C3

15.7K 484 9
                                    

          "BAIKLAH kalau itu keputusan Aish. Umi takkan paksa Aish," potong puan Ain tanpa mendengar kata putus Aish sehingga habis.

"Apa umi ni. Aish tak habis cakap lagi lah. Aish dah tekad yang Aish tak nak paksa diri Aish jadi, Aish akan terima perkahwinan ni dengan hati terbuka," sambung Aish.

Puan Ain yang mendengar sedikit terkejut dengan keputusan anak perempuannya. "Aish dah fikir baik-baik?" Ingin kepastian.

"Ya, umi. Aish dah fikir. Lagipun pilihan umi dan ayah adalah pilihan yang terbaik untuk Aish." Aish merehatkan badannya di atas katil.

"Alhamdulillah. Nanti umi bagitau ayah keputusan Aish supaya kawan ayah tahu." Puan Ain terlalu teruja akan mendapat menantu. Dia terus mematikan panggilan tersebut. Aish yang belum habis bercakap, mendengar bunyi 'tut'.

"Ya Allah umi ni. Boleh pulak matikan macam tu je. Ya Allah, kau permudahkan lah urusan ku ini aaminn." Dia terus mematikan lampu bilik dan menghidupkan lampu tidur sebelum terlena.


          AISH yang sedang bergelak ketawa dengan Zahra dan budak kelasnya terhenti apabila namanya dipanggil. 

"Aish Qayla!" Panggil seorang pelajar perempuan dari depan pintu kelas.

Dengan begitu, tangan, diangkat Aish tinggi. "Saya."

"Dr. Zharil nak jumpa awak kat bilik pejabat dia," jelas pelajar itu. Kemudian berlalu meninggalkan kelas itu.

Apabila dia tiba di hadapan bilik pejabat Dr. Zharil, dia hanya memandang lama nama yang tergantung di pintu itu 'Dr. Zharil Darriz'. Bersama nafas ditarik dalam, dia mengetuk pintu itu.

 Tok! Tok! Tok! 

 "Come in," jawab orang di dalam. 

Aish membuka pintu perlahan-lahan dan melihat muka Zharil yang sedikit tertekan. Agaknya?

 "Dr. panggil saya?" Aish hanya berdiri dihadapan Zharil. Risau lah andai lelaki itu cuba membuat sesuatu. Bukan boleh percaya, lelaki sekarang ni. 

 Zharil memandang Aish dengan pandangan yang beku. "Jadi, kau lah Aish Qayla?" Zharil duduk bersandar pada kerusi empuk sambil tangan memeluk tubuh. 

 "Ya, saya." Kenapa dia rasa ada sesuatu yang buruk akan berlaku? Atau pun, sudah berlaku...dia membalas pandangan yang diberikan Dr. Zharil lalu mengerutkan kening. 

 "Let me be professional. Ni fail kamu ke?" Zharil mengangkat fail yang kini berada dalam tangannya.  

"Ya Dr." Sekali lagi, Aish membalas ringkas. Tidak mahu lah berbual panjang dengan lelaki itu. Bertambah sakit pula hatinya nanti. 

 "Cuba kamu tengok apa yang ada dalam fail ni." Lantas, Zharil meletakkan fail tadi di atas meja sebelum menolaknya dekat dengan anak murud yang dikenali sebagai Aish itu. 

 Aish kemudian mengambil fail yang diberi Dr. Zharil dengan wajah kehairanan, dia membelek setiap muka surat yang ada dalam fail tersebut. Mulutnya terbuka saat dia terjumpa sesuatu yang tak sepatutnya ada di dalam fail itu. Macam mana pula dia boleh terlupa dengan perkara itu! 

 "I think now you know why you're here," duga Zharil setelah melihat wajah terkejut Aish. 

"Tell me, is that me? Why did you do that?" Zharil memandang Aish dengan pandangan yang tajam. Belum pernah dia jumpa wanita seperti gadis ini. Yang berani mengutuknya depan-depan. 

Aish yang baru teringat waktu kelas pertama Dr. Zharil masuk, dia telah melukis wajah lelaki itu dengan kata-kata 'orang tua', 'mulut puaka', 'bajet hensem' dan 'lelaki perasaan' sebelum Zharil menyoalnya waktu habis kelas. "Maaf Dr. Tapi ni bukan saya yang buat." Dia cuba memutar kenyataan yang mungkin sudah terang lagi bersuluh. Siapa lagi yang akan menulis perkataan itu selain dia? Semestinya tidak akan ada orang yang mampu menulis perkataan seperti itu. 

Zharil DarrizWhere stories live. Discover now