih duduk di atas katil. Dagunya kemudian disentuh Zharil perlahan.

"Kenapa tak pergi kerja lagi? nanti lambat pula." Aish menyentuh tangan sasa Zharil.

"Kan abang cakap abang nak hantar ni. Tapi sayang okay tak ni? Pening lagi tak kepala tu?"

Hantar dia? Zharil mahu hantarnya ke mana?

"Ya Allah! Abang! Aish kena lapor diri hari ni!" Terus terbuka besar matanya apabila teringatkan yang dia sepatutnya masuk pejabat untuk lapor diri. Ni semua salah Zharil.... Mesti Zahra sudah menunggu lama di situ.

Zharil DarrizWhere stories live. Discover now