C28

16.1K 483 13
                                    

          PANDANGAN menjadi sedikit kabur sebaik sahaja sedar. Keadaan sekeliling dia perhatikan. Ternyata dia berada di dalam bilik tidurnya sendiri. Terlihat beberapa ubat di atas meja sebelah katilnya. Dia cuba untuk bangun dari baring. Akan tetapi, pergerakkannya terhad. Zharil menahan dirinya untuk bangun.

Dengan daya tenaga yang tidak cukup, dia hanya mengikut arahan Zharil. Dia menjeling Zharil apabila lelaki itu menatapnya sebelum membaringkan dirinya semula. Dia benci. Dia melepaskan pegangan Zharil pada bahunya.

"Sayang ada sakit mana-mana tak?" Aish hanya mendiamkan diri. Dia mengiringkan badannya ke kanan, membelakangi Zharil yang sudah duduk di sebelah kirinya.

Mata yang berat, dipejam seketika. Dia sangat penat sehingga tidak mempunyai tenaga mahu bergaduh dengan Zharil. Luka yang ada mungkin boleh sembuh tapi luka itu akan meninggalkan parut yang tidak mudah untuk dihilangkan.

"Abang ada masak bubur nasi ni. Sayang makan eh, abang suapkan." Bubur yang berada di meja sebelah katil itu, dia ambil. Lalu disebatikan sebelum dia berikan kepada Aish.

"Takpe, saya masih boleh makan sendiri. Dr boleh keluar tak? Saya nak rehat."

Perbuatan Zharil terhenti. Dia memandang belakang kepala Aish dengan pandangan yang lembut. Dia menarik nafas panjang sebelum bangun dari duduknya. Dia akan memberi Aish ruang sekiranya itu yang Aish minta.

"Lepas dah makan bubur, jangan lupa makan ubat," arahnya sebelum dia meninggalkan ciuman hangat pada atas kening Aish lalu berlalu keluar dari bilik itu. Berat hatinya namun apa lagi yang dia boleh lakukan? Dia tidak akan memaksa Aish. Aish tidak menepis ciumannya itu pun sudah cukup buatnya.

          ZHARIL memandu kereta dengan penuh berhati-hati. Badannya sedikit sakit disebabkan tidur di sofa semalam. Tapi dia tidak kesah tidur di kerusi, sekiranya itu boleh membuatkan Aish senang hati.

Aish yang dari tadi hanya mendiamkan diri, dipandang Zharil. Dia kemudian memanjangkan tangannya lalu menggenggam erat tangan Aish. Namun tidak lama. Aish melepaskan genggamannya dengan pantas.

"Tangan tu jangan nak merayap boleh tak? Drive aje lah," marah Aish dengan nada suara yang mendatar. Dia benci tangan yang pernah mengangkat perempuan itu.

"Patut lah perempuan tu suka, sebab tangan gatal sangat." Perlahan sahaja suaranya seperti berbisik.

"Huh? Apa dia?" soal Zharil seakan terdengar Aish berkata sesuatu.

"Tak." Sepatah sahaja yang keluar dari mulut Aish. Dia tidak mahu bercakap banyak takut terasa pulak lelaki itu dengan kata-katanya. Maklumlah, mulutnya kan pedas. Lantas telefon yang berada di dalam beg tangan, diambil.

Mesej yang dihantar Zahra kemarin petang ditekan. Baru sekarang dapat dia membuka message itu disebabkan terlalu penat.

"Huh?! Seriously?" Terkejut dia melihat mesej yang dihantar Zahra.

Zharil yang berada disebelah tahu apa yang Aish terkejutkan sangat. Dia menoleh ke arah Aish. "It's true sayang," katanya dengan senyuman.

Dia juga pada awalnya tidak percaya apabila Fariz memberitahunya tentang majlis nikah Zahra dan sahabat baiknya yang satu itu. Fariz seorang playboy jatuh hati dengan wanita biasa saja? Sangat mustahil bagi mereka. Fariz langsung tidak pernah membuka cerita soal dirinya bersama Zahra apabila mereka bersua muka.

Keyboard pada telefon ditekan dengan begitu rakus oleh Aish. Susah untuk dia percaya bahawa Zahra menyembunyikan hubungannya dengan Fariz. Ini tidak adil! Semua benda dia akan berkongsi cerita pada Zahra tapi Zahra? Tak guna kau Zahra. 'Kau tunggu kalau aku jumpa kau, memang aku tarik telinga kau.'

Zharil DarrizWhere stories live. Discover now