C23

13K 513 13
                                    

DENGAN wajah yang masam, Aish naik ke dalam kereta Zharil. Sedikit pun tidak dia pandang wajah Zharil yang sedang duduk di kerusi pemandu. Kereta dipandu dengan kelajuan sederhana. Sepanjang perjalanan mereka, Zharil hanya mendiamkan diri dan langsung tidak memandangnya seolah dia tidak wujud di dalam kereta itu.

Setibanya di rumah itu, Zharil terus turun dan masuk ke dalam rumah meninggalkan dia yang baru keluar dari dalam kereta. Dia hanya memandang belakang Zharil pelik. 'Kenapa dengan Zharil? Takkan lah dia merajuk. Sepatutnya aku yang merajuk sebab dia sembunyikan pasal syarikat tu. Arrgh! Pening lah macam ni.. kejap baik, kejap tak.'

Selesai membersihkan diri, Aish turun ke bawah untuk masak makan malam. Ayam masak kicap dan sayur kangkung tumis menjadi pilihannya. Setelah lama berperang di dapur, masakan tadi dihidang di atas meja dengan pinggan kaca. Walau marah macam mana pun dia, dia tetap kena jaga makan minum Zharil. Merajuk tu hanya untuk dia bermanja dengan Zharil bukan untuk menjauhkan diri.

"Abang, jom makan," pelawa Aish apabila tersedar akan kehadiran Zharil yang sibuk dengan telefon. Mungkin busy. Aish menarik kerusi untuk Zharil.

"Abang, makan lah... Sedap tau Aish masak ni," kata Aish, mahu perhatian daripada Zharil namun telefon yang berada di tangan itu lebih menarik perhatian Zharil. Geram!

"Abang dah kenyang."

"Tapi Aish masak untuk abang." Melihat Zharil yang tiba-tiba melangkah pergi meninggalkannya membuatkan dia terpana. Mengapa Zharil bersikap dingin dengannya? Dia ada buat kesilapan kah?

LENGAN Marissa ditarik kasar oleh orang suruhan Aiman. Marissa cuba melawan namun pipinya ditampar lantas dia diangkat dengan penuh paksaan memasuki salah satu bilik di dalam kelab malam.

Marissa dihempas di atas katil dangan kasar. "Apa kau nak?!" teriak Marissa tidak puas hati diperlakukan sebegitu rupa.

"Diam! Kau tunggu sini jangan nak lari," kata orang suruhan Aiman sebelum melangkah meninggalkan bilik itu lalu mengunci pintu.

Marissa sudah menyumpah Aiman dan orang suruhannya. Kenapa dia yang perlu melakukan kerja ini? Mengapa dia yang perlu hadapi semua ini?

Tidak lama kemudian dia mendengar kunci pintu itu dibuka seseorang. Terserlah wajah sinis Aiman sebaik pintu itu dibuka. "There you are" katanya dengan senyum sinis menghiasi bibir.

"Apa kau nak Aiman?! Aku dah bagi diri aku kat kau! Apa lagi kau nak?"

Air mata yang bertakung seperti kolam itu dibiarkan mengalir dengan perlahannya.

"Eh! Kau lupa ke kerja kau? I'm your master so you have to follow my order!"

"Sekejap lagi akan ada VIP masuk sini. Aku nak kau layan dia dengan baik sehingga dia puas hati. Kalau tak, nahas kau aku kerjakan."

"Pakai baju ni." Beg kertas besar itu dicampak ke hadapan Marissa.

Air mata yang tadinya mengalir perlahan semakin deras bagai air terjun yang jatuh dengan bebas.

MENDENGARKAN bunyi enjin kereta Zharil, Aish terus melangkah laju ke pintu utama menyambut kepulangan Encik Suami. Pintu dibuka dengan perasaan yang girang.

"Welcom back!" ujar Aish serentak tangan menarik buka pintu.

"Hm." Hanya itu balasan yang dia dengar daripada mulut Zharil.

Zharil melangkah melintasi Aish yang masih berdiri tegak di hadapan pintu. Dia langsung tidak pandang wajah Aish yang tadi menyambut kepulangannya. Perasaan marah dan ego yang masih menguasai diri yang memaksanya melakukan itu.

Zharil DarrizWhere stories live. Discover now