C4

14.5K 488 9
                                    


          "BAIKLAH kalau macam tu, kita tetap jadi kawan. Awak fahamkan maksud saya? Sebenarnya saya dah bertunang Afiq. Sebab ni lah saya selalu tolak pelawaan awak, sebab saya tak nak bagi awak harapan. Maaf Afiq," jelas Aish.

Afiq yang faham maksud Aish, mengangguk faham. "Tak apa saya faham. Kita jadi kawan pun saya dah bersyukur. By the way, thank you sebab sudi keluar dengan saya," tutur Afiq dengan senyuman yang ikhlas.

'Haih, baiknya lah kau ni Afiq. Aku memang tak layak untuk kau. Aku doakan kau jumpa jodoh yang lebih baik,' gumamnya sendiri.

Selesai sahaja makan tengahari, mereka terus mengambil keputusan untuk pulang ke asrama masing-masing memandangkan tidak ada apa lagi yang perlu mereka lakukan. "Afiq thank you untuk makan tadi. Sedap sangat!" ucap Aish setibanya mereka di asrama dengan senyum riang. Perut sudah kenyang, hati pun jadi riang orang kata.

"No problem lah. Anggap je itu perayaan kita jadi kawan," balas Afiq. 

Aish mengangguk laju. "Bye Fiq!"

"Bye!"

Baru sahaja Aish mahu melangkah masuk ke kawasan asrama, tiba-tiba telefonnya berdering. dia melihat nombor yang tak dikenali itu. Takut sekiranya ada perkata penting, dia terus mengangkat panggilan tersebut. "Hello?"

"Hi sayang, remember me?" Aish terus mematikan panggilan itu. Namun nombor itu berterusan menelefon Aish tapi tidak diendah. Buat ke-8 kali, telefonnya berdering lagi. 'Psiko gila laki ni.'

Dia terus mengangkat panggilan itu. "Apa lagi kau nak?! Tak puas ke selama ni kau siksa aku?! Apa lagi yang kau nak siksa aku?! Kau nak aku mati dulu ke baru kau berhenti?!" Air matanya jatuh. Hatinya sakit bagai disiat-siat.

"Hello Aish. Kau kenapa ni? Ni aku lah Dr. Zharil," ujar si pemanggil. 

Aish yang perasan akan kenyataan itu terus lupa akan lelaki tadi. "Macam mana Dr boleh dapat number saya?"

"Aku kan lecturer. Kau okay tak ni?" soal lelaki itu lagi.

"Saya okay. Kenapa Dr telefon saya?" Aish mengesat air matanya laju. 

"Tak payah nak tipu aku lah. Kau nangis kan?" duga Zharil. 

Pula? Macam mana Dr. Zharil boleh tahu? Seingatnya tadi, tiada esakan yang keluar dari mulutnya. Sebaliknya hanya jerkahan marah sahaja. "Mana ada, Dr ni tak baik buat andaian sendiri." Takkan lah dia nak mengaku pula dengan orang tua ni. Tak pasal-pasal nanti lelaki ini menyindirnya lagi. 

"Kau tengok kiri sekarang," arah Zharil. 

Aish menoleh ke kiri. Terlihat Dr. Zharil yang berdiri tidak jauh dari tempatnya berdiri sambil tangan kanan masuk ke dalam poket seluar dan tangan kiri memegang telefon di telinga.

"Kau nak tipu apa lagi?" Aish memandang Zharil yang sedang menatapnya kosong. 

"Kau kenapa?"

"Dr. tak berhak nak tahu," balasnya dingin. Baru sahaja Aish ingin mematikan panggilan, Zharil lebih dulu berkata.

"Whatever. I don't wanna know pun. Aku call kau sebab nak bagitau yang kereta kau, dorang dah hantar kat depan dewan and your key with me. Kalau kau nak ambil kunci kereta kau, jumpa aku esok." Terus Zharil mematikan telefonnya.

Aish memandang telefonnya yang masih tertera nombor telefon Zharil lalu menjeling nombor telefon itu sambil melangkah memasuki asrama. Dia menggenggam tombol pintu lantas menutup pintu bilik. Tangan masih setia menggenggam tombol. Dia membalikkan badannya dan bersandar pada muka pintu.

Zharil DarrizWhere stories live. Discover now