Chapter 1

1.6K 62 4
                                    


          "Quella donna è qui. prestare attenzione a tutti i suoi movimenti." (Perempuan tu ada kat sini, awasi gerak gerinya.) Kata Mr. R kepada anak buahnya. Kemudian panggilan dimatikan.

"Buono. Presto cadrai nella mia trappola." (Bagus, tak lama lagi kau akan masuk perangkap aku) Katanya sinis.

Mr. R melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Kini dia berada di ruangan yang hanya dia saja yang mengetahui keberadaannya.

Banyak rahsia yang tersimpan di dalam bilik itu. Warnanya gelap berbekalkan lampu berwarna merah.

Manakala di sudut kiri bilik itu terdapat banyak kepingan kepingan gambar yang tersidai. Dia menoleh ke arah itu. Gambar seorang wanita ditenungnya tajam.

Permainannya akan bermula tak lama lagi. Tidak sabar untuk memulakan rancangannya itu. Seakan akan dendam yang lama berbirat kembali.

°°°°°°°°°°

Sebelum memboloskan diri masuk ke dalam cruise, aku kerling jam sekilas. Lega, masih berbaki 15 minit je lagi.

Haa itulah padah dia terlajak tidur siang tadi. Tapi nasib baik awal pagi tadi aku dah tempah siap siap dah. Rugi datang ke sini tapi tak merasa naik cruise.

Memandangkan hari ne dua hari terakhir aku berada di bumi Italy. Aku nak menikmatinya sepuas hati sebelum aku balik ke Malaysia.

Mata ku meliar memandang keadaan sekeliling, tak ramai orang yang naik cruise malam ne. Suasana macam ne lah yang best, tak berebut rebut dengan orang. Santai.

Setelah beberapa tapak kaki melangkah masuk ke dalam cruise. Seorang lelaki yang berpakaian sebagai seorang penyambut tetamu berjalan ke arahku dengan tangan kanannya menunjukkan arah laluan dan agar aku mengikuti langkahnya, menghantarku sampai ke hadapan pintu bilik.

"Miss, here's your card. Anything if you need help or guidance, just let me know." Ujarnya.

Aku mengangguk, tanda faham. Kemudian lelaki itu melemparkan senyuman serta anggukan dan terus berlalu pergi.

Aku segera masuk ke dalam bilik. Seketika aku terpegun. Bilik itu tak ubah seperti bilik mewah. Dibahagian tepi bilik itu penuh dengan cermin besar yang melekat pada dinding. Sesuai untuk orang yang suka ber OOTD.

Di hadapan katil ada sebuah television besar. Manakala di sebelah kanan katil itu ada satu bilik air. Dalam bilik air ada bathtub yang di simen indah dengan lantai marble. Pelbagai jenis set mandian disediakan termasuk Therapeutic Bubble Bar.

Aesthetic!

Selesai sahaja aku mandi, aku memilih untuk padankan abaya dengan shawl berwarna putih. Sedikit calitan makeup pada wajahku. Nak makeup tebal tebal rasanya tak perlu kot. Tak minat.

Siap!

Aku berdiri di hadapan cermin, bibirku tak berhenti dari melorekkan senyuman. Tanda berpuas hati dengan penampilan ku malam ni.

Simple yet elegant.

Malam ne aku nak menikmati moment moment yang indah sepanjang aku berada di sini. Satu pun aku taknak sia sia kan. Kakiku berjalan ke arah pintu bilik. Keluar.

Aku labuhkan punggungku di kerusi, seorang waitress menghampiri ku. Menu diambil. Makanan yang menjadi pilihan aku, Spaghetti dan Lambchop manakala untuk pencuci mulut aku memilih Grand Marnier Soufflé and two scoop of ice cream last sekali Strawberry Juice.

Maka sesi menikmati makanan dimulai.

°°°°°°°°°°°

"AIRA! BUKA PINTU NE! JANGAN BUAT KERJA GILA LAH! YOU BUKA SEBELUM I TENDANG PINTU BILIK YOU NE!" Pekikan dari luar menandakan Aiman sedang menahan sabar atas kedegilanku.

His Remedy of Life [OG]Where stories live. Discover now