C5

15.2K 536 57
                                    

          "WOW! Aish! Cantiknya cincin tunang kau. Kau tunang senyap-senyap eh tak bagitau aku." Zahra melihat cincin tunang Aish.

"Ish, pelan-pelan lah sikit nanti orang dengar lah," bisik Aish.

"Hensem tak tunang kau?" Zahra memandang Aish.

"Entah."

"Kau biar betul Aish. Takkan lah tunang sendiri pun tak tau." Apa dia ingat, pertunangan ni main-main ke sampai tak nak ambil tahu langsung pasal bakal suami dia. Rupa pun langsung tak tahu. Entah-entah, nama tunang juga dia tidak ambil kisah.

"Dah memang aku tak tahu. Nak buat macam mana lagi? Aku tak pernah jumpa dia pun lah."

Zahra memandang Aish pelik. Dia meletakkan belakang tangannya pada dahi Aish. "Tak panas."

Aish menepis tangan Zahra. "Aku tak demam lah Ra."

"Then? Kau takkan tak pernah terfikir rupa tunang kau sendiri. Semua perempuan ambil berat tau pasal benda ni. Aku rasa kau perlu jumpa doktor lah Aish." Cadangnya.

"Kau ni banyak tengok drama lah. Aku ok je. Aku ada lah juga terfikir rupa tunang aku. Tapi, aku pasti yang umi dengan ayah punya test lebih tinggi dari aku so aku taknak lah fikir. Baru lah surprise!" Jelasnya

"Kelas tadi macam mana? Ok tak?" Tanya Aish.

"Ok je. Tapi tadi Dr Zharil tak masuk." Kata Zahra.

"Kira dia tak tahulah kan yang aku tak datang kelas dia. Yes!" Kata Aish riang.

"Dah lah malas aku layan kau."


          DATO Daruz dan Zharil melangkah masuk ke dalam bangunan yang tinggi dan mewah. Kedatangan mereka disambut dengan begitu mesra sekali, oleh pekerja-pekerja di situ. "Morning Dato, Dr. Zharil." Dengan begitu, Zharil hanya memandang depan dan membalas mereka dengan anggukan kepala sahaja. Mereka kemudian melangkah ke dalam lif lalu, Dato Daruz menekan punat 25, tingkat paling tinggi sebelum rooftop.

Ting!

Setibanya mereka di tingkat 25, mereka disambut pula oleh Suraya a.k.a. bakal Assistant Zharil. "Morning Dato, Dr. Zharil. Shall we?" Dia menunjukkan jalan ke bilik pejabat baru Zharil. Lantas, mereka hanya mengekori Suraya. Lalu berhenti betul-betul di depan pintu berwarna hitam.

Suraya membuka pintu bilik itu. "Ni bilik Dr. Zharil." 

"Okay thanks. I want you to bring all the important file about last week," arah Zharil serius. 

"Okay Dr."

"You may go now." Setelah berkata seperti itu, Zharil duduk di kerusi empuknya. 

"So, macam mana dengan bilik ni. Okay tak," soal Dato Daruz yang kini juga sudah duduk di kerusi hadapan Zharil.

"Everything just fine pa. Bye the way, macam mana majlis pertunangan tu? Lancar ke?"

"Majlis tu berjalan dengan lancar. Cantik budaknya. Papa harap, Ril tak sia-siakan dia. And one more thing, papa akan percepatkan majlis perkahwinan Zharil." Dato Daruz memandang Zharil serius.

"What? But why?"

"There's no reason." Dato Daruz terus berlalu meninggalkan Zharil yang kebingungan.


          "OKAY class, next month kita akan adakan program kemahiran berkumpulan. Tempat, kami para pensyarah yang terlibat akan bincangkan. Untuk sesiapa yang mahu join, kamu diminta untuk melaporkan diri kepada saya. Thank you class."

Zharil DarrizWhere stories live. Discover now