SUDAH sebulan Zharil bersikap dingin dengannya. Sampai sekarang dia tidak tahu mengapa. Kalau dia salah, bagitahu dan dia akan cuba betulkan, tapi ini tidak. Zharil hanya berdiam diri dan cuba mengelak bercakap dengannya. Tengah malam waktu dia sudah tidur baru mahu balik. Selepas itu berangkat ke tempat kerja awal pagi.
Waktu di tempat kerja juga sama.
Sekiranya ada kerja yang perlu dia buat, Zharil akan menyuruh orang perantaraan mereka yang memberikan kerja itu padanya.Perkara ini tidak boleh diteruskan. Dia kena bercakap dan selesaikan juga masalah ini dengan Zharil malam ini. Dia tidak kisah sekiranya Zharil balik lewat lagi, yang penting dia tahu apa masalah Zharil yang sebenarnya.
Tepat pukul 12 malam, kedengaran bunyi enjin kereta Zharil memasuki perkarangan rumah mereka. Aish membuka pintu rumah dengan senyuman manis. Terlihat tangan Zharil terangkat, mahu membuka pintu mungkin tapi sepertinya dia lebih pantas bertindak.
Baru Zharil melangkah setapak, Aish sudah menahannya dan menghulurkan tangan. Tidak mahu berlama disitu, Zharil juga menghulurkan tangan kanannya dan disambut Aish pantas.
Terasa panas belakang tangannya apabila bibir Aish menyentuh kulitnya. Dia menarik tangannya laju dan berlalu meninggalkan Aish.
"Abang, Aish nak cakap dengan abang," suara Aish sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik itu. Zharil yang sedang melipat lengan kemejanya memandang Aish serius.
"About what?" Datar sahaja nada suaranya.
"About us. Aish tahu yang abang cuba mengelak dari Aish. Tapi Aish tak tahu apa masalah abang sampai abang buat Aish macam ni. Dah sebulan abang macam ni. Aish macam tak wujud pun dalam rumah ni." Dia cuba mengawal suaranya supaya tidak tertinggi suara pada Zharil.
"Aish ni isteri abang. Kalau Aish ada buat silap, bagitahu Aish, tegur Aish. Bukannya diamkan diri dan hukum Aish tanpa Aish tahu sebabnya. Boleh tak abang berterus terang je kat Aish? Aish penat lah nak berteka-teki dengan diri sendiri."
"Are you done?" Aish hanya diam tidak memberikan apa-apa respond.
"You may go now. I have a lot of things to do." Setelah berkata seperti itu, Zharil bergerak ke pintu dan membuka pintu itu untuk Aish, menyuruhnya keluar dengan segera. Fikirannya akhir-akhir ini sangat kusut.
Aish kaku. Dia betul-betul terasa dengan sikap Zharil sekarang. Tanpa berlengah masa, dia terus mengatur langkah keluar dari bilik itu. Sebaik sahaja dia keluar, Zharil lantas menutup dan mengunci pintu dengan kasar. Sia-sia dia membazirkan air liurnya malam ini kalau pada akhirnya Zharil akan menghalaunya keluar.
"Sampai hati halau orang keluar. Ingat dia je ka boleh buat? Orang pun boleh buat lah." Dengan air mata yang ditahan-tahan, dia merehatkan dirinya di atas katil. "Kalau ya pun marah, cakap lah elok-elok." Dia cuba menahan air matanya daripada jatuh tapi dia gagal. Permatanya itu tetap juga jatuh mengalir tanpa dipaksa.
"Eih, kenapa dengan aku ni? Nak sensitif pula malam-malam ni. Kau kuat Aish, you can go through this." Dikesatnya air mata tadi dan melakarkan senyuman yang paling manis, cuba mencari semangat buat diri sendiri namun tetap gagal.
Air matanya tanpa henti mengalir dari tubir matanya. Senyuman juga hanyalah senyuman palsu yang dipaksa. Hatinya benar-benar rasa sakit seolah dirobek dengan kasar tanpa belas kasihan. Dadanya pula terasa sempit seperti ada sesuatu yang menghimpit dirinya. Matanya juga kian panas.
Kenapa susah sangat nak berterus terang? Kenapa kena hukum aku atas sebab yang aku sendiri tak tahu. Pedih rasanya apabila suami sendiri melayan sebegitu rupa. Rasa sakit itu tidak lagi dapat ditahan. Dalam kepekatan malam, dia terlelap dengan ditemani sisa air matanya.
YOU ARE READING
Zharil Darriz
RomanceOrang kata, kita kena ada confident yang tinggi. Disebabkan confident yang tinggi itu, Aish telah dimarahi seorang lelaki yang dipukulnya tanpa sengaja. "Abang? Next time tengok dulu sekeliling before bertindak. Jangan nak buat sesuka hati aja. Wit...