"BIE, tunggu lah kejap. I penat ni," kata Marissa gedik sambil melabuhkan punggungnya pada akar pokok yang besar.
"Boleh tak jangan nak mengada sangat. And stop calling me that," marah Zharil yang sedang bercekak pinggang.
Dengan hanya berbekalkan singlet putih di dalam, Marissa membuka jaketnya separuh dan menampakkan bahunya yang terdedah. Cuba untuk menarik perhatian Zharil. Namun sayang, dia tersilap orang.
"Kau nak buat apa ni? Pakai balik jaket kau." katanya lagi dengan wajah yang dingin.
Marissa mengangkat pandangannya memandang Zharil yang kini sudah mengalihkan pandangannya. Sebuah jelingan tajam Marissa hadiahkan.
"Tak ada apa. I panas sebab tu I buka. Kita rehat dulu boleh?" Dia masih berusaha untuk menarik perhatian lelaki itu.
Tidak menjawab, Zharil hanya menggelengkan kepalanya sebelum berlalu meninggalkan Marissa seorang diri dalam hutan.
Marissa sudah hilang kata dengan perlakuan Zharil terhadapnya. Sungguh dia tidak sangka yang Zharil akan melayannya sebegini rupa.
Baru mahu mengejar langkah Zharil, akan tetapi niat dibatalkan sahaja. Zharil terlalu pantas melangkah sendiri. Dalam buntu, dia terdengar suara lelaki dan perempuan yang semakin hampir dengannya. Tidak lama setelah itu, muncul dua pelajar.
"Miss. Miss okay tak ni? Mana Dr. Zharil?" soal Afiq.
"Saya okay. Tadi saya terpisah dengan dia," balas Marissa.
"Jom lah Miss, saya rasa tinggal kita je lagi kat sini." Aish bersuara.
"Okay let's go," kata Marissa.
Sedang diri tekun melihat peta yang diberikan, tanpa sedar kaki sudah melanggar akar kayu sehingga menyebabkannya tersungkur. "Auww!"
"Aish, okay tak?" Soal Afiq risau.
"Okay-okay." Dia cuba untuk bangun malangnya kaki tidak mampu menampung berat badannya.
AKHIRNYA mereka tiba juga di tempat berkumpul. Merasakan dirinya bagai direnung seseorang, dia pantas menarik tangannya dari pegangan Afiq. Entah mengapa, terasa seram sejuk tiba-tiba.
"Baiklah, semua boleh makan malam sekarang. Kemudian boleh pergi bersihkan diri dan rehat." Kata Sir Firdaus.
"Kau tunggu sini je lah. Biar aku ambilkan kau makanan," cadang Zahra.
Kini Aish tinggal sendirian di dalam khemah. Sedang menonton drama, tiba-tiba dia mendapat panggilan daripada Zharil.
"Datang chalet aku sekarang."
"Nanti orang nampak macam mana?"
"Biarlah orang nampak. Kenapa? Kita dah kahwin dah pun."
"Come here now or aku sendiri yang heret kau datang sini."
Malas mahu melawan, Aish ikutkan saja arahan Zharil.
Tok! Tok! Tok!
Risau andai ada pelajar dan pensyarah yang ternampak. Sebaik masuk, matanya tertumpu pada makanan yang terhidang di atas meja. Dia melangkah mendekati makanan itu namun niatnya terhenti apabila ditahan Zharil.
"Where are you going?" Zharil memeluk tubuh dan memandang Aish dengan kening sebelah diangkat sekali.
Aish memusingkan badannya lalu tersenyum. "Saya lapar..."
YOU ARE READING
Zharil Darriz
RomanceOrang kata, kita kena ada confident yang tinggi. Disebabkan confident yang tinggi itu, Aish telah dimarahi seorang lelaki yang dipukulnya tanpa sengaja. "Abang? Next time tengok dulu sekeliling before bertindak. Jangan nak buat sesuka hati aja. Wit...