C18

13.2K 494 22
                                    

          ZAHRA berjalan seorang diri ke pekan memandangkan hari ini dia akan pulang ke kampung. Mahu membeli barang dapur untuk dibawa balik. Kepala, tiba-tiba teringat seseorang. Tidak boleh dinafikan yang Fariz ialah seorang jejaka yang disukai para wanita namun, siapalah dia untuk dicintai Fariz.

Mahu cakap tak suka, tak boleh... Mahu cakap suka, mungkin sedikit. Malangnya dia bukan lah wanita yang cantik, seksi dan pandai bergaya malah bukan lah anak dato. Dia hanyalah wanita kampung yang selekeh.

Dalam sekelip mata, badannya dirempuh dengan kuat oleh seseorang daripada belakang. Troli yang dipenuhi dengan barang dapur sudah tertolak ke hadapan. 'Siapa lagi lah yang tak nampak aku sebesar gajah ni!' kata hatinya.

"I'm so sorry miss. Saya tak sengaja." Maaf lelaki itu penuh bersalah.

Zahra memusingkan badannya menghadap lelaki di belakangnya. "Crazy man?!"

"Crazy man?"  ulang lelaki itu dengan kening bertaut.

Cepat-cepat Zahra menekup mulutnya. Waktu-waktu ni juga lah mulutnya nak terlepas cakap.
Dia tundukkan kepalanya sedikit dan berpaling daripada Ziyyad. Belum sempat Zahra melangkah pergi, lengannya sudah selamat dalam genggaman Ziyyad.

"Awak ni perempuan yang saya hampir terlanggar tempoh hari ke?" soalnya berhati-hati takut jika tersilap orang. Namun Zahra hanya diam tidak menjawab. Ziyyad bergerak ke hadapan Zahra dan perhatikan wajah Zahra.

"Yes! Aku dah agak dah... she's you." Zahra diam seribu bahasa. Tidak tahu apa kata yang harus dia lontarkan.

"I'm so sorry about that day. Aku betul-betul tak ada niat nak marah. Aku terlalu ikutkan emosi waktu tu. Saya minta maaf. And i need to go." Setelah berkata seperti itu, Ziyyad terus berlalu pergi dengan tergesa-gesa.

Zahra yang masih terkejut dengan tindakan Ziyyad hanya mampu berdiri kaku. "Macam tu je belah? Tak apa lah..yang penting, kau dah minta maaf dan aku terima dengan ikhlas hati."

GAMBAR Zahra yang sedang tidur Fariz pandang. Bibir mengukir senyuman tatkala teringatkan peristiwa malam itu. Sukar untuk dia melupakan wajah manis Zahra yang marah tadi pagi. Sejujurnya, inilah kali pertama dia merasakan erti sebenar cinta walaupun cintanya belum berbalas.

"I'll make you fall harder on me. Don't run sweetheart, you will be with me anyway."

Selama ini, dia memang mempunyai kekasih keliling pinggang namun tidak ada sorang pun yang dapat menawan hati sombong Fariz sehingga mereka sanggup menggoda Fariz. Kini, tanpa wanita itu sendiri menggoda, dia sendiri sudah jatuh hati.

"Just wait and see Zahra." Dia tekad untuk menjadikan Zahra sebagai isterinya.

Lamunannya mati tatkala mendapat mesej daripada Zharil. Tawanya pecah sebaik sahaja membaca mesej itu. Seakan tidak percaya dengan Zharil namun, dia lebih sukakan Zharil yang sekarang. Jika mahu dibandingkan dengan 7 tahun lalu.

"Goodluck buddy, this is not your first time and I know you can do more than this."

AISH berdiri di hadapan stand mirror memandang pantulan dirinya yang memakai dress dan shawl maroon itu. Dia berpusing berkali-kali di hadapan stand mirror untuk melihat kecantikan dirinya sendiri. "Cantiknya..." pujinya sendiri.

Ting! Tong!

Aish melajukan langkahnya ke pintu utama memandangkan Danish sudah tiba. "Hye," sapanya dengan penuh teruja.

Danish yang berdiri di hadapannya turut membalas sapaan Aish dengan penuh hormat.

"Hye Madam. Shall we?"

Zharil DarrizWhere stories live. Discover now