ZHARIL melangkah masuk ke dalam bilik pejabat. Terlihat ramai pensyarah lain sedang berkumpul di suatu sudut. Tidak tahu kenapa dan tidak berniat untuk tahu. Lantas, kaki meneruskan langkah masuk ke dalam bilik pejabatnya. Baru mahu menghidupkan komputernya, Firdaus terlebih dahulu mencuri masuk ke dalam biliknya.
"What's up?" soalnya dengan nada terkejut. Siapa saja tidak terkejut bila diterjah seperti itu.
"Kau tak nak jumpa Marissa ke?"
"Tak pe lah. Aku banyak kerja."
"Pergi lah jumpa kejap. Hari ni last day dia kat sini lagi pun dia kan kawan kau juga."
Zharil mengangkat pandangannya. "Selagi aku tak jumpa dia selagi tu lah kau takkan lari kan." Terus dia bangun dari duduknya dan berlalu keluar berjumpa dengan Marissa walaupun hati kata tidak.
Marissa yang ketika itu sedang mengemas barangnya yang ada di atas meja, terkejut apabila disapa Zharil. Dia tersenyum tika melihat Zharil.
"Goodluck and goodbye." Hanya kata-kata itu yang keluar dari mulut Zharil. Dia terkilan. Mungkin dia yang terlalu meletak harapan untuk Zharil menerimanya kembali. Dia melihat Zharil kembali ke biliknya daripada jauh.
Telefon yang berada di atas meja berdering. Terpampang nama Dato Halim di muka skrin. Tidak mahu mengganggu pensyarah lain, panggilan itu diangkat.
ZAHRA dan Aish berjalan meninggalkan kelas pada petang itu. Seakan teringat sesuatu, Zahra memanjangkan tanggannya menyentuh Aish yang sedang asyik mencari sesuatu di dalam beg tangannya.
"Aish. Kau dah tengok email kau?"
"Dah."
"Kau dapat kat mana?" tanya Zahra teruja. Dia mengharapkan tempat intern mereka berdua adalah tempat yang sama.
"Aku dapat kat D.R's Holding. Kau dapat kat mana?"
"Yeay! Aku pun kat situ juga." Ini lah yang dinamakan ikatan persahabatan itu kuat.
"Cun!" Tidak dia sangka mereka akan dapat tempat yang sama. Walau macam mana pun, Zharil perlu tahu berita baik ni. Dan mungkin dia boleh minta tunjuk ajar Zharil.
Dengan penuh teruja, Aish memandu keretanya dengan laju pulang ke rumah. Tiba sahaja di perkarangan rumah, dia mempercepatkan langkah memasuki ruang tamu mencari Zharil namun jejak Zharil tidak dia temui. Dia cuba untuk mencari di bilik tidur mereka. Hampa. Bayang Zharil pun tidak dia jumpa. Perasaan terujanya tadi untuk memberitahu Zharil mengenai internnya musnah.
Memandangkan Zharil belum tiba, dia mengambil keputusan untuk membersihkan diri dan menyiapkan makan malam. Masakan spaghetti merupakan menu wajib kerana makanan itu kegemaran Zharil.
Selesai sahaja masak, dia membuka langkah ke ruang tamu. Kerusi yang empuk menjadi tempat dia merehatkan badannya. Dia baring sambil remote control ditangan menukar channel. Jam pada dinding dilirik. Dia leka.
Jarum jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Perut yang tadinya kosong sudah masuk angin. Dengan kasar dia bangun dari baringan dan duduk bersila sambil memegang perutnya yang berbunyi.
"Mana awak ni? Kerja pensyarah tapi waktu kerja tak macam pensyarah pun. Kang aku habiskan makanan tu nanti baru tau. Kenapa dia selalu lambat balik eh? Dia kerja atau dia ada perempuan lain? Habis aku ni siapa? Eh! Tak nak!! Huhuhu... Think positive Aish."
"You are my heart, dear."
"Arrghh!!" teriak Aish apabila mendengar suara garau dari telinga kirinya. Laju dia memusingkan kepalanya ke belakang. Kaku dia melihat Zharil. Kini wajah mereka benar-benar rapat. 'Jangan rapat sangat encik wolf.'
YOU ARE READING
Zharil Darriz
RomanceOrang kata, kita kena ada confident yang tinggi. Disebabkan confident yang tinggi itu, Aish telah dimarahi seorang lelaki yang dipukulnya tanpa sengaja. "Abang? Next time tengok dulu sekeliling before bertindak. Jangan nak buat sesuka hati aja. Wit...