C19

13.2K 522 15
                                    

          MASUK sahaja mereka ke dalam bilik suite itu, Zharil terus menyalakan semua lampu dalam ruang yang besar itu. Dia meletakkan telefon pada tea table di ruang tamu sebelum kemudian menanggalkan suitnya.

"Wah! Cantiknya bilik ni..." kata Aish penuh teruja melihat bilik yang penuh dengan belon dan bunga rose merah pada lantai serta katil. Wangian dari bunga rose itu telah melekat pada hidungnya.

"Tengok lah siapa mastermind dia." Dengan muka selamba Zharil berkata.

"Dr yang suruh? Tak percayalah saya."

"Terserah awak lah nak percaya atau tak. Bukan susah pun suruh orang. Saya arah je... dorang yang buat."

Aish menghadiahkan jelingan kepada Zharil sebelum dia melepaskan heels lalu handbag diletak pada meja sebelah katil. Badan menghempas katil king size. Merehatkan badannya yang lenguh. Belum sempat dia melelapkan mata, badannya sudah diangkat Zharil.

"Apa ni Dr?! Nak pergi mana?"

"Shush.. don't call me Dr."

"Habis tu, saya nak panggil apa? Abang?" guraunya.

"More than enough. It sounds nice." Dengan kenyitan mata dan senyuman sinis sekali Zharil hadiahkan pada Aish yang sudah mengerutkan kening dan gigi diketap.

"Tak nak! Lepaslah Dr," rayunya dengan kedua tangan disatukan.

"What if i say no?" Aish sudah malas mahu melawan dengan kata-kata. Dengan itu, dia ambil keputusan untuk melawan dengan perbuatan. Lengan sasa Zharil yang disaluti dengan baju kemeja putih itu menjadi sasaran Aish. Dia menggigit lengan Zharil dengan pantas.

"Arrghh! Sakit lah sayang." Aish melepaskan lengan Zharil.

Zharil memandang lengan kanannya yang sudah mempunyai bekas gigi Aish. 'Haih...nasib sayang.' Kata hatinya.

"Padan muka! Tu lah tak nak lepas lagi." Aish menjelir lidahnya pada Zharil yang sudah buat muka pasrah.

"I don't care if you want to slap me either." Sekali lagi dia memberi senyum sinis tatkala melihat wajah merah Aish. Tau pun blushing. Dia meletakkan Aish ke dalam bathtub dan menyiram Aish dengan air.

"Dr! Basah lah baju saya! Mahal tau baju ni.. Macam mana saya nak tidur kalau baju ni basah?" Semakin perlahan suaranya. Sepanjang hidupnya ini lah baju paling mahal yang dia pernah ada. Tak mungkin dia akan rosakkan baju ini. Sayang kot!

"Saya dah belikan baju untuk awak."

"Dr tahu size saya ke?" soal Aish sinis.

"You are my wife...so why not?"

Aish merenung Zharil dalam seakan tidak percaya. "Saya minta Zahra yang belikan untuk awak."

Mendengarkan nama Zahra terus membuat Aish mahu membalas namun belum sempat dia membuka mulut, Zharil cepat memotong. "Erh, don't get me wrong. Saya tak paksa dia. Dia yang rela hati nak bantu saya."

Selesai dia membersihkan diri, dia mengambil beg plastic dari pada Zharil. Lidah kelu tatkala mengangkat baju yang diberi Zharil. Nightgown yang berwarna maroon itu, dia pandang lama. Seksi sangat ni. Kenapa Zahra perlu beli baju macam ni waktu dia dan Zharil tidur di hotel. Aish menggeleng kepalanya berkali-kali.

"Kenapa tak tukar baju lagi?" soal Zharil yang sudah memakai set baju bewarna kelabu. Dia langsung tidak tahu baju apa yang Zahra belikan. Pandangannya kini terarah pada Aish yang sedang menggeleng kepala.

Baju yang berada dalam genggaman disembunyikan dibelakang apabila mata Zharil tertumpu pada nightgown itu. Zharil tidak boleh nampak baju ini. Malu! Dia sangat malu dengan Zharil sekarang. Zahra ni tak ada baju lain ke nak beli?

Zharil DarrizWhere stories live. Discover now