MAKAN malam dihidang di atas meja makan. Dia melihat Zharil yang sedang menuruni anak tangga dengan towel kecil masih berada ditangan cuba mengeringkan rambut yang masih basah.
Aish menyerahkan pinggan yang berisi nasi dan lauk itu kepada Zharil yang dari tadi merenung wajahnya. Dia tidak suka renungan itu. Renungan itu lah yang membuatkan dia jatuh cinta terhadap lelaki bernama Zharil Darriz dahulu.
"Mata tu kenapa? Tak pernah nampak perempuan cantik?" sindir Aish tanpa memandang mata Zharil.
"Thank you." Zharil menyambut pinggan yang diserah Aish. Namun matanya masih tetap memandang wajah kecil itu.
"Haah.. abang tak pernah nampak perempuan secantik bidadari macam perempuan yang ada kat depan mata abang ni." Zharil hanya memerhatikan Aish yang sedang mengambil air buat dirinya.
"Sembang," balas Aish sebaik sahaja air itu di letakkan di hadapan Zharil.
Aish kemudian membuka langkah ke ruang tamu sebaik sahaja dia sudah menjalankan tugasnya sebagai seorang isteri kepada Zharil Darriz. Namun, sebaik sahaja kakinya membuka langkah, dengan pantas, Zharil berdiri dan menghalang dirinya.
"Dr nak apa? Tepi lah, saya nak rehat." Aish mengerutkan keningnya. Mahu saja dia tumbuk perut lelaki ini. Sabar Aish...he is your husband.
"Jom lah makan sekali dengan abang..."
"Saya dah makan waktu Dr mandi tadi. Dah, tepi lah."
Aish menolak badan Zharil ke tepi tapi Zharil masih mengeraskan dirinya berdiri di situ. Aish cuba mengelak dan bergerak ke kiri namun Zharil masih menghalang dirinya untuk bergerak.
"Sayang teman lah abang makan, abang janji, abang tak akan sentuh atau ganggu sayang. Please, little girl..." Zharil menyatukan kedua tangannya dan merayu kepada Aish.
ZHARIL memasuki bilik tidur mereka dengan tangannya mengusap perut. "Alhamdulillah...sedapnya sayang masak...kalau hari-hari macam ni, gemuk lah abang nanti."
Zharil naik duduk di atas katil. Dia memusingkan badannya menghadap Aish yang juga sedang duduk memakai lotion pada tubuhnya. Zharil perhatikan tiap gerak geri isterinya. Dia rindu hubungannya dengan Aish dahulu. Dimana, setiap malam sebelum tidur mereka pasti akan berbual kosong.
"Thank you little girl, sebab dah masak dan teman abang makan tadi," ujar Zharil lembut.
Zharil memanjangkan tangannya untuk menyentuh tangan Aish namun sepantas kilat, Aish menepis tangan Zharil.
"Please, jangan sentuh saya. Saya tak suka. Dr tak ingat atau pura-pura tak ingat yang saya ni tak suka Dr sentuh saya." Dengan kening yang berkerut dan nada yang marah dia berkata. Dia benar-benar anti dengan Zharil sekarang.
Aish menjulingkan matanya ke atas apabila suara Zharil masuk ke dalam telinganya. Lantas, dia membaringkan dirinya tanpa mengeluarkan suara. Dia tidak mempunyai mood mahu bercakap dengan Zharil. Biar Zharil faham, apa rasanya bila suami tidak mahu melayan dan dengar cakap isteri seolah-olah, isterinya tidak wujud di rumah ini.
Aish melelapkan matanya dan memekakkan telinga. Setiap bait kata yang keluar dari mulut Zharil tidak dia endahkan. Dalam kepalanya hanya terngiang kelakuan Zharil padanya sebelum ini. Sakit, sungguh sakit. Salahkah dia mahu menghukum Zharil supaya Zharil tahu erti rindu dan kesakitan yang bergabung menjadi satu dalam hatinya dahulu.
KERETA, Zharil berhentikan di hadapan bangunan yang megah. Dia perasan yang Aish seperti terburu-buru mahu keluar dari keretanya seolah tidak mahu berlama dengannya. Melihatkan perkara itu, cepat-cepat dia menahan Aish dari membuka pintu.
YOU ARE READING
Zharil Darriz
RomanceOrang kata, kita kena ada confident yang tinggi. Disebabkan confident yang tinggi itu, Aish telah dimarahi seorang lelaki yang dipukulnya tanpa sengaja. "Abang? Next time tengok dulu sekeliling before bertindak. Jangan nak buat sesuka hati aja. Wit...