C15

14.1K 470 13
                                    


          ZHARIL yang berdiri di depan pintu itu mendengar suara merdu Aish. Hatinya seakan berbunga tika terdengar suara itu. Namun, setelah mendengarkan suara lelaki yang berduet dengan Aish terus membuatkan dia berasa hairan. Pelik. Bukan kah Aish memberitahunya dia hanya keluar dengan Zahra?

Lantas, tombol pintu itu diputar dan pintu ditolak. Tangannya laju diangkat dan ditepuk apabila dia melihat figura lelaki yang berdiri di sebelah Aish. 'Good job, Aish Qayla,' gumam hatinya.

Aish yang melihat kehadiran Zharil sudah kejung perut. Perasaan takut dan terkejut sudah bergabung dalam dirinya. Manakala Afiq pula hanya terkejut dengan kehadiran Zharil. Namun dia pelik, kenapa Dr. Zharil menyerbu biliknya dan wajah Zahra seperti kanak-kanak yang takut dimarah dengan kepalanya ditundukkan.

"Afternoon Dr. Tak sangka pula kita boleh jumpa kat sini. Jom lah Dr. join kitorang sekali," pelawa Afiq dengan ikhlas. Dia langsung tidak mempunyai masalah dengan lelaki itu jadi, tidak masalah kan untuk dia pelawa Dr. Zharil?

Senyuman palsu diberikan kepada Afiq namun mata masih memandang tepat ke arah Aish yang sudah menunduk dengan tangan jatuh ke bawah dan digenggam. "Its okay. I'm here with my friends."

"Aish?" panggil Zharil lembut.

Afiq memandang Aish.

"Hmm?" jawab Aish teragak-agak.

"Sayang kata, sayang keluar makan dengan Zahra. So now?" Sengaja dia menggunakan panggilan 'sayang' itu.

Afiq yang mendengar cara Zharil bercakap dan memanggil Aish dengan panggilan 'sayang' itu menjadi semakin pelik. Dahi dikerutkan. Apa yang dia tidak tahu? Apa sebenarnya hubungan Aish dengan Zharil? Sedikit pun dia tidak faham sekarang ini. Otaknya masih memproses.

"Well Afiq, if you don't mind. Can i bring my wife back?" Aish yang mendengar Zharil membocorkan rahsia mereka terus memandang lelaki itu laju. 'What are you doing?!' kata Aish sendri.

"Hah?! Wife? Aish?" Seakan tidak percaya dengan kenyataan yang dia baru tahu. Wajah keliru ditayang. Afiq memandang Aish untuk meminta kepastian. Dia sangat berharap yang dia salah, malangnya Aish mengiyakan.

"Sorry Fiq, sebab tak bagitahu kau."

"Time's up." Belum habis Aish bercakap, sudah Zharil menarik lengannya keluar dari bilik itu. Aish yang berbadan kecil itu hanya mengikut langkah Zharil yang besar ke dalam private room lain. Tidak lupa juga dengan Fariz yang dari tadi menemani Zharil.

Ikhwan dan Lukman yang sedang bersembang di dalam bilik itu memandang ke arah pintu yang dibuka kasar. Mereka perasan akan wajah bengang Zharil yang sedang menarik seorang gadis memasuki bilik mereka.

"Woah, relax Ril. Anak siapa pula kau culik ni?" soal Ikhwan yang tidak mahu berteka-teki dengan diri sendiri.

"His wife." Fariz tolong menjawab pertanyaan Ikhwan. Zharil diam dan hanya menayangkan wajah bengangnya. Terus jelas terlihat wajah terkejut Ikhwan dan Lukman. Mereka seakan tidak percaya yang budak sekolah itu ialah isteri Zharil.

"Ril, kau biar betul kahwin dengan budak sekolah?" Lukman pula bersuara. Gila ke apa Zharil ni nak kahwin budak sekolah.

"She's 24." Sekali lagi Fariz tolong jawabkan. Tergamam Ikhwan dan Lukman. Aish yang melihat riaksi dua lelaki itu, terhibur. Mahu saja dia ketawa namun ditahannya. Kecil sangat kah dia sehingga mereka sangka yang dia masih budak sekolah. Ini bukan dia yang terlalu kecil namun, mereka berempat ini yang terlebih tinggi.

"I take my leave first." beritahu Zharil sambil menarik Aish keluar.

          "ZAHRA, betul ke Dr Zharil suami Aish? Korang prank aku kan sebenarnya." Afiq yang masih terkejut dengan kenyataan itu masih lagi cuba tidak menerima kenyataan yang Aish sudah berkahwin dengan pensyarahnya sendiri.

Zharil DarrizWhere stories live. Discover now