C12

13.5K 494 15
                                    

          "ARE you guys serious?" soal Zharil penuh keraguan. Dia sendiri tidak tahu dengan perasaannya namun kawan-kawannya lebih tahu tentang perasaannya? Susah juga dia ingin percaya dengan kata-kata tiga sahabatnya itu.

"Yes we are!" balas mereka serentak penuh yakin. Mereka juga tidak sangka yang Zharil si hati batu akan menjadi ais yang mudah cair apabila dengan isterinya.

"Korang pasti ke ni?" Zharil membuat wajah malas mengambil tahu. Mahu saja dia ketuk kepala sahabatnya seorang demi seorang.

"Okay, we ask, and you answer with honest." Zharil hanya mengangguk kepala. Malas dia mahu bekerjasama dengan mereka namun, dia juga ingin tahu tentang isi hatinya sendiri.

"Kalau kau nampak isteri kau rapat ngan laki lain, apa kau rasa?" Ikhwan memulakan pertanyaan.

"Rasa... aku rasa marah." Zharil teragak-agak.

"Okay. Kau ada rasa nervous tak when she closed to you?" Fariz menjengilkan matanya.

"Ada lah. Sikit maybe."

"Okay, last question. Kalau kau ngan dia kau guna fon ke tak?" Zharil memandang Lukman serius.

"No," jawabnya ringkas.

"Indeed." Zharil memandang tiga sahabatnya yang sudah senyum kemenangan.

"Indeed? Why?" Fikirannya penuh tanda tanya.

"Ye lah. Dah kau rasa marah bila isteri kau rapat ngan laki lain. Tu maksudnya kau dah start cinta and sayang dia dan kau nak kau sorang je yang ada dia sebab tu lah kau marah atau kata lain, kau cemburu," terang Ikhwan

"And kau cakap kau nervous bila dia dekat ngan kau. Maksudnya kau ada satu perasaan yang dinamakan as cinta. Kalau kau takde perasaan tu, kau takkan nervous bila dia dekat ngan kau." Giliran Fariz pula menerangkan.

"Lastly, kau cakap kau tak akan guna fon kalau kau ngan dia. So that means, kau nak spend time berdua dengan dia tanpa ada gangguan." Kini Lukman meyakini Zharil yang masih keliru dengan perasaannya terhadap Aish.

Zharil memandang mereka bertiga dengan senyuman yang lebar. Dia seakan tidak percaya dengan kata-kata sahabatnya.

"I can open my heart back? Me?" Fariz, Ikhwan dan Lukman mengangguk serentak kerana teruja.

ZAHRA berjalan seorang diri ke pekan. Sedang dia menunggu makanan yang dipesannya, tiba-tiba tubuhnya dilanggar seseorang. Telefon dan dompet yang berada di tangan habis terjatuh.

"Opps! I'm so sorry miss."

Lelaki itu melutut mengambil telefon Zahra yang terjatuh manakala Zahra mengambil dompetnya. Telefon diserahkan kepada Zahra. Zahra mengamati telefonnya depan dan belakang. Terlihat skrin telefon yang retak. Kening bertaut.

"Kalau cik tak keberatan, boleh beri saya nombor telefon cik supaya senang saya nak ganti balik telefon cik," katanya lelaki itu, sopan.

"Eh, tak apa lah, sikit je ni. Masih boleh guna lagi ni." Dia enggan sebenarnya mahu memberi nombor telefonnya kepada orang yang tidak dikenali. Dia juga tidak tahu sama ada lelaki ini orang baik atau bukan.

Dia cuba menghidupkan telefonnya untuk membuktikan telefon itu masih boleh diguna. Namun hampa, hanya skrin hitam yang terpapar. Liur ditelan tatkala dia perasan akan telefonnya yang kini tidak dapat dihidupkan semula.

"Kalau macam tu, cik bagi nombor telefon kawan cik. Telefon cik dah rosak tu." Zahra memandang lelaki itu dengan ragu-ragu.

"Tak payah lah encik. Saya masih ada duit nak beli baru. Tak apa lah, encik bukannya sengaja nak langgar saya kan. Saya minta diri dulu." Setelah dia mengambil makanan yang dipesan, dia melangkah keluar dari kedai itu dengan hati yang pilu. Sedih kerana telefon pemberian ayah telah rosak.

Zharil DarrizWhere stories live. Discover now