AISH masuk ke dalam bilik pejabat Zharil lalu duduk tanpa dipelawa Zharil. Habis sahaja kelasnya hari ini, dia terus bergegas ke pejabat pensyarah untuk berjumpa dengan Zharil.
Dia memandang Zharil yang sudah duduk bersandar pada kerusi kulitnya itu.
"Yes Aish, what can i help you? Apa yang awak tak faham pasal subjek saya?" Zharil menyoal sebagai seorang pensyarah bukan sebagai seorang suami memandangkan mereka masih berada di universiti. Riak tenang dia pamerkan.
"Saya datang sini sebagai isteri dan bukan sebagai student Dr," kata Aish dengan serius.
Zharil hanya memandang Aish tenang lantas mengangguk kepalanya perlahan memberi Aish peluang bercakap.
"Boleh tak saya nak keluar petang ni?" Soalnya sebaik sahaja Zharil mengangguk.
"What for?"
"Keluar makan."
"With who?"
"Zahra."
"Just her?"
"Erm..."
"Balik pukul berapa?"
"Sebelum pukul 7."
Singkat dan padat soalan yang Zharil berikan. Aish juga menjawab dengan sangat ringkas, tidak mahu berpanjang lebar bermain soal jawab dengan lelaki yang terlebih bijak di hadapannya ini. Aish melihat sahaja tingkah Zharil yang sedang berfikir itu.
"So, boleh ke tak?" Hampir 5 minit dia menunggu jawapan dari Zharil namun satu bunyi pun tidak keluar dari mulut Zharil. Lantas dia menyoal Zharil semula.
"Hmm." Pelan sahaja Aish terdengar suara Zharil.
Selepas dia mendapat keizinan Zharil, pintu bilik pejabat Zharil menjadi sasarannya namun langkahnya terhenti tika suara Zharil menyapa telinganya.
"Petang ni aku keluar. Jangan balik lewat."
DANISH baru sahaja tiba di restoran untuk menghantar Lukman. Dalam pada masa yang sama, terlihat kereta yang dipandu Zharil juga baru tiba.
Zharil keluar dari kereta mewah itu dan barjalan mendekati Lukman yang juga berpakaian formal seperti Zharil sedang menunggunya di pintu utama.
Mereka melangkah masuk ke dalam restoran itu dan mencari private room yang sudah ditempah Fariz hanya untuk mereka berempat. Masuk sahaja mereka ke dalam bilik itu, pandangan dihiasi dengan wajah tampan Fariz dan Ikhwan dengan menunjukkan senyunan sinis.
Zharil dan Lukman yang seakan faham maksud senyuman itu terus saling berpandangan antara satu sama lain dengan kening kanan diangkat.
"1..2....3!" jerit Ikhwan dan Fariz.
Dengar sahaja jeritan nombor 3 itu, terus Zharil dan Lukman berlari pecut mendapatkan kerusi masing-masing. Lukman menarik tangan Zharil dari mendapat tempat duduknya. Sama juga seperti Zharil yang berusaha menolak Lukman dari menahannya.
"It looks like, Luk pay for today," kata Zharil dengan bongkaknya. Tawa Fariz dan Ikhwan sudah pecah sejak melihat karenah 2 sahabatnya yang berebut kerusi tadi sehingga melihat wajah tidak puas hati Lukman.
Ini lah peraturan yang mereka sudah tetapkan. Siapa sahaja yang lambat datang setiap pertemuan mereka, akan bertanggungjawab untuk membayar makanan hari itu.
"Asal kau lambat Luk?" tanya Ikhwan pelik. Pelik kerana selalunya Lukman dan dia selalu datang awal manakala, Fariz dan Zharil yang selalu datang lambat disebabkan mereka berdua terlalu busy.
"Kereta aku buat hal, tu yang minta tolong Danish hantarkan. Tapi aku tak expect pulak boleh bertembung dengan laki sebelah ni." jawabnya tenang. Sememangnya, mereka berempat tidak mempunyai masalah untuk membayar makanan itu.
"Korang dah order makanan ke? Aku dah lapar ni. Last aku makan pun pagi tadi, " suara Zharil yang kini sedang meregangkan badannya. Kerana terlalu penat bekerja, belakang badannya kini sakit. Namun tidak dia hiraukan badannya yang sakit asalkan kerjanya selesai.
"Dah, sekali ngan korang punya," balas Fariz dengan wajah selambanya.
"Pas-."
"Pasta and avocado." Tergantung ayat Zharil apabila Fariz, Ikhwan dan Lukman dahulu memotongnya. Ya, pasta dan jus avocado lah makanan dan minuman kegemaran Zharil sejak dahulu lagi. Ketiga-tiga sahabatnya itu sangat kenal dengan Zharil.
Zharil yang mendengar, tersenyum puas. Tidak dia sangka sahabatnya akan ingat makanan dan minuman kegemarannya. Terharu? Mungkin tidak.
"KITA karaoke ni, tak ganggu orang lain ke?" soal Aish risau. Persoalannya bukanlah alasan untuk dia lari daripada bernyanyi malah dia lebih gemar bernyanyi. Namun, dia takut sekiranya nyanyian mereka akan mengganggu pelanggan lain yang juga berada di situ.
"Tak lah. Sebab tu kitorang ambil private room ni supaya tak mengganggu dan tidak diganggu. Relax je. Korang nyanyi lah puas-puas sampai sakit tekak," jawab Zikri sambil menyiku lengan Afiq.
Dia tahu yang nama Aish Qayla masih duduk di dalam hati Afiq. Sebab itu juga lah, dia selalu cari cara untuk bantu Afiq dapatkan hati Aish.
"Okay then, kau nak lagu apa Aish?" soal Afiq. Sengaja dia panggil Aish dengan 'kau' berbanding 'awak' kerana tidak mahu Aish berasa tidak selesa apabila dekat dengannya. Dia langsung tidak berharap untuk mendapatkan hati Aish tapi apa yang penting, dia dapat lindungi Aish.
"Aku nak lagu gurauan berkasih," balas Aish dengan senyuman.
"Korang enjoy dulu lah. Aku nak gi tandas jap." Potong Zahra.
"Ha'ah... aku pun nak gi tandas dulu." Terus Zikri dan Zahra bangkit dari duduk lalu bergerak ke tandas.
Sedang Zahra berjalan selangkah lagi untuk masuk ke dalam tandas wanita, kakinya tiba-tiba terkunci asbab panggilan seseorang.
"Zahra?"
Zahra mengangkat pandangannya mencari sumber suara yang memanggilnya tadi. Wajahnya sedikit terkejut apabila pandangannya dihiasi dengan wajah Dr. Zharil dan seorang lelaki tampan disebelahnya.
"Eh! Erm.. Dr buat apa kat sini?" Perasaan cuak mula membelenggu dirinya.
Zharil yang mendengar soalan Zahra terus mengerutkan keningnya. Dia hanya menjawab pertanyaan itu dengan memandang 'Man Restroom' sign board yang melekat pada dinding sebelah kanan Zharil.
Gerakan kepala Zharil, Zahra ikut. Dia yang perasan akan kebodohannya itu, terus memejam matanya rapat. Malu! Kenapalah dia tanya soalan bodoh yang budak-budak pun boleh tahu jawapannya.
"Who is she?" Fariz yang dari tadi diam memandang mereka berdua tiba-tiba bersuara.
"My student."
"Aish mana? She's here?" Zahra diam, tidak menjawab pertanyaan Zharil. Sebaliknya, dia menunduk dan memarahi Aish dalam senyap. 'Tak guna kau Aish. Kau tak bagitau laki kau ke kau makan kat sini? Tak pasal-pasal aku pun terlibat dalam hal ni,' bisiknya sendiri.
"Zahra, i'm asking you." Melihatkan Zahra yang diam seribu bahasa terus membuatkan Zharil tidak sedap hati.
"ANDAI kata rajuk dihati. Jangan sampai merosak cinta. Andai payah merawat rindu. Hadirlah, hadirlah, sayang."
Kedengaran suara merdu Aish memenuhi ruang itu.
"Rindu dendam bisa terubat. Andai sudah bertentang mata. Pasti kasih berpadu. Terlerai rindu di hati."
Tidak kalah juga suara lunak Afiq.
Secara tiba-tiba pintu bilik itu dibuka dari luar. Ruang yang tadinya dipenuhi dengan nyanyian merdu Afiq dan Aish kini bertukar dengan bunyi tepukan yang amat kuat.
YOU ARE READING
Zharil Darriz
RomanceOrang kata, kita kena ada confident yang tinggi. Disebabkan confident yang tinggi itu, Aish telah dimarahi seorang lelaki yang dipukulnya tanpa sengaja. "Abang? Next time tengok dulu sekeliling before bertindak. Jangan nak buat sesuka hati aja. Wit...