C24

13.2K 466 22
                                    

SEDANG Zahra melakukan tugasnya, seorang pengawal keselamatan dalam lingkungan 50-an datang mendekatinya sambil membawa beg plastik putih.

"Kamu Zahra Alana?" soal pakcik itu dengan nada sopan.

"Ya, saya." Sambil kepala diangguk perlahan.

Lantas pakcik itu menyerahkan kepadanya beg plastik putih yang dibawa bersama tadi. Zahra mengerutkan keningnya sambil memandang beg plastik itu. "Ini ada orang hantar suruh bagi kamu kat bawah tadi."

"Perempuan ke lelaki?"

"Lelaki. Katanya kawan rapat," jelas pakcik itu dengan wajah cuba mengingat sesuatu.

"Kawan rapat? Ouh, terima kasih pakcik." Dia menghadiahkan senyum manis pada pakcik itu sebelum pakcik itu melangkah pergi.

"Kawan rapat? Siapa kawan rapat lelaki?" Dia mengeluarkan isi di dalam plastik itu. Ternyata itu ialah sushi, makanan kegemarannya bersama surat kecil. Surat itu dia buka dan membaca isi kandungannya.

"Assalamualaikum bakal fiance. Awak dah lunch? Mestilah dah kan dengan Aish. By the way, saya bagi awak sushi ni sebab saya tak makan sushi. Sushi ni pun bukan saya beli tapi saya jumpa kat bawah tadi. Awak makan lah. Saya tengok muka awak ni pun dah macam sushi. Mesti awak hantu sushi kan? Saya just nak cakap, jaga diri elok-elok tau. Saya akan tunggu jawapan awak."

Your future fiance,
- Fariz -

Tergelak Zahra membaca surat daripada Fariz. Dia tahu Fariz bergurau mengenai dia terjumpa sushi di bawah tapi, macam mana Fariz tahu yang sushi ialah kesukaannya? Tidak mahu berfikir lama dia terus membuka kotak sushi dan menikmatinya.

"AISH, tak nak balik ke? Semua dah balik, makcik pun dah nak balik ni." soal makcik cleaner yang membersihkan tingkat tempatnya bekerja.

Baru dia perasan yang hanya dia seorang sahaja lagi tinggal kat tingkat itu. Zahra juga sudah pulang ke rumah. Terlalu sibuk mahu menyiapkan kerja yang Zharil berikan sehingga tidak sedar sudah tiba waktu pulang.

Dia mengangguk kepalanya. "Sekejap lagi saya balik. Saya nak kena siapkan kerja sikit. Makcik balik nanti hati-hati tau," balas Aish dengan senyuman manis walaupun mukanya terlihat jelas kepenatan.

"Hm, yelah. Kamu juga hati-hati kat sini. Kalau ada apa-apa, panggil je pakcik guard bawah tu." Sedikit risau dia mahu meninggalkan Aish seorang diri disitu. Sudah lah larut malam begini. Macam-macam boleh jadi.

"Baiklah makcik." Lengan makcik itu digosoknya perlahan supaya kerisauan makcik itu hilang.

Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Akhirnya siap juga kerjanya. Lantas dia membawa semua fail itu ke bilik Zharil. Dia meletakkan fail itu di atas meja Zharil. "Finally! Siap pun."

Kemudian turun ke bawah dan melangkah keluar. Dari jauh, dapat dia lihat sebuah kereta hitam dipandu ke arahnya dan berhenti betul-betul di hadapannya. Terlihat wajah Afiq sebaik sahaja cermin kereta diturunkan.

"Apa kau buat sorang kat sini? Dr. Zharil mana?"

Tidak menjawab soalan Afiq, dia hanya tersenyum

Hampir separuh jalan, mereka berdua hanya berdiam diri. Hanya suara dari radio yang memenuhi ruang itu.

"Sorry Fiq menyusahkan kau." Suara Aish memecah sunyi.

"Tak lah. Aku sebagai kawan kau, takkan aku nak biar kau sorang kat situ. Malam-malam macam ni bahaya."

Terasa janggal pula bila berdua dengan Afiq. Mungkin Afiq sudah tidak mempunyai hati lagi pada dirinya namun dia tetap tidak selesa apabila mereka berdua bersama lagi-lagi sekarang ini dia sudah menjadi isteri orang.

Zharil DarrizWhere stories live. Discover now