C10

14.5K 505 3
                                    

"BAIKLAH semua. Sekarang kita teruskan dengan aktiviti seterusnya. Dalam satu kumpulan akan ada 6 orang ahli. Ahli itu kami sudah bahagikan dan saya rasa kamu semua sudah tahu siapa ahli kumpulan kamu. Untuk game pertama ialah fashion show!"

Semua kumpulan bersorak melihat semua pakaian yang dipakai dengan tema masing-masing yang menarik sehingga kumpulan Aish yang terakhir.

"Nampaknya semua pakaian peserta sangat menarik perhatian," Ujar pengacara majlis.

Kedengaran sorakan daripada semua pelajar dan tepukan daripada para pensyarah.

"Kini tiba masanya untuk game seterusnya iaitu persembahan daripada semua kumpulan!"

"Wuw!" sorakan para pelajar.

Hampir semua kumpulan sudah membuat persembahan mereka. Kini kumpulan kedua terakhir sebelum kumpulan Aish membuat persembahan.

"Apa jadi ni? Lepas ni kumpulan kita," soal Zikri sedikit cemas.

"Siti kaki dia terseliuh masa turun tangga tadi so tak leh gerak. Mirul pula, sakit perut," jelas Zahra.

"So apa kita nak buat ni?" soal Zikri sedikit buntu.

Masing-masing memikirkan jalan penyelesaian sebelum kumpulan mereka dipanggil. Zikri yang sedang berfikir teringat akan kebolehan Afiq dalam bernyanyi. Walaupun Afiq agak keberatan untuk setuju, tapi dia tahu Afiq tetap akan lakukannya.

"Aku ada idea." Dia memetik jarinya memandang mereka.

"Apa?" tanya Aish.

Kini mata Zikri memandang Afiq bersama senyuman manis. Pasti Afiq faham maksud senyuman itu.

"Are you serious bro?" soal Afiq ragu.

"Yes! Pretty sure." Zikri mengangguk kepalanya dan memegang bahu Afiq.

"Takkan aku sorang?" suara tidak puas hati Afiq kedengaran.

"Don't worry, Aish teman kau. Dia pun pandai nyanyi." Aish memusingkan kepalanya memandang Zahra dengan muka tidak percaya yang Zahra akan menikam belakangnya.

'Tak guna kau Zahra. Kau hutang aku belanja makan,' kata hatinya.

Kini mata Afiq dan Zikri terarah ke arahnya dengan penuh harapan.

"Okay. I'm in." jawabnya.

"Yes! Okay ready gang! Semangat!" ucap Zikri.

Serentak itu, pengacara majlis mengumumkan kumpulan mereka untuk melakukan persembahan.

Aish dan Afiq melangkah bersama-sama menaiki anak tangga dengan berhati-hati. Mereka mendekati pengacara majlis yang berada di tengah pentas. Aish berasa sedikit gementar apabila melihat orang ramai di hadapannya.

"Wow! Nampak sepadan!" usik pengacara dan disokong para pelajar.

"Okay! Terima lah persembahan daripada kumpulan terakhir! Berikan tepukan!"

Zharil yang duduk di bawah pentas memberikan pandangan yang tajam kepada Aish yang berdiri di atas pentas bersama Afiq. Dia seakan memberi amaran kepada Aish.

Aish yang sudah bersedia untuk menyanyi terus berasa resah apabila terlihat pandangan tajam Zharil tapi dia cuba untuk menutup segala keresahan itu dan hanya fokus kepada Afiq dan rakan-rakannya.


"I'M back! Memandangkan pelajar dan pensyarah sudah membuat undian untuk pemenang fashion show dan persembahan, kita akan meneruskan acara kita dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang game sepanjang kita di sini."

Zharil DarrizWhere stories live. Discover now