C22

14.8K 587 10
                                    

"ABANG?!" Bagai tidak percaya dengan keadaan sekarang. Patut lah dia diminta untuk bertemu dengan CEO syarikat ini. Baru dia faham sekarang kenapa Zharil mengatakan yang dia sangat mengenali CEO syarikat ini malah mengatakan wajah mereka serupa. Zharil memang nak kena dengannya!

Melihat wajah Zharil yang sedang tersenyum lebar seperti orang yang tak bersalah, semakin buatkan darahnya naik. "Apa abang buat ni?!" Perasaan marahnya kini tidak dapat dia tahankan.

Sampai hati Zharil sembunyikan perkara ini darinya. Konon cakap 'why didn't you tell me, i'm your husband' tup tup, dia sendiri sembunyikan benda penting ni.

"Are you surprised?" Dengan senyuman yang masih lebar dia bertanya kepada Aish yang sudah menunjukkan riak marah.

"Apa surprise surprise?! Dah lah orang tengah sakit boleh pulak dia nak main-main. Aish takde mood lah abang. Aish penat tahu tak? Nak melayan abang punya surprise lagi lah tak larat."

Terdiam Zharil apabila Aish mula melontarkan rasa marahnya. Memang ini yang kau nak kan Zharil! Kau kena terima lah padahnya. Buat hal lah lagi kat perempuan pendek ni baru padan dengan muka kau!

Zharil bangun dari duduknya lalu mendekati Aish. Dalam keadaan kaki kanan melutut di hadapan Aish, dia menggenggam kemas kedua tangan Aish. Nafas ditarik panjang sebelum dihembus perlahan.

"Abang minta maaf sayang. Abang tak ada niat langsung nak sembunyikan benda ni dari sayang. Abang memang nak bagitahu sayang tapi bila sayang cakap yang sayang dapat intern kat syarikat abang, then abang rasa lebih baik sayang dapat tahu sendiri dengan mata Aish sendiri."

"Tapi kenapa abang tak bagitahu je dari awal? Macam mana kalau Aish dengar dari orang lain yang abang keluar dengan perempuan lain tapi sebenarnya perempuan tu client abang then Aish yang tak tahu apa-apa terus serbu abang dengan client tu." Aish menarik tangannya dari genggaman Zharil. Sungguh tidak terbayang perkara itu bakal berlaku.

"Will you believe me when I tell you that I'm the CEO of D.R's Holding?" Senyap. Benar kata Zharil. Tak mungkin dia percaya yang Zharil merupakan seorang CEO selagi dia tidak melihat dengan matanya sendiri. Patutlah selalu balik lambat dia ni.

"I'm sorry okay?" Dia menarik tangan Aish dan menciumnya lembut. Namun Aish masih lagi diam tidak bersuara. "Sayang, please... lepas ni kalau abang sembunyikan apa-apa daripada sayang, sayang nak hukum abang, nak suruh abang buat apa pun, abang sanggup. But please, jangan senyap dan tunjukkan muka masam tu kat abang," rayunya.

Melihat Aish yang hanya duduk diam sangat memberatkan hatinya. Lantas Zharil berdiri dari melutut lalu mencium dahi Aish perlahan. "I'm sorry Little girl," katanya lagi setelah melepaskan sebuah ciuman pada dahi Aish. Setelah itu, dia kembali duduk di kerusi kulitnya. Aish memandang Zharil pelik.

"Okay you can start working here now." Dengan wajah seriusnya bagai adegan tadi tidak pernah berlaku.

"Hah?!" Tiba-tiba saja berubah. Baru je tadi jadi suami tiba-tiba jadi CEO. Sabar je lah Aish...

"Go meet Encik Ibrahim at level 7," arah Zharil dengan gaya memeluk tubuh. Professional sangat.

Aish terus bangun dari duduknya dan berlalu ingin keluar. Sebaik sahaja kaki kanannya melangkah keluar, dia kembali berhenti apabila Zharil memanggilnya. Dia memusingkan badannya memandang Zharil dengan wajah yang tidak puas hati dia bertanya, "yes?"

"Balik nanti tunggu abang. Kerja elok-elok tau. Love you!" ujar Zharil dengan tangan melambai Aish.

Zharil mengurut kepalanya yang sudah buntu berfikir cara untuk memujuk Aish. Dia tidak mahu perkara ini berlaku tapi apakan daya, benda dah nak jadi. Terlalu banyak perkara yang perlu difikirkannya sekarang ini. Bukan sahaja mahu memikirkan tentang Aish malah, tentang kerjanya juga.

Zharil DarrizWhere stories live. Discover now