SELEPAS bersalaman dengan tetamu, matanya melilau mencari susuk tubuh kecil isterinya. Melihat Aish dan Zahra yang sedang bersembang di dapur, dia kemudian mendekati dua sahabat yang sedang sibuk bersembang bagai dunia milik mereka berdua."Tapi, dia dah ada girlfriend." Sempat dia menangkap ayat yang keluar dari mulut isterinya itu.
Dahinya berkerut. siapa yang dimaksudkan wanita itu? Dia kah? dengan perasaan ingin tahu, dia menyoal.
"Siapa ada girlfriend?" Soalannya, tidak berjawab.
"Eh! Congratulations for your wedding. Saya harap, Dr. dapat tahan lah dengan perangai manja Aish." Sebaik berkata seperti itu, dengan pantas, lengan Zahra menerima tamparan pedas Aish.
"Thank you Zahra. Awak doakan yang terbaik buat kami."
Mendengar suara lembut Zharil itu, membuatkan Aish menjulingkan matanya ke atas. Geli pula dia mendengar. 'Dengan perempuan lain boleh pula dia cakap baik-baik. Bila cakap dengan aku, kau layan aku macam jantan eh.' Gumam Aish sendiri.
"Kan sayang?" Zharil memeluk pinggang Aish. Aish tersentak. Dia memandang Zharil dan hanya memberi senyuman palsu.
"Insha-Allah... Saya minta diri dulu lah. Bye Aish. Elok-elok perangai tu." Lantas, Zahra meninggalkan mereka berdua.
Elok-elok perangai? Zahra ni memang nak kenakan aku ke macam mana? Apa selama ni perangai aku tak elok ke?
"Kami balik dulu lah Am. Nanti lewat susah pula aku nak drive. Faham lah, mata ni tak jelas dah." Dato Daruz meminta diri untuk pulang lalu bersalaman dengan Encik Hamzah setelah lama berada disitu. Sedar akan keluarga barunya yang ingin meminta diri itu, dia terus mendekati mereka.
"Baiklah kalau macam tu Mad. Terima kasih sebab terima anak aku dengan baik," balas Encik Hamzah.
"Apa pula cakap macam tu. Kau dah banyak tolong aku dan anak kau, anak aku juga." Encik Hamzah tersenyum mendengar kata Dato Daruz.
Datin Zaidah mendekati Aish. "Aish, terima kasih sebab sudi terima Zharil. Mama harap, Aish boleh bersabar dengan Zharil," bisik Datin Zaidah.
"Aish cuba ma," jawabnya ringkas.
Datin Zaidah mendekati pula Zharil. Zharil menyalam mama dan memeluk mamanya. "Zharil, jaga Aish. Dia wanita yang tepat untuk Zharil. Jangan sakitkan hati dia. Fikir masak-masak dulu sebelum Zharil buat keputusan." Datin Zaidah berbisik pula dengan Zharil
"Insha-Allah. I will ma."
"Congratulations again long. I hope, kat rumah nanti tak sunyi macam sekarang." Zayyid senyum mengejek Zharil yang sudah memandangnya tajam.
"Woah, relax lah long. Nanti anak buah kitorang ikut perangai along macam mana?" Kata Ziyyad pula. Aish yang dari tadi mendengar perbualan mereka tersenyum.
"IS IT FUNNY?" Zharil memandang Aish.
"Yeah, it is."
"Hai kak long. My name is Ziyyad Derriz anak 2nd."
"And i Zayyid Derriz anak 3rd." 2 kembar itu memperkenalkan diri mereka pada Aish dengan gaya kebudak-budakan.
"Hai. Nice to meet you," balas Aish dengan senyuman yang lebar. 'Cute lah dorang ni.'
"Bye kak long." Ziyyad melambai Aish dan Aish membalas lambaiannya.
TANPA menghiraukan Zharil yang masih berborak dengan umi dan ayahnya, Aish mengambil langkah ke bilik tidur untuk membersihkan diri. Selesai mandi, dia membuka pintu dan berjalan keluar ke almari baju sambil bernyanyi.
YOU ARE READING
Zharil Darriz
RomanceOrang kata, kita kena ada confident yang tinggi. Disebabkan confident yang tinggi itu, Aish telah dimarahi seorang lelaki yang dipukulnya tanpa sengaja. "Abang? Next time tengok dulu sekeliling before bertindak. Jangan nak buat sesuka hati aja. Wit...